Saturday, November 8, 2014

Makanan Yang Membantu Tingkatkan Metabolisme

Apa Itu Metabolisme??

Metabolisme ialah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. 

Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahun dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2530 kalori sehari. Manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2000 kalori sehari.

Makanan Yang Membantu Tingkatkan Metabolisme

Apabila sebut je perkataan metabolisme apa yang terbayang di minda kita adalah berat badan. Betul tak?? Lelaki ataupun wanita hari ini amat mengambil berat tentang berat badan. 

Setiap orang akan mengimpikan berat badan yang ideal. Tidak hairanlah kenapa produk dan khidmat pelangsingan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ada yang sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk membuat rawatan di dalam dan luar negara untuk kelihatan langsing dan cantik.

Kadar Metabolisme dalam tubuh yang rendah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi peningkatan berat badan seseorang itu. Apabila kadar metabolisme seseorang itu rendah, ia akan mempengaruhi peningkatan berat badan dengan cepat.

Selain bersenam untuk meningkatkan kembali kadar metabolisme ini, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu kita mengatasi masalah ini.


Jus Lemon

Jus lemon popular dengan fungsinya untuk menyegarkan daging dan memberi rasa masam semulajadi pada masakan. Jus lemon merupakan salah satu makanan alami yang boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh seeorang. Cuba amalkan pengambilan air suam yang dicampurkan dengan jus lemon setiap pagi, ia dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh anda. 
Makanan Yang Membantu Tingkatkan Metabolisme


Kulit Kayu Manis

Kebiasaannya kulit kayu manis digunakan untuk menambahkan rasa dan menaikkan aroma di dalam masakan. Mungkin ramai yanga tidak tahu bahawa kulit jayu manis juga bermanfaat unntuk mengseimbangkan kandungan gula dalam darah dan juga dapat mengaktifkan kadar insulin dalam tubuh. 

Mengamalkan pengambilan kulit kayu manis dalam setiap masakan dapat meningkatkan metabolisme tubuh secara semulajadi. bagi anda yang mengimpikan tubuh yang sihat dan langsing amalkan penggunaan kayu manis dalam masakan.


Lada Sulah

Lada sulah dikatakan boleh berfungsi untuk membakar lebih banyak kalori dan mengurangkan rasa lapar. selain itu ia juga mampu meningkatkan sistem metabolisme tubuh. 


Minyak Kelapa & Santan

Menu masakan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu banyak menggunakan santan. Ia bertujuan untuk memberi rasa lemak dan manis pada sesetengah hidangan. dari sudut lain, kandungan antivirus dan antibakteria yang ada di dalamnya mampu menjaga kesihatan usu kita.Bahan ini juga dikatakan mampu meningkaytkan kadar metabolisme tubuh.

Selain itu terdapat cara lain yang boleh dilakukan untk meningkatkan kadar metabolisme tubuh kita. Antaranya ialah:


#1 Minum air secukupnya

saranan ini biasa kita dengar. Betul tak?? Minum air yang secukupnya sekurang-kurangya lapan gelas sehari membant tubuh kita untuk berfungsi pada tahap yang optimum.


#2 Ambil Kalsium

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menjadi pencetus hormon yang menyebabkan tubuh berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar.


#3 Tidur yang cukup

Kekurangan waktu tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Cuba kekalkan rutin tidur yang tetap dan tidur serta bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari. Tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari untuk mengekalkan metabolisme yang sihat.


#4 Jangan Stress

Stress boleh meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh kita. Kortisol merupakan hormon yang berfungsi memberaitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi. 


#5 Lakukan senaman

Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Hanya menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi terbukti dapat membina otot dan membakar lemak.

#6 Ambil Vitamin C

Vitamin C dan Kalsium adalah rakan baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin c membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.


#7 Pedas

Kandungan capsaicin yang terdapat di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
Jadi bagi anda yang gemar makan pedas tu, ini merupakan berita yang gembira.


Anda boleh mendapatkan suplemen Kalsium dan Vitamin C Shaklee untuk membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.



Ostematrix Shaklee adalah sumber kalsium kita
Ostematrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Klik MANFAAT UTAMA OSTEMATRIX SHAKLEE untuk mengetahui maklumat lanjut mengenainya. Klik jangan tak klik. Tak klik rugi tau. Dah klik kena la baca. 
Makanan Yang Membantu Tingkatkan Metabolisme

Klik KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE untuk mengetahui lebih lanjut tentang vitamin C yang hebat ini.




Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
H/P no: 0139279846

2 comments:

  1. Thanks for info dear...amalkan pengambilan vitamin shaklee untuk tubuh yang sihat dan ceria...

    Udang Menyorok Dalam Taucho Buncis

    ReplyDelete