Tampal Gigi Dan Scaling (Cuci) Di Klinik Pergigian Pertama Pontian

Dah lama tak tampal gigi dan buat scaling ni..Seminggu ni perasaan ada gigi yang berlubang. Yang satu gigi tu tercabut tampalan yang lama. Risau sebab gigi tu sebelum ni hampir nak kena cabut dah. Tapi doktor yang merawat gigi tu berusaha juga tampal, kalau boleh tak nak cabut. Gigi geraham kot. Lubang gigi tu agak besar juga la. Saya pun tak ingat bila gigi tu kena tampal. Rasa dah lama sangat dah. Lebih kurang 10 tahun dah kot..

Selepas 10 tahun tampalan lama tu tercabut. Ini tak boleh jadi..Saya tak nak gigi saya kena cabut. Tak cun la kalau gigi dah tak ada kan walaupun sebatang. Satu lagi gigi yang berlubang gigi geraham hujung atas kanan. Bila teringatkan betapa sakitnya kalau gigi berlubang ni kena infection tu yang tak nyabar ajak suami pergi klinik pergigian.


Bukan tak nak gi klinik gomen, masa tak mengizinkan. Semingg ni sibuk sokmo. Setiap petang memang tak ada masa free. Tambah lagi suami mesyuarat hampir setiap hari. Pukul 5 baru habis. Camne nak gi klinik. Nak tak nak terpaksa la pergi klinik swasta.


Tampal Gigi Dan Scaling (Cuci) Di Klinik Pergigian Pertama Pontian
Ni free gift yang saya dapat lepas buat rawatan gigi..Hmm, free gift ke?? Ntah la staff klinik tak de pulak mention apa-apa. Masuk bill sekali la kot. patut la mahal. Hihi

Masuk je bilik rawatan doktor tanya bila kali terakhir check gigi. Dengan perasaan malu-malu kucing saya jawab, "lama dah tak check gigi ni doktor".. nasib baik doktor ni perempuan. Seingat saya kali terakhir saya buat pemeriksaan gigi pada tahun 2010. Lama giler kot. Maunya gigi tak rosak..huhu..padan muka saya la kan..

Dah habis check doktor cakap ada 5 tempat gigi berlubang. Mak aih..terkejut den..Lima??? Oh tidak..Bertambah la malu dengan doktor ni. Pastu doktor mula buat scaling gigi ataupun bahasa Malaysia cuci gigi. Memang saya nak buat scaling. Sebab dah lama tak buat kan. Gigi pun macam berkarat cikit..haha..

Kenapa kita kena cuci gigi (scaling)??

Tujuannya adalah untuk buang karang-karang gigi dan stain (kotoran) pada gigi disebabkan teh, kopi, milo dan sebagainya. Karang gigi ni la yang menjadi penyebab gigi kita berdarah terutamanya bila gosok gigi atau makan. 

Siapa yang rasa gusi dia asyik keluar darah bila gosok gigi tu, cepat-cepat la pergi buat scaling..Kalau yang lagi teruk gusi keluar darah dengan sendiri. Tak sentuh tak apa pun keluar darah. Itu dah kronik tu..



Tampal Gigi Dan Scaling (Cuci) Gigi Di Klinik Pergigian Pertama Pontian
Gambar hiasan semata-mata. Gambar sendiri tak ada la pulak. Lain kali boleh minta pembantu doktor ambil gambar..hihi

Berbalik cerita saya di atas..Melalut je saya ni kan..Dah habis part scaling doktor tu berhenti sekejap..Then doktor tu tanya puan nak tampal gigi juga ke tak?? dalam hati jadi confused kejap. Pelik pulak bila tanya soalan camtu. Padahal awal2 tadi dah cakap nak tampal. Pastu doktor tu tanya lagi nak tampal yang mana?? Kau jawab tampal semua la doktor. Saya ni tak tahu bila lagi boleh datang..Dalam hati mesti beratus ni aku kena bayar..Redha jelah. Kat tangan ada duit 50 hingget je..

