Monday, 5 November 2018

Catatan Percutian Singkat Ke Kuching, Sarawak (Bahagian Akhir)

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk saya bernafas dan meneruskan catatan short vacation to Kuching Sarawak. 


Hari ketiga, 6 Oktober 2018 (Sabtu)


Pukul 6 pagi kami bergerak ke Pasar Serikin. Pasar ini terletak di daerah Bau. Kalau datang ke Kuching Pasar Serikin adalah tempat yang wajib di lawati. Jarak perjalanan dari MRSM Kuching ke Pasar Serikin mengambil masa lebih kurang satu jam setengah atau lebih. 

Pasar ini hanya di buka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Kebanyakan peniaga datangnya dari negara seberang Indonesia. Makanan tidak banyak dijual di sini. Kalau korang kaki shoping bawa la duit banyak-banyak. Hahaha. Saya agak menyesal sebab tak beli banyak. Masa tu fikir takut tak muat beg. Maklumlah backpacker bawa beg pun tak besar sangat.



Kami bersarapan di gerai makan berdekatan Pasar Serikin. Menu untuk sarapan pagi hanyalah Mee Kolok. Kami tiada pilihan lain. Semalam semasa berada di My Village Barok Mee Kolok terasa agak sedap. Tapi kali kedua makan rasanya agak muak. Mungkin kuahnya yang banyak bahan perasa. Kalau tahu susah nak cari makan boleh la beli roti ke apa-apa untuk sarapan kan.

Teruja sangat nak cuci mata dan shopping sampai terlupa nak snap picture kat Pasar Serikin ni. Hahaha. Kain batik corak bermotifkan pua kumbu dan batik Sarawak antara benda yang saya beli di sini. Satu lagi yang saya beli blouse dari material jeans. Memang dah lama nak beli kat butik online tapi harganya boleh tahan. 

Ni je gambar yang ada kat Pasar Serikin. Kedai makan yang kami singgah untuk bersarapan.
Kat Pasar Serikin harganya jauh lebih murah. Di saat saya menulis cerita ni blouse tu saya tak pakai lagi pun. Cuma bila try pakai lengannya agak singkat. Tapi oklah kan harga pun murah. Kami berada di Pasar Serikin sehingga pukul 10.30 pagi.

Destinasi seterusnya ialah Kubah Ria Complex. Jarak perjalanan dari Pasar Serikin ke Kubah Ria (mengikut google) lebih kurang 60km. Dalam perjalanan ke Kubah Ria kami singgah sebentar di Wind Cave.



Rasanya gua ni tempat penganut Buddha sembahyang kot. Sebab kat dalam cave tu banyak patung, besar kecik semua ada. Colok pun banyak. Ambik gambar cepat-cepat. Tak tahan bau colok. Pastu rasa lain macam bila tengok patung-patung tu. Hahaha. Scary je.

Sampai di Kubah Ria sekitar pukul 12.30. Makan tengah hari saya pilih laksa Sarawak. Selepas makan, kami solat dan sambung shopping kat Kompleks Kubah Ria. Kat sini saya beli lagi kain bercorak batik Sarawak untuk adik-beradik dan beberapa souvenir. Harga tak ada beza sangat dengan kedai-kedai dekat waterfront.

Kat sini ramai yang borong ikan terubuk masin. Saya pun beli juga la. Bukan untuk diri sendiri pun. Saja la beli kot nak bagi kat kawan-kawan kan. Beli tak banyak pun 10 ekor je tu pun ikan yang bersaiz kecil. Pak cik kedai siap packing letak dalam kotak. So tak payah risau nak bungkus macam mana. 


Dari Kubah Ria kami bergerak ke Kuching Waterfront sekali lagi. Ada ahli rombongan nak pergi shopping lagi dan nak pergi borong kek lapis juga. Hahaha.

