NUTRISI penting untuk kulit sihat


Kulit yang sihat tidak hanya memerlukan rawatan dari luar tetapi juga pengambilan nutrisi dari makanan. Beberapa nutrisi yg boleh anda ambil & amalkan untuk mendapatkan kulit yg sihat.


  • Air - menjaga kulit agar sentiasa lembap, mengurangi garis-garis halus dan kerutan pada kulit, membantu sel untuk menyerap nutrisi dengan baik.

  • Selenium - mineral yg membantu melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas. Selenium juga berfungsi mencegah kanser. Sumber selenium adalah seperti udang, daging, kerang, sardin & pasta gandum penuh.

  • Coenzyme Q10 (CoQ10)CoQ10 merupakan antioksidan kuat yg dihasilkan di dalam tubuh secara semulajadi. Ia melindungi kulit dan sel-sel tumbuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga membantu dalam menghasilkan tenaga & fungsi sistem kekebalan tubuh.Ia boleh didapati dari salmon, tuna serta bijirin penuh.

  • Vitamin Aingin kulit yang cerah dan halus?? Hanya tambahkan pengambilan makanan seperti limau atau lobak merah. Buah dan sayuran ini kaya dengan vitamin A yg membantu memelihara kelembapan lapisan kulit bawah. Anda boleh mendapatkan vitamin A dari sayuran hijau, telur & produk tenusu rendah lemak seperti keju & susu.

  • Vitamin Cvitamin C membantu melindungi kulit dari sinar matahari. Ia juga membantu memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas yg merosakkan serat kulit seperti kolagen & elastin. Sumber vitamin C boleh diperolehi dari buah sitrus, betik, kiwi & sayuran hijau.

  • Vitamin Emerupakan antioksidan yg boleh mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari. Ia juga berfungsi sebagai anti-peradangan & menguatkan sistem kekebalan tubuh. Ia boleh didapati dari minyak sayur, kekacang, bijian, buah zaitun, bayam & asparagus.

  • Asid Lemak Essensial - asid lemak essensial seperti asid lemak omega-3 & omega-6 membantu menghasilkan lapisan minyak pelindung semulajadi kulit serta mencegah timbulnya jerawat. Anda boleh mendapatkannya dari minyak zaitun, minyak canola serta ikan salmon, sardin & makerel.

  • Antioksidan untuk sel sihat - antioksidan mencegah atau melambatkan kerosakan sel akibat radikal bebas yang menyebabkan tanda-tanda penuaan seperti kerutan pada kulit dan kulit menjadi kering. Antioksidan boleh didapati dari buah-buahan & sayuran berwarna seperti pelbagai jenis beri, tomato, aprikot, labu, bayam, ubi jalar, cili, & limau.

  • Minyak sihat - Antara jenis minyak yang lebih kaya asid lemak essensial dibandingkan dengan minyak komersial yang lain adalah seperti minyak zaitun muda. Minyak ini membantu melembapkan kulit dan menjaga kulit agar kulit kelihatan lebih berseri.

semoga perkongsian ini bermanfaat.

Comments