Kenali Sebab-sebab Tubuh Anda Sentiasa Letih

Pernah tak anda merasa letih dan mengantuk walaupun tidak melakukan apa-apa aktiviti yang berat?? Rasanya ramai pembaca di luar sana mengalami situasi seperti ini kan.. keadaan ini mungkin berlaku ketika anda berhadapan dengan komputer atau menulis di meja kerja.

Menguap dan rasa mengantuk serta keletihan yang kadang-kala tidak terkawal. Anda mungkin tertanya-tanya apa sebab badan begitu lesu sehingga kerja-kerja di pejabat terganggu. Adakah kerana ada penyakit atau punca lain?? Mari kita baca apa punca yang boleh dikaitkan apabila badan sentiasa letih dan lesu.

Kenali Sebab-sebab Tubuh Anda Sentiasa Letih


#1 Waktu tidur yang tidak teratur


Bagi orang dewasa keperluan waktu tidur sehari anatara 7 hingga 8 jam. Jadi, sekiranya anda merasa mengantuk ketika bekerja atau melakukan aktiviti lain, ia mungkin disebabkan kurangnya kualiti dan kuantiti tidur atau waktu rehat. 


Anda boleh mengatasi masalah ini dengan merancang jadual waktu tidur yang teratur. Tidur dan bangunlah pada waktu yang sama. Jauhkan apa sahaja gajet seperti telefon, tablet, komputer riba dan sebagainya dari katil anda.

Tidurlah dalam keadaan tenang dan gelap yang total agar anda mendapat tidur yang berkualiti. Tidur di dalam gelap memberikan kesan yang baik kepada manusia dari sudut kesihatan yang optimum. Klik Sunnah Tidur Di dalam Gelap untuk penerangan lanjut.


#2 Kualiti tidur terganggu


Gejala 'sleep apnea' adalah gangguan tidur yang disertai dengan sukar untuk bernafas. Keduanya berlaku secara berulang-ulang. Mungkin keadaan ini kurang disedari, setiap kali berlaku keadaan ini kualiti tidur akan menurun. Kesannya anda mudah penat dan mengantuk walaupun telah menggunakan waktu yang sepatutnya untuk tidur dan berehat.

Kenali Sebab-sebab Tubuh Anda Sentiasa Letih

Sleep Apnea juga dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi, gangguan jantung, kencing manis dan angin ahmar. Sleep apnea terjadi apabila saluran pernafasan menyempit ketika tidur sekaligus menyebabkan bekalan oksigen terhenti berulang kali sepanjang malam. 

Kaum lelaki, mereka yang menghadapi berat badan berlebihan, dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas berpotensi mendapat sleep apnea. Jika tidak dirawat, boleh membawa kepada hypertension, stroke dan kegagalan jantung.


#3 Anemia

Anemia menjadi sebab utama kaum wanita mudah letih. Darah yang banyak keluar semasa haid mengakibatkan kekurangan zat besi. Zat besi amat penting untuk pembentukan sel darah merah. Sel darah merah diperlukan oleh tubuh untuk bagi membekalkan oksigen ke seluruh organ badan.

Jadi, anda harus mengambil makanan tambahan (suplemen) yang mengandungi zat besi untuk menampung kekurangan zat besi di dalam harian. Anda jug aperlu memakan makanan yang kaya dengan zat besi seperti buha-buahan, sayuran hijau, bijirin, daging merah, kekacang dan sebagainya.


#4 Tekanan

Tekanan perasaan bukanlah gangguan emosi biasa. Ia juga dikaitkan dengan faktor lain seperti keletihan, sakit kepala dan hilang selera makan.


#5 Penyakit Hypothyriodism

Tiroid adalah sejenis kalenjar kecil yang berada di pangkal leher. Organ ini berfungsi mengendalikan metabolisme dan mengatur kecepatan tubuh dalam menukar makanan kepada tenaga.

Apabila kalenjar ini tidak dapat berfungsi dengan baik maka seluruh metabolisme tubuh menjadi lambat. Disebabkan itulah berlakunya kegemukan dan kekurangan oksigen. 

Bagi mengelakkan masalah ini berterusan, lakukan ujian darah untuk mengetahui tahap kandungan hormon tiroid. Sekiranya rendah, para doktor kebiasaannya akan mencadangkan sejenis hormon yang dipanggil sintesis bagi mengembalikan tenaga tubuh.


#6 Kurangkan minuman berkafein

Mengambil minuman berkafein yang berlebihan dikatakan mampu meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah serta kekejangan. Dikatakan juga mengambil kafein pada kadar yang melebihi sukatan yang dibenarkan boleh mengakibatkan masalah keletihan kepada segelintir individu. 
Kenali Sebab-sebab Tubuh Anda Sentiasa Letih


#7 Jangkitan di saluran kencing

Keletihan dikatakan salah satu petunjuk bahawa anda menghidap penyakit ini. Untuk mendapatkan kepastian, segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjutan agar tanda-tanda penyakit awal dapat dirawat dengan betul sebelum ia merebak.


#8 Kencing manis

Pesakit diabetes dikatakan memiliki paras gula dalam darah yang tinggi. Gula tersebut akan masuk ke saluran darah tetapi tidak memasuki sel-sel. Jadi, gula tersebut tidak mampu dijana menjadi tenaga. 

Kesannya anda akan kehilangan banyak tenaga yang gagal dijana dengan baik walaupun anda mengambil makanan yang mencukupi. Sebaiknya berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan jika keletiahn berpanjangan dan membimbangkan.


#9 Kekurangan Air


Keletihan dan kelesuan juga dikaitkan dengan kekurangan air. Minumlah air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Antara tanda ketara yang menunjukkan bahawa anda kekurangan air ialah apabila anda sentiasa berasa haus. Sebaiknya jangan tunggu berasa haus untuk minum air. 

Keperluan air juga bergantung  kepad aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang terdedah kepada sinaran matahari lebih memerlukan air. Air penting untuk mengeluarkan toksin yang berkumpul di dalam badan.


#10 Kekurangan Tenaga

Kurang makan dan mengambil makanan yang salah antara sebab badan mudah keletihan. Diet seimbang amat penting kerana ia mengawal gula dalam darah dan mengelakkan rasa penat yang akan terjadi sekiranya tekanan darah menurun.

Jadi anda tidak harus mengabaikan sarapan pagi dan tingkatkan makanan yang mengandungi protein serta karbohidrat dalam diet harian anda. Untuk permulaan anda bole mengambil telur bersama roti gandum. Anda juga digalakkan mengambil makanan tambahan (suplemen) untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Anda tercari-cari produk yang boleh membantu anda menambahkan tenaga?? Shaklee ada jawapannya. Antara produk Shaklee yang boleh membantu menambahkan tenaga secara sihat ialah Vita-Lea Iron Formula, B-Complex, Energizing Soy Protein (ESP) dan Perfomance Drink.


Vita-Lea Iron Formula

Kenali Sebab-sebab Tubuh Anda Sentiasa Letih
Vita-Lea diformulasikan dengan menambah zat besi (iron) untuk ke[erluan tubuh kita. Zat besi adalah amat penting untuk untuk menghasilkan sebahagian sel-sel darah yang diperlukan oleh tubuh manusia. Zat besi merupakan sebahagian protein dan enzim yang ditemui di seluruh tubuh termasuklah hemoglobin dan myoglobin

Hemoglobin ditemui di dalam sel-sel darah merah manakla myoglobin ditemui di dalam otot-otot. Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup. 


B-Complex

Kenali Sebab-sebab Tubuh Anda Sentiasa Letih

Hasil kajian menunjukkan Vitamin B membantu mengatasi masalah kemurungan dan tekanan (stress). Masalah ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit lain seperti gangguan sistem pencernaan (sakit perut, sembelit, cirit-birit), menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, migrain, dan penambahan berat badan.

Vitamin B yang mencukupi mampu mencegah beberapa penyakit seperti anemia, gangguan penglihatan, kerosakan saraf dan masalah jantung. Pilihan Vitamin B saya sudah pasti Vitamin B-Complex Shaklee yang lengkap kesemua 8 vitamin B termasuklah asid folik dan biotin.


Antara fungsi Vitamin B-Complex ialah:
#1 Menukar makanan kepada tenaga - membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat, dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan.

#2 Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

#6 Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk laut dan darat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang B-Complex boleh klik link di bawah:

Energizing Soy Protein (ESP)

Kenali Sebab-sebab Tubuh Anda Sentiasa Letih
Energizing Soy Protein (ESP) merupakan sumber tenaga anda yang amat baik. ESP dihasilkan daripada kacang soya Non-GMO yang selamat 8ntuk diambil. Kandungan protein yang tinggi di dalam ESP membekalkan anda tenaga berjam-jam lamanya.

ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

Perfomance Orange @ Perfomance Drink

Kenali Sebab-sebab Tubuh Anda Sentiasa Letih

Perfomance juga telah direka khusus untuk angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Perfomance sebagai pilihan utama mereka kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia bukan sahaja dalam dunia sukan malah aktiviti pengembaraan. 

Ujian klinikal membuktikan rumusan eklusif Opticarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.

Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Perfomace mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik link di bawah

Anda nak sihat?? Apa tunggu lagi, jom la order sekarang.Tak rugi pun.
Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
Whatsapp: 0139279846

Comments

  1. Jagalah kesiatan anda dan seisi keluarga dengan mengamalkan pemakanan seimnag dan tidur yng cukup..jauhkan dari stress dan kemurungan. ..

    ReplyDelete

Post a Comment