5 Tips Pilih Sumber Protein Yang Betul Dan Terbaik

Rasanya semua tahu betapa pentingnya protein kepada tubuh badan kita. Secara ringkasnya protein sangat diperlukan dalam menghasilkan sel untuk perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku.

Tubuh kita memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Walaubagaimanapun, keperluan protein harian kita bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal yang dilakukan setiap hari.


panduan memilih sumber protein yang betul

Jadi pemilihan sumber protein yang betul adalah sangat penting supaya kita dapat memenuhi keperluan protein kepada tubuh. Di sini saya nak kongsikan 5 tips dan panduan nak pilih sumber protein yang betul dan terbaik agar badan kita mendapat nutrisi yang mencukupi.


Tips 1: Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?


Hakikatnya kedua-dua protein tumbuhan dan protein berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Namun begitu, sumber protein berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan
berpenyakit.


panduan memilih sumber protein yang betul dan terbaik

Sumber protein daripada tumbuhan seperi protein soya adalah lebih baik kerana ia lebih selamat dan mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua.

Jadi protein berasaskan tumbuhan seperti soya adalah sumber protein pilihan yang paling tepat.

Tips 2: Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?


Sudah pastinya protein haiwan mengandungi kolesterol yang tinggi. Jadi pilihan yang betul untuk sumber protein adalah protein tumbuhan kerana ia mengandungi sifar kolesterol.


panduan memilih sumber protein yang berkualti

Tips 3: Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?

Protein berasaskan haiwan seperti ayam dan daging mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripada kandungan lemak.


panduan memilih sumber protein yang berkualiti

Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, protein berasaskan soya (tauhu dan tempe) dan bijirin penuh yang membekalkan tubuh kita protein tanpa lemak berlebihan.


Tips 4: GMO vs bukan-GMO?


GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan.


panduan memilih sumber protein yang berkualiti

GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan. Maka, pilihlah sumber protein dari yang bukan GMO.


Tips 5: Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses?


Sebaik-baiknya kita sedaya upaya dapatkan protein dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien.

Apabila badan kita tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet harian, kita sangat digalakkan memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.

panduan memilih sumber protein yang berkualiti

Memahami apa itu protein adalah sangat penting dalam memastikan protein yang kita ambil itu betul dan berkualiti tinggi. Kebanyakan makanan mengandungi protein tapi tak semua protein yang ada itu adalah protein yang berkualiti tinggi.

Cuba korang belek label pada makanan proses, ada ditulis kandungan protein kan. Tapi adakah protein yang ada dalam makanan proses tu sumber protein yang betul dan berkualiti. Sudah pasti tidak kan.

Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza.

Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk tubuh badan kita iaitu Essential Amino Acids (EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Jadi kita perlu dapatkan daripada diet seharian.

Sebab itulah saya pilih sumber protein Shaklee ESP kerana ia mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Shaklee ESP dihasilkan dari soya bukan GMO. Ia memenuhi ciri-ciri sumber protein yang betul dan berkualiti tinggi.

-----------------
With 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
6013-9279846

https://akmalrusdi.wasap.my/

Comments