Friday, September 26, 2014

KENTANG: Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu

Ubi kentang merupakan sejenis tumbuhan berkanji yang berakar berasal dari Amerika Tengah. Ia menjadi makanan ruji yang paling murah bagi seluruh populasi di dunia.

Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet. Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.



KENTANG: Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu


#1 Kentang merupakan tumbuhan yang sangat mudah tumbuh dan dijaga. Ia menjadi tanaman keempat terbanyak ditanam di dunia selepas gandum, padi dan jagung.


#2 Negara China mendominasi dalam menghasilkan kentang di dunia. Hampir sepertiga pengeluaran kentang dunia dihasilkan di negara ini.

KENTANG: Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu 

#3 Sehingga ke hari ini, terdapat hampir 4 ribu spesies kentang. Yang popular dan sering digunakan tidak sampai seratus jenis.

#4 Setiap pokok ubi kentang boleh mengeluarkan sehingga 20 biji kentang.

#5 Saiz paling besar bagi sebiji kentang ialah sebesar buah limau bali dan yang paling kecil sekecil buah anggur. Guiness Book of World Record mencatatkan kentang paling besar ialah seberat 38 kg.

KENTANG: Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu 
#6 Ubi kentang yang ditanam mesti ditutup dengan tanah sepenuhnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan ubi kentang menjadi hijau dan pahit apabila terdedah kepada sinaran matahari. Ubi kentang yang bertompok hijau ini mengandungi solanine yang pahit dan boleh menjadi racun!!

#7 Cara makan ubi kentang yang terbaik iala tanpa membuang kulitnya kerana vitamin dan mineral berada di bawah kulit ubi kentang.

KENTANG: Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu 

#8 Ada yang mengatakan bahwa memakan ubi kentang boleh menjadi gemuk?? Adaka kenyataan ini benar dan berasas?? Sebenarnya fakta ini tidak tepat sama sekali kerana jumlah lemak yang terdapat di dalam ubi kentang adalah di bawah paras 25% . 

Ia membekalkan karbohidrat kompleks manakala kandungan kalorinya adalah rendak. Ia lebih dikenali sebagai makanan yang bebas kolesterol.

#9 Ubi kentang kaya dengan potassium dan juga vitamin C. Ia mampu menyediakan setengah daripada keperluan vitamin C kepada tubuh manusia. Vitamin C yang terdapat di dalam ubi kentang akan hilang apabila ia direbus. 


Cara yang terbaik ialah dengan mengukus ubi kentang. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

#10 Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. 


Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih kerana sudi membaca. 
SUMBER RUJUKAN:

http://www.sajionline.my/index.php/info-makanan/721-khasiat-ubi-kentang

http://www.nutrition-and-you.com/potato.html

http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=48

http://www.potatogoodness.com/nutrition/

http://www.potatogoodness.com/nutrition/nutritional-facts/

http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121209/kn_02/Khasiat-ubi-kentang#ixzz3EQprLObG

2 comments: