Tips Mudah Untuk Mengatasi Masalah Perut Kembung Dengan Berkesan

Masalah kembung perut atau angin banyak tidak hanya berlaku di kalangan bayi malah orang dewasa juga kerap mengalaminya terutama kaum wanita.

Sistem penghadaman yang tidak lancar dan teratur menyebabkan gas yang dihasilkan lebih banyak daripada  biasa seterusnya menyebabkan angin berkumpul di dalam perut dan kesannya perut menjadi kembung.

Pastinya ia membuatkan kita rasa kurang selesa dan juga membuatkan perut nampak buncit. Bagi wanita perut buncit menjadi penghalang untuk bergaya.

Di sini saya ingin kongsikan dengan pembaca semua beberapa tips  mudah untuk mengelakkan masalah perut kembung.


Tips Mudah Untuk Mengatasi Masalah Perut Kembung Dan Buncit

Sebeleum kita baca apa tips mudah untuk mengatasi masalah kembung perut ni kita baca dulu sebab-sebab dan punca berlakunya masalah kembung perut ini.

Kembung perut menandakan seseorang itu menghadapi masalah tidak toleran kepada makanan. maksudanya ada jenis makanan yang boleh mengakibatkan perut berasa tidak selesa.

Ketika proses pencernaan berlaku di dalam usus, makanan yang masuk akan dipecahkan kepada beberapa komponen nutrien untuk diserap semula sebagai tenaga. Bahan yang tertinggal ini bergerak ke dalam usus besar untuk dikeluarkan sebagai najis.

Sesetengah sisa makanan ini menghasilkan gas metana, oksigen dan nitrogen. apabila gas dihasilkan secara berlebihan, ia akan menolak dinding usus lalu menyebabkan kita berasa ‘kembung’ dan tidak selesa.

Secara purata kita menghasilkan antara 0.5 hingga dua liter gas di dalam sistem pencernaan setiap hari iaitu oksigen, karbon dioksida, nitrogen, hidrogen sulfida, ammonia dan metana. Gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen adalah komponen yang paling besar masuk ke dalam sistem pencernaan melalui mulut ketika kita menelan.


Gas di dalam usus terhasil daripada dua sumber utama iaitu udara yang ditelan dan makanan. Setiap kali kita menelan sesuatu, sedikit gas akan masuk ke dalam perut dan berpindah ke usus kecil di mana sebahagian daripadanya diserap ke dalam badan.


Baki gas yang tidak diserap akan masuk ke dalam usus besar (kolon) dan dikeluarkan melalui dubur (rektum). Angin yang masuk ke dalam perut tidak berpindah ke usus kecil atau besar, sebaliknya dikeluarkan melalui mulut (sendawa).

Gas yang terkumpul dalam perut dan usus dikeluarkan secara berperingkat sepanjang hari. Biasanya ia tidak menimbulkan masalah tetapi bagi individu yang sensitif, pengumpulan gas menyebabkan ketidakselesaan dan perut terasa kembung setiap kali selepas makan.

Ada dua cara semula jadi untuk mengeluarkan gas ini iaitu melalui sendawa dan kentut. Gas ini tidak berbau tetapi bau kentut disebabkan kehadiran gas surih seperti hidrogen sulfida yang terhasil apabila makanan di dalam usus yang mengalami proses pereputan.

Biasanya masalah kembung atau sakit perut lebih terasa pada waktu tengah hari, terutama selepas makan, kerana makanan berlemak juga sebenarnya boleh merangsang kepada pengumpulan gas di dalam perut kerana lemak memperlahankan proses pengosongan perut dan membenarkan lebih banyak gas terkumpul.


Jom kita baca Tips  mudah untuk mengelakkan masalah perut kembung.

#1 Ambil sarapan yang tinggi kandungan serat seperti sayur dan buah-buahan. 

Kajian dijalankan Universiti Toronto, Kanada mendapati pengambilan dua jenis serat pada waktu pagi adalah cara paling berkesan mengurangkan masalah kembung. Menurut Profesor Joanne Slavin yang juga pakar nutrisi dan sains pemakanan di Universiti Minnesota, serat bertindak menyerap air di bahagian kolon dan mempercepatkan pembuangan najis, seterusnya menjadikan badan lebih cergas

#2 Kurangkan pengambilan garam dalam makanan harian.

Garam menyebabkan air berkumpul di dalam badan, seterusnya membuatkan perut kelihatan lebih besar. Jika anda penggemar makanan yang dibeli, baca label terlebih dahulu untuk memastikan kandungan sodium (garam) adalah rendah.

#3 Amalkan makanan kaya potassium

Makanan kaya potasium seperti pisang dan kentang membantu menyingkirkan lebihan air di dalam badan seterusnya mengurangkan saiz pinggang. Kebiasaannya air yang berlebihan di dalam badan kita adalah disebabkan oleh kandungan dua mineral iaitu potasium dan sodium yang tidak seimbang. Apabila kandungan sodium terlalu tinggi, tisu badan akan memerangkap air.

Contoh makanan yang mengandungi potassium yang berfungsi mengimbangkan kandungan sodium di dalam badan ialah seperti pisang, kentang, betik, sos tomato, bayam dan oren.

#4 Minum air putih secukupnya setiap hari

Air sememangnya bagus untuk melancarkan sistem badan apatah lagi ia tidak mengandungi sebarang kalori, garam, gula atau pengawet. Minum air yang cukup sekurang-kurangnya lapan gelas sehari akan membantu mengempiskan perut. Ini kerana apabila sistem tubuh mendapat air yang cukup, ia mampu membersihkan usus dan mengelak masalah sembelit. Makan makanan yang banyak kandungan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga banyak membantu.

#5 Kurangkan makan minuman bikarbonat (soda)

Gantikan air bikarbonat dengan jus buah atau air kosong. Itu lebih baik. Minuman jenis ini menggalakkan penghasilan gas di dalam perut.

#6 Amalkan Yogurt

Kita tahu di dalam yogurt terdapat bakteria hidup yang dikenali sebagai probiotik. Pengambilan probiotik dikatakan mampu menghasilkan usus yang sihat.

#7 Mengambil lemak sihat

Pengambilan lemak sihat seperti asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6 dikatakan boleh membantu membakar lemak di bahagian perut. Lemak sihat boleh didapati di dalam makanan seperti kacang badam, avokado, coklat gelap, kacang macadamia, minyak zaitun, kuaci dan kacang walnut.

==================@@@@@@@@@=================

Selain mengamalkan tips-tips mudah dan selamat seperti di atas, anda juga mengamalkan pengambilan suplemen seperti Garlic Complex Shaklee dan Peppermint Ginger Plus untuk mengatasi masalah kembung perut ini.

Garlic Complex shaklee boleh membantu mengatasi masalah kembung perut dan perut buncit

Antara fungsi Garlic Complex ialah Mempertingkatkan sistem penghadaman. Formula unik Garlic Complex Shaklee mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H, pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik. Banyak lagi manfaat produk Shaklee yang hebat ini. 

Garlic Complex Shaklee selamat digunakan untuk tempoh yang panjang kerana untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Garlic Complex Shaklee.

Satu lagi rangkaian produk Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah kembung perut ialah Peppermint Ginger Plus

Peppermint ginger plus membantu Mengatasi Masalah Perut Kembung Dan Buncit
Klik Kelebihan & Kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee untuk mengetahui lebih lanjut tentang Peppermint ginger Plus.


So apa tunggu lagi..Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda..!! Shaklee adalah pilihan saya. Shaklee di hatiku for ever..


Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!


Anda akan mendapat potongan sehingga 15-30% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
H/P no: 0139279846

Comments