Ada dua tempat doktor tu tebuk cikit gigi saya. Asalnya lubang kecik je. So sebab nak tampal kena tebuk cikit. Rasa macam besar je lubang yang doktor tu tebuk. Time tebuk tu terpercik kat muka..Saya tahu je gigi tu ada lubang kecik. Doktor yang merawat sebelum ni ada bagitahu gigi berlubang tapi kecik je. so doktor tu nasihatkan supaya jaga gigi agar lubang tu tak membesar. 

Rasanya hampir setengah jam dok nganga barulah setel proses menampal ni. Lenguh keng2..(loghat orang Klate, hihi). Alhamdulillah dah setel semua. Tibalah masanya untuk membayar bill. Agak-agak berapa?? Siapa boleh teka memang legend la. Dari jauh saya intai bill.

Terkedu jap..huhu..dalam hati padan muka siapa suruh tak jaga gigi. silap diri sendiri tanggung la kan..Silap tak minta bill yang doktor tulis satu-satu..dapat bill yang tulis jumlah semua yang kena bayar..

Bila tanya kawan-kawan standard la harga cam tu. Moral of the story jagalah gigi anda..Buatlah pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Ini la padahnya bila tak buat pemeriksaan gigi. Tunggu gigi rosak dulu barulah terhegeh-hegeh nak jumpa doktor..hihi..

Bagi gigi yang berlapis tu rajin-rajinkanlah guna dental floss selepas gosok gigi. Berus gigi saja tak mecukupi. Sebenarnya masih ada sisa makanan yang lekat kat ceal-celah gigi tu. 

Alhamdulillah sejak kenal shaklee saya tak lupa ambil Vitamin C dan juga Ostematrix setiap hari untuk kesihatan gigi dan gusi. Vitamin C bukan untuk nak kulit cantik gebu je tau. Vitamin C juga mat penting untuk kesihatan gigi dan gusi. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah.

Ostematrix ni adalah kalsium yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium serta mineral lain yang sangat penting untuk gigi, tulang dan juga rambut. Saya tak naklah nanti umur 40 gigi dah rongak..Huhu..lagi teruk kena pakai gigi palsu..Oh My..tak sanggup rasa. Mencegah tu lebih baik kan..

Oklah cukup sampai di sini. Terima kasih kerana sudi membaca celoteh saya ini.

Nak beli Vitamin C dan Ostematrix serta vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Comments

  1. Boleh share x buat ktne n harga?

    ReplyDelete
  2. Boleh share x buat ktne n harga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sory sis lmbt reply..tampal 5 bstang gigi dgn scsling tu harga semua rm370

      Delete
    2. Sory sis lmbt reply..tampal 5 bstang gigi dgn scsling tu harga semua rm370

      Delete
    3. salam ..akak??kemudahan apa ek yg ada kat klinik pergigian???

      Delete
  3. Sokong 100% wajib jaga Gigi

    ReplyDelete
  4. I tggal kawasan bandar.. Kos rawatan u cukup murah n doc sgt perihatin tanya u skali lagi@ pilihan budget.. I pun tengah cari Klinik Gigi yang murah n good quality. Tq
    bagi info..

    ReplyDelete
  5. I salah baca harga rupanya.. Ingatkan rm50..rupanya u bawa rm50..tapi 370 tetap murah banding tempat lain.hu hu sakitnya gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon tak pasti murah ke mahal..sebab dah nak cepat kan..hari kerja nak pegi gomen tak sempat..ikutkan sayang gak la duit..nak buat camne..bab2 gigi ni tak boleh ambik ringan..

      Delete
  6. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Dekat mana ye awak tampal gigi tu?

    ReplyDelete
  8. yang mahalnya sbb tampal gg @ cuci gg tu ye?

