7 Sebab Wanita Nampak Tua Daripada Usia Sebenar

Wanita mana yang tak nak nampak wajahnya sentiasa awet muda kan. Semua wanita kalau boleh nak orang nampak dirinya muda dari usia sebenar. Namun, ada sesetengah wanita yang menghadapi masalah wajahnya nampak tua daripada usia sebenar.

Apakah sebab dan punca masalah ini berlaku? Jom kita tengok apa sebab dan punca wajah seseorang itu kelihatan tua daripada usia sebenar? Bila dah tahu sebab-sebabnya, dapatlah kita dapat atasinya dengan pantas dan lebih baik.

1) Pencemaran

Kita hidup dalam persekitaran yang tercemar. Pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran alama sekitar. Walaupun nampak udara kita bersih tapi hakikatya tidak. Terutama di bandar tahap pencemaran udaranya lebih teruk.


Sebab tu la kita kena cuci muka 2 kali sehari. Mencuci muka dengan air sahaja tidak mencukupi. Mencuci muka dapat membantu menyegarkan kulit wajah kita selepas seharian terdedah kepada sinaran matahari, habuk dan debu. 

Selepas mencuci muka wajiblah diikuti dengan rutin penjagaan kulit yang lain juga iaitu pemakaian toner (penyegar), pelembap, krim malam dan sebagainya. 

2) Pendedahan kepada UV

Kita tidak dapat elak daripada terdedah kepada sinaran matahari. Kulit yang terdedah kepada sinaran matahari secara berlebihan akan menyebabkan kolagen dalam kulit hilang dengan cepat. Jadi apa yang boleh kita buat ialah memakai sunblock dan sunscreen untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB.
Dok dalam rumah pun wajib pakai sunblock tau bukan bila nak keluar je. Walaupun kita duduk dalam rumah atau bangunan kulit kita masih terdedah kepada sinaran matahari yang masuk melalui tingkap. 

Kenapa wajib kita pakai sunblock dan sunscreen setiap hari?
  • nak elak kulit kita cepat berkedut dan nampak tua sebelum usia
  • nak elak kulit dari menjadi kusam, tak bermaya, gelap dan sunburn
  • supaya tidak ada pigmentasi, bintik-bintik hitam dan jeragat bila usia semakin meningkat. Salah satu punca bintik-bintik hitam, jeragat dan pigmentasi bila kulit kita terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh yang lama.
Pigmentasi dan jeragat akan muncul bila kulit kita tak dilindungi dari sinaran UV dalam tempoh yang lama.

3) Gaya pemakanan yang tidak sihat

Rasanya semua tahu makanan yang sihat dan seimbang penting untuk kulit. Tapi ramai yang tak buat kan. Kalah dengan nafsu makan. Makan makanan yang tinggi gula dan garam menyebabkan kulit menjadi kusam, kendur, cepat berkedut dan kita akan nampak tua daripada usia sebenar.


Pastikan setiap hari kita makan sayur-sayuram, ulam-ulaman dan buah-buahan supaya dapat membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk kesihatan kulit. Jangan lupa minum air putih yang banyak setiap hari.

Kalau nak kulit cantik dan awet muda tak payah la minum air manis. Bila kita makan makanan yang berkhasiat, insyaAllah badan kita sihat, kulit pun sihat dan pastinya awet muda.

4) Tekanan/stress

Tekanan atau stress yang melampau boleh menyebabkan seseorang itu hilang selera makan, makan secara berlebihan, tidur terganggu dan sebagainya. Tekanan menyebabkan munculnya pelbagai masalah kesihatan. Secara tidak langsung ia juga memberi kesan dan impak yang besar kepada kesihatan kulit.

5) Perubahan hormon

Menjaga kestabilan hormon estrogen dalam badan amatlah penting kerana hormon ini akan mempengaruhi penghasilan kolagen. Kita tahu kolagen penting agar kulit kita sentiasa anjal dan tidak berkedut. 

Sebab tu la pemakanan yang sihat penting supaya hormon estrogen stabil. Stress dan tekanan yang melampau juga boleh mempengaruhi hormon. 

6) Kekurangan nutrisi

Bila gaya pemakanan kita yang tidak sihat dan tidak seimbang, makan akan berlaku kekurangan nutrisi. Badan yang tidak cukup nutrisi akan memberi kesan kepada kulit.

Vitamin C, Vitamin C, protein dan omega 3 antara nutrisi yang sangat diperlukan untuk kulit elak kulit menjadi kusam, kering, tidak bermaya dan berkedut. InsyaAllah jika pemakanan kita setiap hari mengandungi kesemua nutrisi ini, wajah kita takkan nampak tua daripada usia sebenar.

7) Tidur tidak mencukupi

Tidur yang cukup 6-8 jam sehari boleh membantu memberikan masa rehat kepada otot badan dan minda kita yang bekerja seharian. Siapa pun akan bangun dalam keadaan yang gembira apabila tidurnya mencukupi. 

Tidur yang cukup mampu memberikan kesegaran kepada tubuh kita dan mengurangkan tekanan perasaan yang dihadapi di tempat kerja dan sebagainya.

Tidur yang tidak cukup mempercepatkan proses penuaan. Jerawat akan muncul, kulit menjadi sensitif dan menyebabkan alahan apabila tidur tidak cukup.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Ketahuilah mereka yang kulitnya cantik berseri, gebu dan awet muda tu bukan datang dengan bergolek tanpa usaha yang jitu. Nak kulit cantik dan awet muda kita kena korbankan masa, tenaga dan juga duit. Semuanya kena ada effort.  Barulah hasilnya pun kebabom. gitew. 

Comments

  1. AYO Bergabung Bersama AJOQQ | Menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
    1 ID untuk 8 Permainan Poker, Domino, Capsa Susun, BandarQ, AduQ, Bandar Poker, Sakong, Bandar66 ( NEW GAME!! )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    - Bonus Cashback 0.3%. Dibagikan Setiap hari SENIN
    - Bonus referral 20% SELAMANYA
    - Minimal Deposit dan Withdraw hanya 15 rb Proses Aman & cepat
    - 100% murni Player vs Player ( NO ROBOT )
    Whatshapp : +855969190856
    website : AJOQQ.INFO

    ReplyDelete

Post a comment