Kat Kuching Waterfront ni ada jambatan yang menghubungi Kuching Utara dan Kucing Selatan. Ia dinamakan Jambatan Darul Hana. Jambatan ni baru lagi. Ia siap dibina pada tahun 2017. Maklumat lanjut tentang jambatan ni korang boleh la google okey. So kalau tak nak naik bot atau sampan ke seberang sana tu boleh la berjalan kaki menyusuri jambatan ni.

Ni gambar atas Jambatan Darul Hana. Nampak tak kat belakng tu macam kubah tu kan. Tu Dewan Undangan Negeri Sarawak

Selepas turun dari Jambatan Darul Hana kami naik bot untuk melawat Gallery Fort Magherita pula. Semput juga nak sampai ke Gallery Fort Magherita ni. Jauh tu boleh tahan juga la. Ditambah pulak laluannya berbukit bukau. Saya pun tak pasti laluan yang kami ikut tu laluan yang sebenar atau tidak. Hahaha. Kami redah saja janji sampai.

Sampai sana semua tak nak masuk sebab kena bayar. Hahaha. Sayang juga duit kan semata-nata nak tengok tinggalan sejarah ni. Tak patriotik pula rasa sebab sayang duit tak masuk tengok warisan sejarah. Tak ada mood sangat nak masuk pun sebab badan dah penat kan. 

Ni je gambar yang saya sempat snap kat entrance Fort Magherita.
Tak lama pun dok atas ni. Snap pic sikit terus turun. Tu je gambar yang ada dalam phone saya. Sampai bawah je semua pakat cari kedai yang jual air. Dahaga gila. Air yang bawa pun dah habis. Cuaca agak panas memang haus la. 

Selepas tu kami sekali lagi naik bot untuk ke Waterfront semula. Kek Lapis yang kami order semalam kami pick up je kat cawangan Mira Cake House kat Kuching Waterfront. Dalam pukul 5.30 kami bertolak balik ke MRSM Kuching. 


Korang kalau pergi Kuching jangan lupa beli Snek Sagu Tabaloi ni tau. Pada mula tu saya tak la berminat sangat nak beli snek ni. Pastu bila tengok ramai sangat yang pakat dok beli saya pun beli la juga 3 kotak. Kotak je besar isi dalam nipis je. Kihkihkih. Biasa la kan strategi orang berniaga.

Sampai di MRSM terus packing barang, mandi, solat jamak takdim then bersiap untuk ke Lapangan Terbang Kuching. Dalam pukul 8 sampai di airport. Makan malam pun kat airport juga. Nak singgah kedai takut dah tak sempat kan. 

Bye bye Kuching. Nanti ada rezeki kami datang lagi.
Agak kelam kabut semasa nak check in tu. Pegawai yang bertugas tak benarkan kitaorang barang handcarry lebih daripada 2. Kelam kabut sumbat mana yang boleh dalam bagpacker masing-masing.

Flight lewat sejam. Dalam pukul 1 pagi kami selamat mendarat di airport Senai. Semoga catatan ini memberi manfaat untuk semua yang membaca. 

------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
+6013-9279846
(whatsApp / Telegram)

Sunday, 4 November 2018

Catatan Percutian Singkat Ke Kuching Sarawak (Bahagian 2)

Assalamualaikum. Ada yang tertunggu-tunggu ke sambungan cerita trip to Kuching? Maafkan saya kerana lambat update sambungannya. Sibuk sikit kat sekolah. Minggu ni sangat hectic. Macam dah kerja office pulak dari pukul 7 hingga 5 ada kat sekolah. Nak buat camne kan dah kerja kita. Kena sabar dan redha jelah. InsyaAllah bila kita sabar dan redha hati pun lebih tenang.

Oklah kita sambung cerita apa yang berlaku pada hari pertama.


Sebelum korang teruskan bacaan meh la jamu mata dulu tengok pic kat depan Kamung Budaya Sarawak. kasut merah, baju merah dan beg oun merah. I like merah. hihi.

