Saturday, October 25, 2014

Bakteria Baik Lindungi Sistem Imun Tubuh

Bila disebut perkataan bakteria ramai yang fikir bakteria ni sesuatu yang boleh membawa penyakit..Betul tak?? Tapi tajuk kat atas tu bakteria baik....Eh ada ye bakteria baik?? Macam tak pernah dengar je kan..Meh sini saya nak bagitahu anda semua apa itu bakteria baik??? Penting ke tak bakteria baik ni?? Dah namanya pun baik. Mestilah penting kan.

Secara umumnya bakteria baik adalah penting untuk kesihatan tubuh. Di bahagian usus terutamanya terdapat banyak bakteria. Jom kita tambah ilmu, syaratnya kena baca sampai habis la ok..

Di dalam salur gastrousus manusia terdapat 10 kali ganda sel-sel bakteria daripada jumlah sel-sel dalam tubuh. Dikatakan jumlah bakteria yang terdapat di dalam usus sebanyak 100 trilion. Wow banyak tu!!
Bakteria Baik Lindungi Sistem Imun Kita

Bakteria yang terdapat di dalam usus membantu mengawal kebanyakan fungsi tubuh dan sekaligus menyumbang kepada kesihatan. 

Dr. Sampo Lahtinen, Pengurus Kumpulan Penyelidik dan Pembangunan Kesihatan dan Nutrisi Danisco Finland berkata, "Banyak faktor menyebabkan bakteria boleh berada di dalam usus. Antaranya ialah  proses penuaan, pemakanan atau diet, tekanan (stress), jangkitan penyakit dan persekitaran."

"Bakteria diperlukan di dalam sistem imun. Usus merupakan bahagian tubuh yang terletaknya sistem imun. Sebahagian besar sel-sel imun terdapat di dalam usus. 

Sel-sel imun ini berfungsi mengawal agen penyakit yang di bawa masuk bersama diet atau pemakanan seseorang seterusnya melindungi diri daripada bakteria jahat atau merbahaya."


Kawal dan Aktifkan Sistem Imun

Bakteria yang terdapat di dalam usus manusia membantu sistem imun untuk mengenal pasti bakteri baik atau jahat. Bakteria baik di dalam usus akan menjadi benteng pertahanan bagi tubuh yang sihat. 

Sistem imun ini akan membersihkan bakteria yang berbahaya. Tetapi adakalanya sistem pertahanan tidak dapat berfungsi dengan baik dan akhirnya boleh membawa kepada jangkitan penyakit. 
Bakteria Baik Lindungi Sistem Imun Kita

Apabila keadaan ini berlaku, seseorang itu perlu mengambil probiotik atau bakteria baik. Pengambilan probiotik ini membantu sistem imun melindungi diri dari serangan penyakit. Probiotik yang masuk ke dalam usus akan mengawal sistem imun dan mengaktifkan sistem imun. 

Secara tidak langsung kaedah ini membantu mencegah seseorang daripada mendapat penyakit.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik didefinisikan sebagai mikro orgnisma hidup yang apabila dimasukkan ke dalam tubuh dalam kuantiti yang secukupnya mampu memberi kebaikan dari segi kesihatan kepada tubuh.

Pengambilan probiotik dikatakan mampu memberikan kesan yang berbeza kepada sistem imun. Apabila sistem imun berfungsi terlalu perlahan probiotik dikatakan membantu meningkatkan sistem imun. situasi ini memberi perlindungan pada diri seseorang terhadap jangkitan penyakit. 

Ada juga keadaan di mana fungsi sistem imun terlalu tinggi dan imun memberi reaksi berlebihan, probiotik boleh digunakan untuk menekan fungsi imum dan membantu menentang alahan. Alahan adalah keadaan apabila fungsi imun memberi reaksi berlebihan.
Fungsi Probiotik kepada sistem imun badan

Bakteria di dalam usus dan bakteia dalam probiotik melakukan tugasnya melalui gabungan pelbagai mekanisme yang masih lagi dalam penyelidikan. Bakteria ini boleh menghentikan pathogen (mikroorganisma penyebab penyakit) daripada melekat pada dinding usus kerana ia memang telah melekat di sana. Bakteria baik ini juga boleh mencetus penghasilan sel-sel pertahanan antibakteria daripada sistem imun tubuh.


Apa itu Probiotik??

Probiotik atau bakteria baik amat sesuai diambil oleh semua golongan daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Bagu mereka yang mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan pada bahagian pernafasan seperti kanak-kanak, warga emas, pengembara dan mereka yang berada dalam keadaan stress atau terdedah kepada mereka yang sakit amat sesuai mengambil probiotik. 

Walaubagaimapapun probiotik tidak sesuai diambil oleh mereka yang sedang sakit tenat (serious illness) atau mempunyai sistem imun yang sangat lemah (weakened immune systems).

Probiotik boleh di dapati di dalam makanan seperti yogurt yang mengandungi bakteria hidup yang telah dikultur dan makanan tambahan (suplemen). Kebanyakan probiotik adalah bakteria yang hampir sama dengan apa yang ditemui dalamm usus manusia. 

Bakteria ini datang daripada dua kumpulan iaitu Lactobacillus atau Bifidobacterium. Di dalam setiap kumpulan dua probiotik ini terdapat spesies yang berbeza. Di dalam setiap spesies terdapat strain yangberbeza. Setiap strain yang berbeza mempunyai mnafaat kepada bahagian tubuh yang berbeza.

"Lactobacillus casei Shirota has been shown to support the immune system and to help food move through the gut, but Lactobacillus bulgaricus may help relieve symptoms of lactose intolerance, a condition in which people cannot digest the lactose found in most milk and dairy products. In general, not all probiotics are the same, and they don’t all work the same way." 

Bagi mereka yang mengambil makanan tambahan (suplemen) yang mengandungi probiotik anda harus faham  bahawa probiotik bukanlah antibiotik atau pun ubat-batan. 

Namun begitu, probiotik boleh digunakan bersama antibiotik untuk menentang kesan sampingan berbahaya antibiotik seperti gangguan pada usus normal dan cirit-birit berkaitan antibiotik.

Rujukan:




http://www.gastro.org/patient-center/diet-medications/probiotics

2 comments:

  1. selalu dengar bakteria baik dan pribiotik dalam iklan air vitagen dan seangkatan dengannya...
    tp artikel ni beri info yg lebih mendalam...hihi

    Testimoni Set Menyusu Shaklee | Diari Mama

    ReplyDelete
  2. Betul kata Maria tu... Selalu dengar dalam iklan yakult... bakteria baik yang berguna untuk badan kita...

    ReplyDelete