7 Tips Berkesan Untuk Kulit Sihat Dan Berseri

Semua wanita nak kulit sihat, cantik dan berseri-seri. Sape je yang tak nak orang puji bila kulit cantik dan gebu kan. Sebab tu la ramai yang sanggup buat apa saja untuk dapatkan kulit seperti artis kesayangan dan wanita korea.

Dan ramai juga yang sanggup pakai produk pemutih ataupun produk beracun untuk dapatkan kulit cerah dan cantik. Tak hairanlah zaman sekarang ni produk pemutih kulit ni berlambak-lambak kat pasaran.

tips berkesan untuk kulit cantik dan bebas jerawat

Trend putihkan kulit ni dengan menggunakan produk timbang kilo sangat la bahaya. Antara kesan buruk pengambilan produk timbang kilo ii seperti kanser kulit, pigmentasi, kulit menjadi nipis, keracunan merkuri dan iritasi kulit.

Berbanggalah dengan warna kulit kita yang Allah ciptakan dengan begitu sempurna. Setiap orang ada kecantikannya yang tersendiri walauapa pun tona kulit kita. Kenapa perlu seksa diri untuk dapatkan kulit putih sampai nampak urat hijau.

Bagi saya berusaha untuk dapatkan kulit sihat itu lebih penting berbanding gigih dapatkan kulit putih. Bila kulit kita dah sihat, secara tak langsung kulit kita akan berseri-seri, gebu dan bebas jerawat.

cara berkesan untuk kulit cantik dan sihat

Ada 7 tips yang terbukti berkesan untuk dapatkan kulit sihat, berser-seri, gebu, flawless, glowing, bebas jerawat, tak ada jerawat, tak kusam dan tak kering.

7 Tips Berkesan Untuk Kulit Sihat Dan Berseri-seri


Tips 1: Bersihkan muka 2 kali sehari.


Bukan bersihkan dengan air je tau. Mesti guna cleanser yang sesuai dengan kulit wajah. Gunalah produk yang dihasilkan dari bahan semulajadi dan yang ada bukti keberkesanannya. Lagi bagus gunalah produk yang ada ujian klinikal untuk membuktiakn keberkesanan produk tersebut.

cara untuk kulit sihat dan cantik

Tips 2: Memakai krim pelindung matahari


Nak kulit sihat dan glowing, wajib apply sunscreen atau sunblock ke mana sahaja korang pergi. . Jangan kedekut duit nak beli krim pelindung matahari tau. Banyak masalah akan timbul bila tak apply sunscreen seperti kulit berkedut, bintik hitam, jeragat dan berisiko mendapat kanser kulit.

Masa kita muda masalah kulit mungkin tak nampak sangat. Bila usia dah masuk 40 series masalah kulit dan tanda-tanda penuaan seperti jeragat, bintik-bintk hitam, kulit kusam, kulit berkedut akan mula muncul kalau kita tak jaga dari awal.

cara untuk kulit sihat dan cantik

Nak rawat kulit yang bermasalah ni akan ambik masa yang lama. Dan pastinya bajet pun banyak la. Jadi cegah la dari awal sebelum menyesal kemudian hari.

Tips 3: Minum air 8 gelas sehari


Benda yang paling mudah nak buat tapi tak ramai yang buat. air masak kan ejen detoks. Nak kulit sihat dan cantik wajiblah minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Senang je sebenarnya cara nak buat supaya kita dapat minum air 8 gelas sehari.

cara untuk kulit sihat dan cantik

Apa yang saya buat, ke mana sahaja saya pergi air mineral wajib saya bawa. Nak pergi pasar beli ikan pun saya akan bawa air mineral. Apatah lagi nak pergi shopping yang berjam-jam tu.

Kalau kat rumah pulak saya akan masukkan air dalam botol dan letak kat dalam bilik tidur satu dan ruang tamu atau ruang rehat satu. Jadi bila-bila masa je rasa dahaga boleh terus minum.

Tips 4: Tidur 8 jam sehari


Mereka yang berkerja terutama kerja shift malam agak susah nak cukupkan tidur 8 jam sehari. Pendapat saya bab tidur ni boleh ikut keperluan badan masing- masing juga. Macam saya sendiri tidur  5 hingga 6 jam sehari pun dah cukup.

cara kulit sihat dan cantik

Tidur yang mencukupi bukan sahaja penting untuk kulit sihat dan berseri, yang lebih penting tidur yang berkualiti adalah untuk recharge badan yang seharian penat bekerja dan mengurus keluarga.

Tips 5: Ambil suplemen vitamin C


Ye kita memang boleh dapatkan vitamin C daripada diet seharian kita. Banyak je buah-buahan dan sayur sayuran yang boleh kita makan untuk dapatkan Vitamin C.

cara kulit sihat dan cantik

Tapi adakah kita mampu cukupkan keperluan Vitamin C untuk tubuh kita hanya daripada makanan seharian kita? Sebab tu la kita perlu top up keperluan vitamin C untuk tubuh kita dengan pengambilan suplemen Vitamin C.

Vitamin C sangat penting untuk kulit sihat dan berseri. yang nak cerahkan kulit wajiblah ambik vitamin c.

Tips 6: Ambil kolagen


Begitu juga kolagen. Sejenis protein yang sangat penting untuk kulit yang tegang dan awet muda. Bila kolagen berkurangan dalam badan kulit akan berkedut dan pastinya kita akan nampak tua. Nak awet muda kena ambil suplemen kolagen.


Seiring dengen usia kolagen di dalam badan kita semakin berkurangan. Konsisten ambik vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen di dalam badan.

Tips 7: Tambahkan protein soya dalam diet harian


Protein soya sangat banyak manfaatnya. Ia mengandungi asid amino penting yang diperlukan oleh badan kita. Banyak je makanan berasaskan soya yang kita boleh ambik seperti tauhu, tempe dan serbuk protein soya.

cara kulit sihat dan cantik

Ambiklah serbuk proein soya yang dihasilakn dari soya bukan GMO.

Lepas baca entry ni jangan lagi malas-malas untuk amalkan tips yang mudah dan berkesan ni. Sape yang nak kulit dia kekal cantik berser-seri dan awet muda wajiblah amalkan 7 tips yang terbukti berkesan ini.

Bila kulit kita dah sihat dan cantik berseri tak perlulah nak bermake up tebal bila keluar rumah. Jimat duit untuk beli alat-alat make up kan. Masa pun jimat juga. Selamat beramal. 

Comments

Post a Comment