Hari Pertama, 4 Oktober 2018 (Khamis)


Bertolak ke airport Senai lebih kurang pada pukul 5.50. Sampai airport dah hampir maghrib. Then saya dan suami terus solat di surau airport. Sebenarnya ini pertama menjejak kaki di airport Senai. Tempat berwudhuk dalam suraunya agak canggih.

Mula-mula masuk dan tengok tempat berwudhuk tu dalam hati saya, "Wow, OMG. Canggihnya." Tak pernah jumpa tempat berwudhu macam tu. Jakun je rasa. Hahaha.

Selepas solat makan-makan kat KFC. Tu jelah pilihan yang ada untuk makan malam. Outlet KFC tu pun dekat je dengan surau. Subway pun ada. Saya dan suami tak suka sangat subway. Saya beli set dinner plate kongsi ngan suami. Air pulak kebiasaannya saya akan tukar ambik air milo. Sebab tak minum air bergas. Kalau beli KFC itulah set yang menjadi pilihan kami. Makan berdua je kan. 

Alhamdulillah selepas makan kami terus check in dalam pukul 8.30. Flight kami pada pukul 9.40 malam. Perjalanan ke Kuching berjalan lancar. Flight pun tidak delay. Alhamdulillah sekitar pukul 10.40 kami selamat mendarat di lapangan terbang Kuching.


Ini saja gambar yang sempat snap masa kat airport. Badan dah penat kan. Nak bergambar pun tak ada mood. Lepas tu menyesal pulak tak ambik gambar.

Sepatutnya pergerakan kami ke MRSM Kuching disediakan oleh pihak MRSM sendiri. Tapi berlaku salah faham, pihak MRSM tidak dimaklumkan untuk mengambil kami di airport. So untuk ke MRSM Kuching kami sewa teksi saja. Tak ada masalah pun. 

Dalam pukul 11 malam kami sampai di MRSM Kuching. Saya dan ahli rombongan menginap di rumah tetamu MRSM Kuching. Terpaksa la berpisah sekejap dengan encik suami. huhuhu. Kaum perempuan duduk satu rumah dan kaum lelaki duduk satu rumah.

Hari Kedua, 5 Oktober 2018 (Jumaat)

Pagi ini tiada aktiviti. Saya dan para isteri yang mnegikut suami hanya lepak-lepak dan berehat saje. Sementara suami dan rakan-rakan staff ada perjumpaan dengan pentadbir MRSM Kuching dan selepas itu mereka mengadakan lawatan benchmark mengikut unit masing-masing.

Selepas solat Jumaat kami ke Kampung Budaya Sarawak ataupun dalam bahasa Inggeris ialah Sarawak Cultural Village (SCV). Lebih kurang dalam pukul 2.30 kami sampai. Berhadapan dengan Kampung Budaya tu ada Damai Centre. Kat sini ada macam food court atau kedai-kedai makan yang menjual pelbagai menu. Macam-macam ada. So kami makan tengah hari kat sini.


Gambar sekitar Damai Centre. Masing-masing dahi berkerut menahan panahan cahaya matahari

Satu je kelemahan saya bila berjalan tak tahu nak makan apa. Akhirnya saya order ayam masak butter. Sebenrnya tak pernah try pun menu ni. Tu yang rasa nak cuba. Tapi sayang sekali saya tak dapat habiskan nasi dan ayam butter itu. 

Mungkin tak kena dengan selera saya kerana rasanya yang agak manis. Dan yang pasti ayam tersebut keras. Penat nak kunyah ayam yang keras ni. Rasa sangat bersalah kerana makan tak habis. Nak buat macam mana kan. Cuba habiskan juga memang tak dapat la.

Selepas makan kami berjalan di sekitar Damai Central. Kat sini ada beberapa kedai yang menjual souvenir. Kami tak beli apa-apa pun masuk tengok je. Kat belakang Damai Sentral ni ada pantai dan ada patung burung kenyalang. Tak turun pun kat pantai tu. Tengok dari jauh je. Lupa pulak nak ambik gambar pantai ni dari jauh.


