9 Jenis Makanan Bantu Bakar Lemak Dengan Pantas Agar Projek Kuruskan Badan Berjaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bernafas di atas muka bumi ini..


Banyak cara yang kita boleh lakukan jika nak kuruskan dan turunkan berat badan. Selain senaman yang dilakukan secara konsisten, makanan yang diambil setiap hari juga memainkan peranan yang penting untuk menurunkan berat badan sekaligus mendapat berat badan yang diidamkan.

Menurut pakar pemakanan Orlando Magic, Tara Gidus, ada beberapa makanan yang dapat membantu fungsi pembakaran lemak dipanggil termogenik. Makanan termogenik membakar lebih banyak kalori.

Penulis buku Weight Loss: The Alternative Medicine Guide menjelaskan, makanan pembakar lemak mempunyai tiga karakter iaitu mengandungi protein, lemak dan serat yang tinggi.

9 Jenis Makanan Bantu Bakar Lemak Dengan Pantas Agar Projek Kuruskan Badan Berjaya

Makanan pembakar lemak sememangnya sangat membantu mempercepatkan kadar metabolisme. Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua 9 jenis makanan yang boleh membantu membakar lemak dengan pantas.

9 jenis makanan yang boleh membantu membakar lemak dengan pantas



#1 Yogurt Rendah Lemak

Yogurt rendah lemak telah terbukti mempercepatkan metabolisme badan seseorang. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak mampu mengurangkan berat badan dua kali lebih cepat.

Ia disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1200mg kalsium sehari berbanding mereka yang tidak mengambil makanan ini. yogurt rendah lemak mengandungi kalsium dan protein. Ia menjadi sumber kalsium dan protein yang sihat dan baik.

#2 Omega 3

Omega-3 tergolong di dalam kumpulan essential fatty acid iaitu asid lemak perlu yang mana asid ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita. Omega-3 merupakan sejenis asid lemak yang baik dan bermanfaat untuk kesihatan.

Pelbagai kajian makmal yang telah dibuat untuk mencari kepentingan asid lemak omega-3 ini. Berdasarkan kajian asid lemak khususnya Docosahexaenoic Acid (DHA) boleh membantu mengurangkan risiko kemurungan (depression) pada wanita, membantu perkembangan daya penglihatan janin dan mengatur pola atau jadual tidur bayi yang baru lahir.

Omega-3 berfungsi sebagai pembekar atau pemecah lemak dan kolesterol yang berkumpul di dalam badan serta membantu mnegurnagkan selera makan. Nak kurus mestilah kena kawal selera makan..Kalau asyik makan je bila nak kurang lemak dan kolesterol dalam badan tu kan..


Kat mana nak dapatkan asid lemak omega-3 ni?? Sumber terbaik omega-3 ialah ikan laut dalam seperti ikan salmon.. mana nak cari ikan salmon?? Kat pasar raya besar adalah kan..Kalau kat tempat saya ni memang takkan jumpa la ikan salmon.

#3 Kekacang

Kacang juga antara sumber protein yang sihat dan baik yang boleh membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan. Kacang soya menjadi sumber protein yang terbaik untuk diamalkan yang sangat membantu mengurangkan berta badan.

#4 Daging dibuang lemak

Lemak pada daging dan ayam yang telah dibuang adalah antara makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak. Ini kerana tubuh menggunkaan lebih banyak kalori untuk mencerna.

#5 Telur

Telur juga merupaka sumber protein yang seimbang dan sangat baik untuk membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot apabila anda kehilangan berat badan.

#6 Cuka

Cuka juga dapat membantu badan memecahkan lemak yang berlebihan dalam badan terutamanya sistem usus di perut, lemak di saluran jantung dan lemak di buah pinggang. 

Sebaiknya amalkanlah cuka yang dihasilkan dari buah-buahan seperti epal, kurma, anggur dan buah tin. 

Khal atau lebih dikenali dengan cuka bukan sahaja dapat mengurangkan kolestoral jahat malah dapat membantu mengurangkan asid-asid yang tidak diperlukan badan (menstabilkan asid dalam badan), menurangkan garam berlebihan yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya.

#7 Limau

Buah-buahan jenis limau mampu meningkatkan tahap insulin dalam badan yang mana dapat membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membuat anda rasa kenyang lebih lama.

Serat adalah merupakan komponen diet yang penting ketika proses menurunkan berat badan. Disamping mengurangkan nafsu makan, ia memberi kita rasa ‘kenyang’ dengan melambatkan pergerakan makanan dalam sistem pencernaan kita.

Makanan berserat juga memerlukan kita mengunyah dengan kadar yang lebih, membuatkan kita menikmati makanan lebih lama dari biasa, sekaligus mengelakkan tabiat makan secara berlebihan. 

Selain itu, kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil kurang serat dalam diet mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk naik berat badan berbanding mereka yang mengambil lebih serat dalam diet mereka.

#9 Bijirin

Bijirin dikatakan membantu mengawal kadar insulin di tahap yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda.


Klik link di bawah ini untuk mengetahui tentang pengurusan berat badan dan diet secara sihat



5 Jenis Buah Bantu Turunkan Berat Badan


Semoga bermanfaat untuk kita semua. terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri ini.

Comments