    ReplyDelete
  9. yang mahalnya sbb tampal gg @ cuci gg tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jadi mahal tu sebab scaling sis. Sebab banyak batang gigikan. Bagi saya tak mahal sangat la. Hihi

      Delete
    2. Yang jadi mahal tu sebab scaling sis. Sebab banyak batang gigikan. Bagi saya tak mahal sangat la. Hihi

      Delete
  10. saya nak tanya. berapa kos untuk tampal gigi yang patah. patah separuh. ikut gigi or macam mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry sis lmbt reply. Tak perasan comment msuk. Saya tak pasti la plak yang tu. Sbb x pernah tampal gigi patah

      Delete
  11. Hari ni buat gigi anak 4 tahun..mula2 ingat nk cek je...kaunter ckp cek je rm15...okay la..bila dah masuk dlm..Dr ckp kena tampal...ada 6 batang..dan terus buat. ...dapat2 bil rm250..uishh terkejut...kenapa tak inform dulu Dr gigi...arau letak la harga siap2 dkt kaunter ke... nway tampal gigi kanak2 je..rm40 sebatang.. tampal pon main sapu2 mcm tu je... rasa beli material tu buat sendiri lagi murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat klinik gigi pertama pontian ni tampal gigi kanak2 satu batang rm10 je tahun 2021.. Dah 2,3 kali pergi. Anak umur 7,8 tahun ni mostly gigi susu rosak/goyang . Rasanya daerah pontian ni, klinik gigi pertama ni la paling murah. Wallahualam.

      Delete
  12. Hari ni buat gigi anak 4 tahun..mula2 ingat nk cek je...kaunter ckp cek je rm15...okay la..bila dah masuk dlm..Dr ckp kena tampal...ada 6 batang..dan terus buat. ...dapat2 bil rm250..uishh terkejut...kenapa tak inform dulu Dr gigi...arau letak la harga siap2 dkt kaunter ke... nway tampal gigi kanak2 je..rm40 sebatang.. tampal pon main sapu2 mcm tu je... rasa beli material tu buat sendiri lagi murah.

    ReplyDelete
  13. Cuci gigi tahu tak kos bp? Tq

    ReplyDelete
  14. Cuci gigi tahu tak kos bp? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon tak pasti berapa sis. Standard rm100 atau lebih la..better pegi goverment juga..servis sama je. Mungkin kalau org ramai lmbat cikit. Saya pon lpas ni mmg malas dah nk gi klinik swasta ni. Mahal sangat..rasa cam membazir je

      Delete
    2. Saya pon tak pasti berapa sis. Standard rm100 atau lebih la..better pegi goverment juga..servis sama je. Mungkin kalau org ramai lmbat cikit. Saya pon lpas ni mmg malas dah nk gi klinik swasta ni. Mahal sangat..rasa cam membazir je

      Delete
    3. Sis, nak tanya klinik swasta ni sis ada dapat pil/painkiller tak lepas tampal gigi?

      Delete
  15. Terima kasih atas perkongsian info. Saya ambil yang haq sahaja lain tiada.

    ReplyDelete
  16. If scaling at klinik pergigian kerajaan hanya rm2

    ReplyDelete
  17. Suami sy tampal Gigi 5btg geraham semua rm500 tu pon zmn tok kaduk..Kira murah lah yg sis pnya skali scalling..

    ReplyDelete
  18. Klinik swasta kat kuantan...scaling 2 orang..n tampal 3 btang Gigi..n satu botol antibiotic..600 rgit...terkedu kejap...korek abis duit DLM poket lakibini nak cukupkan

    ReplyDelete
  19. Klinik swasta kat kuantan...scaling 2 orang..n tampal 3 btang Gigi..n satu botol antibiotic..600 rgit...terkedu kejap...korek abis duit DLM poket lakibini nak cukupkan

    ReplyDelete
  20. Saya baru tampal 2 lubang kat gigi geraham. Klinik tu cas 1 lubang rm100. Klinik area Bukit Mertajam, Seb Perai, Penang.

    ReplyDelete
  21. Saya baru tadi buat scaling dkt klinik kerajaan. 2 ringgit ja.. Puas hati servis dia. Karang or stain smua hilang.

    ReplyDelete

Post a Comment