Sebenarnya masa ambik gambar ni bukan sengaja nak posing macam tu pun. Bukan tak nak pandang kamera tapi tak boleh sebab matai silau yang amat sebab cahaya matahari.

Kemudian barulah kami bergerak ke Kampung Budaya Sarawak. Tak jauh pun jalan kaki je. Masa ni dah hampir pukul 4. Ingatkan fee ticket nak masuk SCV ni murah je rupanya boleh tahan juga. Memangdangkan masa dah lewat hanya beberapa orang je ahli rombongan yang masuk.  Harga tiket pun tak mahal sebab dah lewat. Saya dan suami ambik gambar kat luar tu je.


Gambar di hadapan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak

Kemudian kami bergerak ke Kuching Waterfront. Kat sini banyak kedai yang menjual pelbagai souvenir yang bermotifkan Sarawak. Hampir dua jam juga kami berlegar-legar di sekitar Kuching Waterfront ni.


Kat Kuching Waterfront ni bila malam sangat meriah sebab banyak gerai-gerai makan akan beroperasi. Macam-macam ada okey. 
Seterusnya kami bergerak ke seberang sungai Sarawak dengan menaiki bot penambang. Saya tak pasti sungai dekat dengan Kuching Waterfront tu sungai Sarawak atau tidak. Mengikut carian di google itu Sungai Sarawak. Betul la agaknya. Maafkan saya jika silap. Scary gila bot penambang ni. Pening kepala tak payah cakap la. Tapi seronok sebab pengalaman baru kan.


Ini gambar di dalam bot penambang tu. Sekali naik kena bayar RM1.

Selepas tu kami makan malam di Restoran My Village Barok Restoran ni dua tingkat. Binaannya dari kayu dan buluh. Klasik sangat. Macam-macam menu ada. Akhirnya saya order mee kolok. Makanan yang popular di Sarawak. Not bad tapi bahan perasa di dalam kuahnya agak kuat. Mungkin kali kedua ke sana saya tidak akan order lagi mee kolok. Hahaha.



Muka teruja nak rasa mee kolok. hahaha. Masa ni memang perut lapar sungguh. Perut lapar semuanya sedap. 
Selepas selesai menjamu selera kami berjalan ke kedai kek lapi iaitu Mira Cake House. Tak banyak pun kami beli. Beli pun sekadar sebagai souvenir untuk kawan-kawan. Saya sendiri bukanlah penggemar kek.

Saya beli 10 bungkus sahaja. Memandangkan esok baru kami akan bertolak balik, bungkusan kek lapis kami tinggal di kedai untuk disimpan di dalam peti ais di dalam kedai itu. Selepas kita pilih kek yang kita nak. Kek akan di masukkan di dalam kotak dan dibungkis cantik-cantik macam dalam gambar ni. So senang nak buat naik atas kapal terbang. 

Masa kata kedai lupa nak snap pic kek lapis ni. Dah sampai rumah baru teringat. Nasib baik tak buka lagi plastiknya.

Kedai kek lapis ini menjadi tempat terakhir yang kami terjah. Kemudian sekali lagi kena naik bot penambang untuk menyeberang ke Kuching Waterfront. Lebih kurang pukul 11 malam kami sampai ke MRSM Kuching. Mandi, solat dan tidur. Alhamdulillah.


Semoga catatan dan cerita yang tak seberapa ini memberi manfaat untuk semua. Tujuan saya mencoret di dalam blog ini supaya ia tidak hilang begitu saja. Mana tahu jika dipanjangkan umur anak cucu saya boleh baca kan. Nantikan bahagian terakhir percutian saya ke Kuching Sarawak. InsyaAllah.

------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
+6013-9279846
(whatsApp / Telegram)

Wednesday, 31 October 2018

PASKAL THE MOVIE Filem Aksi Malaysia Yang Terbaik

Saya bukanlah seorang kaki wayang. Sejak tahun lepas saya mula berjinak-jinak dengan wayang. Dan tahun lepas la kali pertama seumur hidup saya melangkah tengok wayang. Masa pergi tu tak tahu nak tengok cerita apa sebenarnya. Sudahnya saya tengok cerita Wave lakonan Andy Lau. Masa tu dok rasa cerita tu best kot. Tak best sangat hero meninggal dunia.

