TIPS MENCEGAH GIGI BERLUBANG

Gigi berlubang memang menyeksakan. Lebih-lebih lagi bila kita makan sesuatu dan makanan terkena gigi berlubnag, sakit sangat. Terbantut selera makan. Jadi mencegah itu lagi baik. Bila gigi berlubang nak kena rawat dan tampal. Kos rawatan gigi bukannya murah. Lagi banyak kos nak kena labur..Jom kita baca satu-satu apa tips yang boleh kita amalkan untuk mecegah gigi daripada berlubang.

#1 PERIKSA GIGI SECARA RUTIN
periksa gigi secara rutin
Kita digalakkan untuk membuat pemeriksaan gigi enam bulan sekali walaupun kita tidak mempunyai apa-apa masalah berkaitan gigi. Mungkin kita rasa tidak ada masalah. Pemeriksaan gigi dapat memastikan gigi kita betul-betul tidak bermasalah. Jika ada lubang-lubang kecil pada gigi doktor boleh mengambil langkah-langkah seterusnya untuk merawat sebelum lubang menjadi lebih besar. Selain itu, pemeriksaan gigi juga membantu mengesan bahagian gigi yang berlekuk dan tidak rata yang menyebabkan sukar untuk membersihkan gigi.

#2 BERUS GIGI SECARA TERATUR 
Waktu yang penting untuk kita menggosok gigi ialah selepas bangun dari tidur, selepas sarapan pagi dan malam sebelum tidur. Ketiga-tiga waktu ini adalah paling sesuai untuk memberus gigi kerana air liur tidak banyak keluar pada waktu kita tidur. Air liur sebenarnya berfungsi melindungi gigi daripada bakteria yang menjadi punca gigi berlubang. Memberus gigi sebelum tidur penting supaya sisa-sisa makanan dapat dibersihkan.

#3 BERUS DENGAN CARA YANG BETUL
berus gigi dengan cara yang betul
Menggosok gigi dengan cara yang betul adalah sangat penting sekalipun kita memberus setiap hari. Cara memberus gigi yang betul ialah dengan menggosok ke arah bawah untuk gigi depan bahagian atas, manakala untuk gigi depan bahagian bawah beruslah gigi ke arah atas. Untuk gigi geraham pula berus hendaklah digerakkan secara mendatar. Sisa makanan banyak terkumpul di bahagian gigi geraham, jadi kita hendaklah memberus di bahagian ini dengan lebih lama.

#4 BERKUMUR SELEPAS MAKAN
Menggosok gigi selepas makan mungkin menyukarkan apabila kita berada di luar rumah seperti di restoran, pejabat dan sebagainya. Jadi cara yang paling mudah ialah dengan berkumur-kumur setiap kali selepas makan supaya sisa makanan tidak berkumpul di celah-celah gigi. Sisa makanan yang tidak dibersihkan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gigi reput dan berlubang.

#5 GUNAKAN FLOSS BERSIHKAN SISA MAKANAN
Memberus gigi sahaja tidak cukup untuk menghilangkan sisa-sisa makanan. Kita digalakkan menggunakan dental floss untuk mengeluarkan sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi

#6 BANYAK MAKAN MAKANAN BERSERAT
makanan berserat baik untuk kesihatan gigi
Kita digalakkan untuk mengambil makanan berserat dalam kuantiti yang banyak. Makanan berserat (fiber) seperti buah-buahan dan sayuran penting untuk mengekalkan untuk mengekalkan gigi supaya lebih kuat dan sekaligus mencegah gigi daripada berlubang.  

#7 PILIH UBAT GIGI MENGANDUNGI FLORIDA
Gunakan ubat gigi yang berflorida. florida ialah sejenis bahan yang membantu mencegah gigi menjadi rapuh dan busuk.

#8 KURANGKAN PENGAMBILAN GULA DAN TEPUNG

Makan bergula menggalakkan pembiakan bakteria di dalam mulut apabila sisa makanan tertinggal di dalamnya. Bakteria akan mengeluarkan asid yang menjadi penyebab gigi berlubang. Pilihlah jenis makanan yang tidak banyak mengandungi karbohidrat. Jenis makanan karbohidrat akan menimbulkan sisa-sisa yang akan melekat pada gigi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 

Comments