5 Tanda-tanda dan Gejala Kekurangan Vitamin C

Vitamin C adalah nutrien penting yang wajib diambil setiap hari. Badan kita tidak mampu untuk menghasilkan dan menyimpan Vitamin C, sebab tu la kita kena ambilnya setiap hari.

Faktor risiko yang dikaitkan dengan kekurangan vitamin C ialah diet yang tidak sihat, pengambilan alkohol, merokok, anoreksia, penyakit mental yang teruk, penyakit buah pinggan dan mereka yang membuat dialisis.



Di sini saya nak kongsikan 5 tanda-tanda dan gejala yang akan terjadi bila badan kita tidak mendapat bekalan Vitamin C yang mencukupi. Ketahui apa yang saya buat agar badan saya sentiasa mendapat Vitamin C.


Luka lambat sembuh

Apabila kulit kita terluka atau selepas melakukan pembedahan, tahap Vitamin C dalam badan akan menurun. Badan kita memerlukan Vitamin C untuk menghasilkan kolagen, iaitu sejenis protein yang yang memainkan peranan penting dalam setiap proses pembaikan dan penyembuhan kulit.  

Vitamin C juga membantu neutrofil iaitu sejenis sel darah putih berfungsi dengan baik dan melawan jangkitan. 


Gusi Bengkak, Berdarah Dan Gigi Gugur

Gusi menjadi merah, bengkak dan berdarah merupakan tanda-tanda bila badan kekurangan Vitamin C. Kolagen dan vitamin C penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

Tanpa Vitamin C yang mencukupi, tisu gusi mula menjadi lemah dan meradang. Ini akan menyebabkan saluran darah mudah berdarah. Vitamin C sangat penting dalam menjaga kesihatan sauran darah dan pembekuan darah.



Gigi boleh gugur akibat gusi yang tidak sihat dan dentin yang lemah. Dentin ialah lapisan dalam gigi yang berkapur.


Kulit Kering Dan Berkedut

Vitamin C membantu mengekalkan kulit yang sihat dengan melindungi dari kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh sinarah matahari dan pendedahan kepada pencemaran seperti asap rokok, debu dan sebagainya.

Pengambilan Vitamin C yang mencukupi menggalakkan penghasilan kolagen yang sangat penting untuk menjadikan kulit tidak berkedut, anjal dan awet muda. Kulit kering, kulit kusam, cepat berkedut dan jeragat adalah masalah yang paling menakutkan bagi wanita. Betul tak?

Nak kulit sentiasa sihat dan berseri-seri? Nak kulit bebas jeragat dan pigmentasi? Nak kulit cerah dan gebu? Jangan lupa amalkan 7 tips berkesan untuk kulit sihat dan berseri yang telah saya kongsikan di dalam entry yang lalu.

Letih, Lesu dan Mood yang Teruk

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan seseorang itu mudah letih dan menjadi marah. Jangan ambik mudah ye bila badan tak cukup Vitamin C ni.

Sistem Imunisasi Lemah

Kajian menunjukkan bahawa vitamin C berkumpul di dalam pelbagai jenis sel-sel imun untuk membantu mereka memerangi jangkitan dan menghancurkan patogen yang menyebabkan penyakit.

Kekurangan vitamin C dikaitkan dengan imuniti yang lemah dan risiko jangkitan yang lebih tinggi, termasuk penyakit yang serius seperti radang paru-paru.

Vitamin C bukan saja dapat melindungi kita dari penyakit seperti radang paru-paru dan pundi kencing. Ia mungkin juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Dan banyak lagi sebenarnya tanda-tanda dan gejala yang akan muncul bila badan kita kekurangan vitamin C seperti:
Jadi apa yang kita perlu buat ialah pastikan setiap hari makan makanan yang mengandungi Vitamin C yang mencukupi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kadang-kadang dek kerana kesibukan bekerja dan mengurus anak-anak, kita tak sempat pun nak makan sayur dan buah. Betul tak? Bukan tak nak makan tapi kekangan masa menyebabkan kita lebih cenderung memilih makanan yang kurang cepat dan mudah dibeli untuk mengisi perut yang lapar.
Sebab tu la saya akan mengambil suplemen Vitamin C Shaklee setiap hari untuk menampung kekurangan bekalan vitamin C dalam diet seharian. Di tambah lagi dengan wabak novel coron virus yang sedang melanda dunia hari ini, memang takkan skip telan suplemen Vitamin C Shaklee setiap hari. Prevent is better than cure, right?


Mudah-mudahan dengan pengambilan suplemen vitamin C Shaklee ni Allah jauhkan kita dari jangkitan penyakit. InsyaAllah Vitamin C Shaklee boleh bantu untuk kuatkan sistem imunisasi melawan jangkitan serangan virus dan bakteria.

Ada yang nak beli Vitamin C Shaklee ke? Beli bulan Februari ni korang akan dapat harga yang lebih murah, lebih jimat dan lebih untung.

Nak order vitamin C Shaklee untuk kuatkan sistem imun atau vitamin yang lain. Boleh wassap atau telegram no saya kat bawah tu ok.

-------------------------
With love 💖💖💖,
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
+6013-9279846

https://akmalrusdi.wasap.my/
(Pengedar Shaklee Pontian dan Seluruh Malaysia)



Disclaimer:
"Produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Ia hanyalah supplemen iaitu vitamin (makanan tambahan) untuk memberikan kita kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih berkualiti."

Comments

  1. AYO Bergabung Bersama AJOQQ | Menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
    1 ID untuk 8 Permainan Poker, Domino, Capsa Susun, BandarQ, AduQ, Bandar Poker, Sakong, Bandar66 ( NEW GAME!! )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    - Bonus Cashback 0.3%. Dibagikan Setiap hari SENIN
    - Bonus referral 20% SELAMANYA
    - Minimal Deposit dan Withdraw hanya 15 rb Proses Aman & cepat
    - 100% murni Player vs Player ( NO ROBOT )
    Whatshapp : +855969190856
    website : AJOQQ.INFO

    ReplyDelete

Post a comment