Paskal The movie adalah filem keempat yang saya tonton di panggung wayang. And the best part is PASKAL The Movie filem aksi Malaysia yang terbaik. Bila PASKAL The Movie official trailer keluar memang rasa ketrujaan nak tengok tu sangatlah tinggi. Di tambah sebelum tu ada juga ternampak posting pelakon-pelakon filem ni kat instagram diaorang gambar BTS semasa shooting. lagilah saya rasa aku mesti tengok citer ni.


Filem yang menelan belanja sekitar RM12 juta ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Sebab utama saya begitu teruja nak tengok Paskal kerana ia satu-satunya filem di Malaysia yang mengenengahkan fungsi total unit Paskal. Kisah di dalam filem ini diadaptasi dari kejayaan PASKAL unit khas organisasi Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL). 



Menurut kata Pengarah Paskal the movie Adrian Teh, pakar senjata dan pegawai PASKAL akan berada di lokasi penggambaran untuk memastikan penggunaan senjata api dan bahan api tidak tersasar.

Kata Adrian lagi, panglima TLDM meminta setiap pelakon yang membawa watak sebagai anggota PASKAL menjalani latihan asas pasukan itu supaya mereka dapat merasai keadaan sebenar anggota PASKAL.  Latihan ini dibuat di Lumut. Bagi saya latihan ini sangat penting supaya pelakon dapat menjiwai watak masing-masing dengan lebih berkesan.

Jalan cerita di dalam filem Paskal diinspirasikan dari dua misi sebenar iaitu Univem II (Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu) di Angola pada tahun 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel pada tahun 2011.



Saya yakin ramai rakyat Malaysia kurang pengetahuan tentang unit elit ini. Sama juga macam saya. Pernah la dengar pasal PASKAL ni tapi secara detailnya memang tak tahu. So berbangga la kita sebagai rakyat Malaysia kerana kita juga ada pasukan elit yang hebat setanding pasukan elit Amerika Syarikat SEAL.

Tahniah kepada Pengarah, penulis skrip, pelakon-pelakon dan semua krew yang terlibat dalam menjayakan naskhah yang sangat hebat ini. 


Secara keseluruhan filem ini sangat best dan saya sangat berpuas hati. Jalan cerita yang penuh emosi dan aksi-aksi yang mendebarkan. Permulaan cerita pun dah rasa wow sangat. Bila keluar scene-scene sedih tu memang bergenang juga la air mata terutama bila Joshua meninggal dunia.

Saya bagi 9 markah daripada 10. Kenapa tak dapat markah penuh? hihihi. sebabnya saya tak puas hati kenapa mak Arman tak pakai tudung. Bagi saya kebiasaannya kaum wanita kat Malaysia ni akan bertudung bila dah berusia. Mak Arman bukanlah artis atau somebody yang ada nama. Orang kampung ni bila dah tua biasanya akan bertudung.


Apa pun filem ini memang terbaik. Saya sememangnya peminat cerita aksi. Memang kena sangat dengan jiwa saya. Cewah. Hihihi. Drama bersiri SEAL kat AXN tu memang saya layan.


Rasanya itu saja perkongsian saya untuk kali ini. Sesiapa yang tak tengok lagi korang pergilah tengok cepat-cepat. Kalau tak sempat tengok kat pawagam nanti dah keluar kat Astro First korang subscribe la. Jom kita sokong filem tempatan.

------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
+6013-9279846
(whatsApp / Telegram)

Saturday, 27 October 2018

Catatan Percutian Singkat Ke Kuching Sarawak (Bahagian 1)

Assalamualaikum.

