Pemergianmu Ditangisi, Kematianmu Dicemburui

Sudah 7 hari Abam bocey meninggalkan kita pergi menemui Sang Pencipta Allah Yang Maha Esa. Namun cerita kebaikan yang dilakukan arwah semasa hayatnya terus diperkatakan oleh orang ramai hingga hari ini. Allahuakbar hebatnya kamu Abam.

Sejujurnya saya bukanlah peminat Abam. Saya juga kurang mengambil tahu perkembangan Abam sebagai seorang pelawak dan juga cerita peribadi beliau. Dah bukan peminat kan memang tak ambil tahu sangat la. 

Banyak iktibar dan pengajaran yang boleh kita ambil daripada kematian Abam. Arwah bukanlah alim ulama atau orang kebanyakan tetapi kematian beliau ditangisi ramai. Bayangkan budak berumur 10 tahun boleh menangis tersedu-sedan apabila mendapat tahu Abam telah pergi buat selama-lamanya.


Di mata orang ramai Abam adalah pelawak yang biasa-biasa je kan. Tapi diakhir hayatnya Allah muliakan Abam dan Allah angkat darjat beliau. Siapa yang tak cemburu kan dengan pengakhiran yang baik sebagaimana yang berlaku pada Abam.

Apabila melihat begitu ramai manusia yang hadir di Masjid Gombak Utara sehingga penuh masjid dan melimpah sehingga ke luar untuk sama-sama solat jenazah, hati saya terdetik, hebat Abam ni, bagus Abam ni. Dan saya yakin orang lain pun mengalami perasaan yang sama kan.


Ramai yang tertanya-tanya kan apa amalan Abam dan apa yang Abam telah buat sehingga Allah anugerahkan pengakhiran yang baik kepada beliau. Banyak amalan mulia yang Abam buat semasa hayatnya yang tidak diketahui ramai. 

Di sini saya simpukan amalan-amalan yang dilakukan semasa hayat Abam sehingga Allah angkat darjat beliau. Amala-amalan inilah yang memberikan pahala berterusan kepada sesiapa yang melakukannya.

Berbuat baik kepada ibu dan ahli keluarganya

Abam bekerja keras dan sanggup berkorban wang ringgit demi memastikan ibu dan adik-beradiknya hidup selesa. Dia sanggup kahwin lambat sebab nak bagi adik beradiknya kahwin dulu. Majlis kawin adik pun Abam yang spnsor. MasyaAllah mulia sungguh hati Abam kan.

Suka bersedekah

Amalan suka bersedekah Abam ini tak ramai yang tahu. Ianya teebongkar selepas kematian beliau. Setiap bulan Abam akan bersedekah kepada rumah anak yatim yang berdekatan dengan rumah beliau. Dan saya yakin banyak lagi amalan bersedekah yang beliau buat.

Suka menghadiri majlis ilmu

Kita tahu Abam sangat berminat dengan majlis ilmu agama. Banyak program bersama ustaz-ustaz dan pendakwah Malaysia yang Abam turut serta tanpa mengira bayaran yang diberikan. Beliau sanggup hadir sebab sukakan ilmu. 

Beliau tidak pernah menolak jemputan untuk menghadiri program keagamaan walaupun dalam keadaan badan yang kurang sihat. Abam juga seorang yang sangat meraikan ulama dan ilmuan agama.

Seorang yang rendah diri dan menghormati orang lain

Abam seorang yang rendah diri dan tak banyak cakap. Sebab tu la ramai yang sayang arwah. Ramai yang mendoakan arwah. Bukan rakan-rakan artis je mendoaka arwah, bahkan para asatizah yang pernah mengenali beliau juga mendoakan dan menyebut-nyebut kebaikan yang dilakukan Abam. Allahuakbar. 

Seorang yang pemaaf

Bukan sedikit kecaman dan hinaan yang dilemparkan oleh netizen kepada Abam. Biasalah netizen zaman sekarang kan tengok orang semua tak kena. Ada je benda yang nak dikecam. Sabarnya seorang manusia bernama Abam ni. Dia tak pernah hirau dengan kutukan dan kritikan tersebut. Dia memaafkan mereka yang menghina dan mengutuknya.

Dan banyak lagi amalan-amalan baik yang dilakukan oelh arwah semasa hayatnya. Hebat akhlakmu wahai Abam. Malu rasanya dengan Allah.

Semua amalan Abam dan akhlaknya terhadap ibu dan ahli keluarga serta para asatizah patut dicontohi oleh kita semua. Terutamanya amalan bersedekah yang mengandungi kelebihan yang sangat banyak. Semoga kita juga meninggal dalam husnul khatimah. Salam takziah buat ahli keluarga allahyarham Abam.

Comments