8 Vitamin Terbaik Untuk Rambut Sihat, Lebat Dan Bersinar

Rambut yang sihat menjadi tanda badan kitajuga sihat dan sebagai simbo kecantikan. Kita selalu dengar orang cakap "you are what you eat". Ungkapan ini sangat tepat dan benar sekali. Apa sahaja yang kita makan akan mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan kita. Begitu juga dengan rambut. Rambut yang sihat, lebat dan cantik berkilau hasil daripada pemakanan yang baik.


Walaupun faktor seperti umur, genetik dan hormon juga mempengaruhi pertumbuhan dan kesihatan rambut, namun pengambilan vitamin dan nutrien yang secukupnya adalah sangat penting.

Terdapat 8 vitamin penting yang perlu kita ambil setiap hari untuk memastikan kita dapat mengekalkan kesihatan kulit kepala dan folikel sekaligus dapat menghasilkan rambut yang sihat, lebat dan cantik bersinar.

#1 Vitamin A

Semua sel memerlukan vitamin A untuk tumbuh. Termasuklah rambut, tisu yang paling pesat berkembang di dalam badan manusia. Vitamin A juga membantu kalenjar kulit menghasilkan bahan berminyak yang dipanggil sebagai sebum. Sebum berfungsi untuk melembapkan kulit kepala dan membantu menjaga rambut supaya sentiasa sihat.


Ubi keledek, lobak merah, labu dan bayam makanan yang tinggi beta karoten yang akan berubah menjadi vitamin A bila masuk ke dalam baadan kita. Kita juga boleh mendapatkan vitamin A dari susu, telur dan yogurt.

#2 Vitamin B

Salah satu vitamin terkenal yang penting untuk pertumbuhan rambut ialah Vitamin B yang dipanggil biotin. Kajian mengaitkan kekurangan biotin dengan masalah keguguran rambut.

Vitamin B yang juga penting untuk menghasilkan sel darah merah, yag berfungsi membawa oksigen dan nutrien ke kulit kepala dan folikel rambut. Proses-proses ini penting untuk pertumbuhan rambut.


Antara makanan yang mengandungi Vitamin B ialah bijirin, badam, daging, ikan makanan laut dan sayuran berdaun hijau gelap. Haiwan adalah sumber vitamin B12 yang baik. Namun bagi vegetarian pengambilan suplemen Vitamin B digalakkan untuk menampung kekurangan vitamin B di dalam diet harian.

#3 Vitamin C

Kerosakan akibat radikal bebas boleh menghalang pertumbuhan dan menyebabkan rambut menjadi semakin tua. Vitamin C adalah antioksidan yang kuat yang membantu melindungi dan melawan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.

Sekain itu Vitamin C juga sangat penting kepada tubuh kita untuk mencipta protein yang dikenali sebagai kolagen. Kolagen bahagian penting dalam struktur rambut. Vitamin C juga berfungsi dalam membantu badan kita menyerap zat besi dan mineral lain yang diperlukan untyk pertumbuhan rambut. 


Vitamin C boleh didapati di dalam buah strawberi, jambu dan buah sitrus. 

#4 Vitamin D

Tahap vitamin D yang rendah dikaitkan dengan alopecia, satu istilah yang merujuk kepada masalah keguguran rambut. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa Vitamin D boleh membantu mencipta folikel baru iaitu liang kecil di kulit kepala di mana rambut baru boleh tumbuh.

Badan kita akan menghasilkan Vitamin D melalui sentuhan langsung dengan cahaya matahari. Tapi kena ingat cahaya matahari yang bagus untuk kita mendapatkan Vitamin D adalah cahaya matahari pagi yang tak lebih pukul 10 pagi.  

#5 Vitamin E

Sama juga seperti Vitamin C, Vitamin E adalah antioksidan yang boleh menghalang tekanan oksidatif akibat radikal bebas.


Dalam satu kajian, orang yang menghadapi masalah rambut gugur mengalami kenaikan 34.5% dalam pertumbuhan rambut selepas mengambil suplemen Vitamin E selama 8 bulan. Biji bunga matahari, badam, bayam dan avokado adalah sumber terbaik untuk dapatkan Vitamin E.

#6 Iron (Zat Besi)

Zat besi sangat penting dalam membantu sel darah merah membawa oksigen ke sel-sel bada kita. Ini menjadikan ia mineral penting yang mempunyai pelbagai fungsi untuk badan termasuklah pertumbuhan rambut.

Kekurangan zat besi menyebabkan anemia adalah penyebab utama rambut menjadi gugur. Biasanya ia berlaku di kalangan wanita. Antara makanan yang tinggi kandungan zat besi ialah kerang, tiram, telur, daging merah dan bayam.

#7 Zink

Zink memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu rambut dan membaikpulihnya. Ia juga membantu menjaga kalenjar minyak di sekitar folikel supaya dapat berfungsi dengan baik. Rambut gugur adalah tanda-tanda biasa apabila seseoramg itu kekurangan zink.


Kajian menunjukkan pengambilan suplemen zink boleh membantu mengurangkan masalah keguguran rambut. Antara makanan yang mengandungi zink yang tinggi ialah tiram, daging lembu, bayam dan biji labu.

#8 Protein

Hampir keseluruhan rambut kita dihasilkan daripada protein. Jadi pengambilan diet harian yang cukup dengan protein adalah amat penting untuk pertumbuhan rambut. 


Protein berfungsi membina tubuh kita, seperti batu-bata yang membina rumah. Ia adalah penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu dalam badan kita, termasuklah rambut dan kulit.

Kesihatan rambut dan kulit kepala menjadi panduan terbaik dalam menentukan tahap kesihatan badan kita. Banyak tanda-tanda pada rambut dan kepala yang akan muncul apabila badan kita tidak mendapat vitamin yang secukupnya.

Antara tanda-tandanya ialah:
  • rambut kering, tidak bermaya dan nipis
  • kulit kepala bersisik atau berkerak
  • rambut gugur dan semakin menipis
  • rambut rapuh
  • kulit kepala menggelupas dan rambut beruban
Boleh check pada diri masing-masing ada tak tanda-tanda seperti di atas ni berlaku pada diri korang. Kalau ada bertindaklah segera untuk mengatasinya. Jangan dibiarkan ia berlarutan. Kelak kita yang menyesal. Makan makanan yang sihat dan top up dengan pengambilan suplemen yang sesuai.

Comments

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

Post a Comment