Percutian singkat ini bukanlah dirancang dari awal. 2 minggu sebelum ke Kuching suami hantar mesej melalui WhatsApp, " Sayang, jom kita pergi Kuching". Masa tu saya kat sekolah. Memang terkejut sesangat la kan tetiba je ajak pergi Kuching, like what..!!!. Macam ajak nak gi kedai beli ikan je kan. Hahaha..

Mula-mula tu saya tak nak pergi. Takut penat kan. Yelah pergi hari khamis malam then balik sabtu malam. Flight waktu balik pulak pukul 11 malam. Pukul berapa sampai rumah pun tak tahu lagi. Esoknya hari ahad kena pergi kerja. Confirm penat yang amat la kan. 

Kalau boleh tak nak la ambik CRK (Cuti Rehat Khas) tambah-tambah lagi kerja tengah banyak, kerja pun banyak tak setel lagi. Nak apply cuti pun bukannya senang. Nak kena hadap guru besar dulu. Lepas tu nak kena bagi sebab musabab kenapa minta cuti pulak. Alasan tak kukuh confirm tak dapat cuti.


Fikir-fikir punya fikir akhirnya saya setuju ikut suami ke Kuching Sarawak. Sebenarnya trip ni bukannya pergi bercuti semata-mata. Ianya salah satu program benchmark MRSM Tun Dr Ismail (MRSM Pontian) di MRSM Kuching. So kiranya ni lawatan kerja la. Kos makan minum, penginapan dan pengangkutan di Kuching ditanggung beres oleh pihak koperasi MRSM Pontian. Kami hanya mengeluarkan duit untuk kos tiket flight sahaja.

Saya bersetuju untuk ke Kuching atas beberapa faktor. Pertamanya sebab tak pernah jejak kaki lagi ke Sarawak. Keduanya sebab urusan trip ini diuruskan oleh Abang Zahar (ketua rombongan) seorang staf MRSM Pontian. Ketiganya sebab bertolak dari Senai so tiket pun tak mahal sangat. Harga tiket pergi balik lebih kurang RM500 sahaja.

Rombongan ke Kuching terbahagi kepada 3 kelompok. Kelompok pertama bertolak dari airport Senai pada pukul 12.00 tengah hari. Kelompok kedua pada pukul 4 petang dan kelompok ketiga flight malam pada pukul 9.40. Saya dan suami berada di dalam kelompok ketiga.

Ni gambar masa dalam kedai masa kat water front. Cari souvenirs untuk kawan-kawan dan adik beradik. 


Terpaksa ambik tiket flight malam kerana hari Khamis 4hb tu saya masih ke sekolah. Dan sekolah saya pulak pada hari tu menjadi tuan rumah untuk pertandingan English Storytelling Pontian District. So tak boleh nak excuses untuk balik lebih awal apatah lagi nak ambik cuti kan.

Apa yang berlaku pada hari pertama sehingga balik saya akan kongsi pada bahagian seterusnya okey. Rasanya kalau nak cerita semua dalam satu entry akan menjadi sangat panjang.

Trip ni tak adalah best sangat sebab mungkin ala-ala backpaker kan. Penat tak payah cakap la. Tapi menjadi satu pengalaman yang sangat berharga. Okey kita jumpa lagi di bahagian kedua. InsyaAllah

------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
+6013-9279846
(whatsApp / Telegram)

Friday, 19 October 2018

Signature Market Kedai Online Produk Natural Dan Organik Pertama Di Malaysia

Assalamualaikum.

Dah sebulan lebih saya tidak mencoret sesuatu di sini kan. Pagi ini saya menerima perkhabaran Abah kawan baik saya (semasa belajar di UM dulu) telah kembali menemui penciptanya pukul 1 petang semalam. Inna lillahi wainna ilaihi rojiun. Semoga teman saya ini diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh ujian Allah.

Hari ni nak story mory benda santai je. Rasa nak buat review tak berbayar pasal produk signature market. Signature market ni kedai online pertama di Malaysia yang menjual produk natural dan organik. Ia diasaskan pada tahun 2014. Yang berada berdekatan dengan kedai fizikal signature market boleh terus ke kedai untuk membuat pembelian.


