Sleepwear Cantik Dan Menarik Buatan Malaysia

Saya tahu ramai wanita yang tercari-cari sleepwear yang cantik dan selesa nak pakai kat rumah kan. Kat shopping mall memang ada tapi tak banyak pilihan dan banyak yang kita tak berkenan di hati kan. Design tak cantik la, material kain tak best la. 

Macam tu juga kalau beli kat online kan. Design nampak macam lawa tapi kualiti kain pulak ke laut. Bila pakai tak selesa, panas, kain cepat berbulu dan sebagainya. Betul tak?



Masalah saya pulak kalau nak beli sleepwear kat shopping mall ni ada satu perasaan malu dan segan bila orang tengok. Kalau sleepwear biasa-biasa tu tak ada la nak segan sangat. Ni kalau nak beli sleepwear yang agak sexy sikit. Malu giler kan. Rasa semua orang pandang kita je.


Dah lama saya nak share tentang sleepwear untuk wanita yang korang boleh beli secara online. Dan yang paling penting produk ni 100% buatan Malaysia dan ownernya orang Islam. Kata nak sokong produk muslim kan. Inilah masanya. 

Seleksi Kitty dari Meow Intimate. 

Ada 3 seller sleepwear online yang saya nak share dengan korang. Mungkin ada yang dah tahu mungkin ada yang belum tahu. Review ni tak berbayar pun. saja suka-suka saya nak share. 

Sebab saya tahu kat luar sana ramai pengantin baru, pengantin lama, pengantin anak 3 dan mereka yang nak kawen tercari-cari sleepwear yang cantik-cantik dan selesa untuk dipakai ketika beradu. 

1) Le Maream

Saya berkenalan dengan Le Maream ni pada bulan Februari tahun lepas 2019. Masa tu ternampak video promosi kat instagram. Ya Allah masa tu perasaan gembira tak terkata. Sebab dah lama sangat tercari-cari seller online yang jual sleepwear cantik dan menarik. 
Antara Robe set Le Maream yang menjadi pilihan ramai.

Sekali sekala nak juga fefeling macam orang have-have dalam drama tu kan. Bila nak tidur pakai baju tidur yang cantik. Gitew. Sleepwear Le Maream ni memang cantik sangat2. Siang pun boleh pakai. Sebab tak nampak macam baju tidur. 

Homepage Le Maream. Boleh la pergi usha-usha sekarang.
Masa tu produk Le Maream tak banyak sangat. Sekarang macam-macam jenis sleepwear yang ada, night dress, night gowns, top and pants, satin night suit, robe set, dan sleevless top. Memang rambang mata. Sejak kenal Le Maream ni memang bocor saja poket setiap bulan. 

Bukan sleepwear je Le Maream juga produce sportwear, leggings, shor pants, nursing bra and bralette, panties dan juga merchandise. Korang boleh usha kat instagram  @lemaream atau website rasmi iaitu www.lemaream.com.

Design Le Maream ni memang lain dari yang lain. Material kain yang digunakan pun sangat kualiti dan best. Harga kira affordable juga la. Nak kata murah tu tak murah sangat la.

2. Sexy Dalia

Dengan sexy dalia saya baru je terjebak. Ada la beberapa helai dah terbeli. Hihihi. Terbeli ye. Produknya tak la banyak sangat. Semoga sexy dalia bertambah maju dan dapat hasilkan produk yang lebih banyak dan berkualiti.

Bagi yang baru berjinak-jinak nak beli sleepwear cantik-cantik dan murah boleh beli dengan sexydalia ni. Terutama pengantin baru yang tercari-cari your first night attire yang cantik-cantik dan sesuai boleh survey kat sexy dalia. Harga sangat berbaloi-baloi dan murah.



