Penggunaan Zink Di Dalam Produk Harian Kita

Zink bukan sahaja ada dalam bentuk suplemen. Mineral surih ini juga banyak ditambah dalam beberapa produk kegunaan harian kita tanpa disedari. Nampak tak betapa zink ni sangat penting sampaikan digunakan untuk menghasilkan produk seperti krim jerawat, syampu, krim penyembuh luka dan sebagainya.

Jom kita tengok satu persatu produk yang ada zink ini dan kenapa ia menjadi salah satu bahan kepada produk tersebut. 


Zink Dalam Krim Jerawat

Zink mempunyai ciri-ciri antibakteria yang membantu mengurangkan jumlah bakteria yang menyebabkan jerawat dan mengurangkan tindak balas keradangan dengan menghentikan bakteria daripada menyerang dan menyumbatkan liang pori.

Pengambilan Zink dalam bentuk suplemen boleh membantu kulit kita sihat berseri.

Zink Dalam Syampu

Kita tahu zink berfungsi menyokong folikel rambut supaya lebih kuat. Zink Pyrithione biasanya digunakan sebagai salah satu bahan dalam syampu anti-kelemumur.


Zink juga penting dalam mengawal rambut berminyak. Ia sangat membantu dalam memastikan kelenjar minyak di sekitar folikel rambut bekerja secara optimum. Ini penting dalam menghalang ia daripada menghasilkan terlalu banyak sebum.

Zink sangat penting dalam membentuk rambut yang kuat dan berkilau.

Zink Dalam Krim Penyembuh Luka

Zink juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Apabila disapukan pada luka, ia membantu pembahagian sel untuk menghasilkan tisu baru agar luka cepat sembuh dan mengurangkan risiko jangkitan.

Zink Dalam Krim Pelindung Suria (sunblock)

Di dalam krim pelindung cahaya matahari atau sunblock zink berfungsi sebagai perisai dengan menghalang sinaran UVA dan UVB yang merbahaya daripada menembusi lapiasan kulit kita. Ia juga mewujudkan lapisan pelindung dengan memantulkan cahaya UV daripada kulit.

Krim Pelidung Sinar UVA dan UVB 

Zink Dalam Gula-gula Tekak/Batuk

Zink menyokong fungsi imun yang sihat dan membantu mengelakkan virus daripada bertambah. Ia juga boleh menghentikan virus daripada memasuki membran mukus tekak dan hidung, dengan itu memberi kesan yang menenangkan pada
tekak dan boleh memendekkan tempoh selsema.


Tak sangka kan mineral surih yang tak berapa glemer ni ada banyak sangat manfaat dia. Antara makanan yang mengandungi tinggi zink ialah tiram, makanan laut, daging merah, produk tenusu, ayam, kacang-kacangan dan bijirin.

Lepas ni nak kena makan suplemen zink setiap harilah. Maklumlah diet harian kita ni bukannya seimbang sangat kan. Sebab tu la kena top up dengan suplemen untuk mencukupkan keperluan zat mineral dan vitamin kepada tubuh kita.

Comments

Post a comment