Bagi yang mencari menu kudapan yang sihat korang boleh la membeli belah di signature market. Sebelum purchase meh la cuci mata dulu kat web rasmi signature market. Korang boleh klik link ini https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/

Sebelum membuat apa-apa pembelian korang kena daftar keahlian dulu. Pastu dah boleh terus pilih produk dan masuk dalam bakul. Bagi yang dah biasa buat pembelian online mesti tau kan macam mana step dan apa yang perlu nak buat.

Yang tak biasa atau pertama kali nak buat pembelian online korang jangan risau. Prosesnya tak susah pun janji ada duit dalam bank. Gituuu..Hihihi. Diingatkan segala urusan jual beli hanya melalui emel tau. So semasa register keahlian tu pastikan korang guna emel yang aktif.


Satu lagi perkara penting yang saya nak ingatkan, korang kena banyak-banyak sabar bila dah buat pembelian dengan signature market ni tau. Bukan produknya tak bagus. 

Apa yang saya faham selepas order kita masuk, pihak signature market baru akan mula proses membaking order kita. Sebab tu la tempoh yang diambil untuk produk sampai selepas kita placed order tu agak lama.

Macam apa yang  berlaku pada saya sendiri. Saya buat pembelian pada 16 September. Pada 21 September saya terima emel mengatakan order saya dalam proses baking. Pada 26 September saya terima satu lagi emel mengatakan parcel saya dalam perjalanan dan pada hari tersebut juga parcel saya selamat sampai. Alhamdulillah.


So sesiapa yang berminat nak shopping di signature market tu korang kena la plan betul-betul dan banyakkan bersabar ok. Nak tengok produk apa yang saya beli tak? Semasa cerita ini di tulis mini sun dried aprikot dan healthy nut mix tu dah habis pun. Organic chocolate almond powder tu saya tak try lagi. Tak tahu la apa rasanya.

Maklumat berkenaan produk secara detail ada di paparkan di dalam web rasmi signature produk. Korang boleh klik pada setiap produk segala maklumat berkenaan bahan-bahan yang digunakan dalam produk dan asal produk pun ada dipaparkan.


Kurier yang digunakan untuk proses penghantaran ialah kurier DHL eCommerce. Ini kotak yang digunakan untuk meletakkan produk yang kita order. Sangat eksklusif kan. Bungkusan produk pun sangat cantik. Bila dah buka tak payah letak dalam tupperware pun sebab bahagian atas bugkusan tu dah ada zip lock. Mudah nak di bawa ke mana-mana. Selit-selit je dalam bag. Hihihi



Rasanya itu sahaja reveiw tak berbayar berkenaan produk signature market. Dari masa ke semas signature market akan buat sales tau. So korang kena alert la. Nanti boleh la grab produk kegemaran dengan harga yang murah. Apa tunggu lagi pergi la cuci mata kat signature market. Ok bye.

------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
+6013-9279846 
(whatsApp / Telegram)

Friday, 14 September 2018

Bacaan Kolesterol Emak Turun Dan Bacaan Darah Tinggi Kembali Normal

Perkara yang sangat merisaukan ialah apabila insan tersayang mengalami masalah kesihatan terutamanya ibu ayah. Kali ini saya ingin menceritakan tentang emak saya yang menghidap masalah darah tinggi dan bacaan kolestrol tinggi.

Emak saya merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Sejak tahun 2016, emak diserang masalah kesihatan. Emak kerap demam, sakit kepala dan sakit-sakit badan. Emak saya tidak percayakan perubatan moden dan lebih suka mendapatkan rawatan di klinik perubatan alternatif Homeopathy.