Minggu lepas Sexy Dalia baru keluarkan pyjamas yang sangat cantik dan sangat murah iaitu Mia Pyjamas. Sekali sekala kita reward diri dengan sleepwear cantik apa salahnya kan. Takkan selama hidup kita tidur nak pakai baju kelawar je. Sesekali pakai baju tidur yang cantik ala-ala princess mesti perasaan tu lain macam je rasa. hihihi. Percayalah.

Feedback daripada mereka yang dah cuba Mia Pyjamas ni katanya sangat canti dan selesa bila dipakai. Kualiti kain memang superb sangat tak sama dengan pyjamas yang dari China tu. 

Grey salah satu warna dari koleksi Mia Pyjamas. Warna lain yang ada ialah pink, black dan red. Cantik kan.

Boleh usha instagram @sexydalia.my untuk tengok apa yang available. Sexy dalia tak ada website tau. Pada penilaian saya sleepwear sexy dalia sangat murah berbanding Le Maream.  

3. Meow Intimates

ni homepage meow intimates. check it out ok!!!

Yang ni paling terbaru saya terjebak. Sebenarnya saya tak pernah lagi beli apa-apa produk dari meow intimates ni. Dok usha-usha je tengok kat instagram dia @meowintimates. Sleepwear dia pun cantik-cantik tau. Bralette dan panty set pun ada juga. Paling special meow intimates ada juga produce scrub badan.

Seleksi Aleena ni Pyjamas set daripada meow intimates yang masuk my wishlist. Love sangat dengan design dia.

Semoga dalam masa terdekat ni saya dapat grab pyjamas set meow intimates. Memang geram je rasa nak beli sleepwear dia. Memang berkenan sangat dengan seleksi Aleena ni. Harganya pun bagi saya affordable. Cuma ada satu colour ni je. 


Kalau korang nak beli sleepwear dari meow boleh contact #meowdropship atau boleh terus buat pembelian kat website https://www.itsmeow.com/



Apa yang membuatkan saya suka dengan ketiga-tiga seller ni ialah:
  • produknya asli buatan Malaysia
  • kepunyaan muslim
  • menggunakan patung untuk display produk. Kalau guna model pun modelnya menutup aurat dan sopan je. Kebanyakan produk luar negara menggunakan model manusia. Faham-faham jelah kan bila model pakai sleepwear yang seksi meksi tu, kita yang dok tengok ni tak pasal-pasal berdosa. Saya baru perasan beberapa posting meow intimates yang lama di awal kemunculan ada menggunakan model betul. Tapi tak banyak la.
So, bagi yang dah lama tercari-cari sleepwear buatan Malaysia dan juga produk muslim boleh beli dengan mereka ini. Tak nak pakai untuk diri sendiri pun tak pe. Boleh beli dan hadiahkan untuk kawa-kawan yang nak kawen tu, atau sebagai hadiah anniversry ke kan. Baru la rare.

Semoga perkongsian yang tak seberapa ni memberi manfaat untuk kita semua. 

Comments

  1. AYO Bergabung Bersama AJOQQ | Menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
    1 ID untuk 8 Permainan Poker, Domino, Capsa Susun, BandarQ, AduQ, Bandar Poker, Sakong, Bandar66 ( NEW GAME!! )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    - Bonus Cashback 0.3%. Dibagikan Setiap hari SENIN
    - Bonus referral 20% SELAMANYA
    - Minimal Deposit dan Withdraw hanya 15 rb Proses Aman & cepat
    - 100% murni Player vs Player ( NO ROBOT )
    Whatshapp : +855969190856
    website : AJOQQ.INFO

    ReplyDelete
  2. Terima kasih utk suggestion. Saya antara dropshipper lemaream. Kalau korang berminat tapi pening taktau yang mana patut beli, korang boleh tekan je link dekat ni.

    https://Berminatlemaream.wasap.my

    Nanti saya terangkan. Btw, paling penting lemaream selalu ada freegift tauu. Sangat berbaloi��

    ReplyDelete

Post a comment