Walaupun sudah bertahun-tahun mendapatkan perkhidmatan homeopathy, kesihatan emak masih lagi tidak kembali seperti biasa. Sehinggalah emak mengalami sakit kepala yang teruk dan demam, saya dan adik beradik yang lain mengesyorkan supaya emak mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Nasib baik emak menurut sahaja dan hasilnya bacaan darah tinggi emak bukanlah ditahap yang normal. Patutlah emak kerap stress, tak lena tidur dan sakit kepala. Doktor menyarankan agar emak melakukan ujian darah.



Keputusan ujian darah emak kali pertama. Bacaan LDL Kolestrol emak sangat tinggi dan ini juga salah satu punca kesihatan emak terganggu. Doktor menyarankan emak buat ulangan ujian darah 6 bulan kemudian dan emak dibekalkan dengan ubat kolestrol serta ubat darah tinggi.

Sejak daripada itu, emak mula menjaga pemakanan dan juga konsisten makan ubat. Disamping itu, emak juga mencuba Vivix & juga Phytocol St dan doktor juga menyarankan emak mengambil 2 produk ini.


6 bulan berikutnya emak menjalani ujian darah sekali lagi untuk melihat bacaan kolestrol turun atau tidak. Selepas menerima keputusan ujian, bacaan kolestrol emak turun!. Emak sangat gembira dengan hasil ujian tersebut.

------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
6013-9279846 (whatsApp / Telegram)


Disclaimer:
"Produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Ia hanyalah supplemen iaitu vitamin (makanan tambahan) untuk memberikan kita kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih berkualiti. InsyaAllah."

Wednesday, 12 September 2018

Asbab Vivix Mak Berhenti Ambil Insulin Dan Kaki Tak Jadi Potong

Hampir 5 tahun merana dengan penyakit kencing manis, sehingga emak customer pernah stop ambil insulin gara-gara result bacaan sentiasa abnormal.

Sehinggalah keadaan menjadi paling kritikal ceritanya bermula akibat gigitan serangga dibahagian kaki. Customer pelik kesan gigitan itu sangat gatal. Hampir setiap malam customer asik mengaru sehingga gigitan serangga itu menjadi luka yang mengerikan. Bernanah, bengkak dan sakit sehinggakan tidak boleh berjalan.

Akhirnya datang hospital juga untuk menerima rawatan. Mungkin agak teruk doctor suruh masuk ward untuk pemeriksaan lanjut dan bacaan gula juga meningkat.


Anak customer lah yang paling risau. Takut dengan saranan doctor untuk potong kaki emaknya akibat virus sudah mula merebak di bahagian tulang sebab itu lah customer tidak dapat berjalan.

Selepas anak customer ambil keputusan untuk ikhtiar dengan produk shaklee. Order pertama hanyalah Herbal Blend. Kemudian kami advice customer untuk ambil VIVIX.

Syukur selepas habis consume beberapa bottle VIVIX, bacaan gula dalam darah semakin cantik dan doktor sendiri terkejut dan mengatakan kemungkinan besar operation untuk potong kaki customer akan di postpone dulu, berdasarkan bacaan gula yang semakin menurun.

 Asbab Vivix Mak Berhenti Ambil Insulin Dan Kaki Tak Jadi Potong

Berdasarkan poster testimonial luka yang besar dan mengerikan ini adalah kaki customer yang pada awalnya hanya digigit serangga tetapi menjadi teruk seperti ini. Ditambah pula kesan daripada hari-hari nurse dressingkan potong dan korek segala kulit dan isi yang tidak sihat.

Syukur luka ini sembuh dengan cepat. Isi pun cepat tumbuh sihat pula nampak kemerah-merahan, Herbal Blend customer sapu start bila isi tumbuh atas nasihat saya sebab takut terkena jangkitan pula dan Herbal Blend ni boleh bantu luka cepat sembuh.

Asbab VIVIX dan Herbal Blend, juga patuh dengan nasihat doktor, kini customer saya kembali sihat dan bebas insulin.

------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
6013-9279846 (whatsApp / Telegram)


Disclaimer:
"Produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Ia hanyalah supplemen iaitu vitamin (makanan tambahan) untuk memberikan kita kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih berkualiti. InsyaAllah."