Kenali Siapa Saya

Siapa saya??

Saya adalah seorang isteri yang berkerja sebagai seorang guru di sekolah rendah jenis kebangsaan cina di Johor. Saya memiliki ijazah sarjana muda Pendidikan Islam dari Universiti Malaya. Alhamdulillah dah hampir 6 tahun saya berkhidmat menabur ilmu dan bakti di bumi Darul Takzim ini..



Saya dan Shaklee

Saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2013..Jakun je rasa..padahal Shaklee ni dah lama dah bertapak kat Malaysia. Tahu pun bila terbaca kawan Shaklee Independent Distributor (SID) lain yang dok promote Shaklee kat wall Facebook masing-masing. Pastu mula la search pasal Shaklee. Selepas dah berpuas hati dengan maklumat yang ada. Saya mula contact kawan lama di Universiti Malaya untuk menempah set asas Shaklee. Masa ni tak terfikir lagi nak jadi ahli.

Selepas beberapa bulan saya terpandang iklan kawan saya ni (sekarang dah jadi upline saya) tentang Shaklee Collagen Powder. Masa tu shaklee tengan promote Collagen Powder. Tertarik dengan tawaran yang ditawarkan, akhirnya pada 30 Oktober 2013 secara rasminya saya terjebak menjadi SID sebab beli satu set Collagen Powder. So dapatlah free membership dan free CoqHealth Plus serta cash back pada bulan berikutnya. Konon-konon beli Collagen Powder nak bagi kulit lagi cantik dan flawless la..haha..gituu..

Selepas sah menjadi ahli berdaftar Shaklee, tak terlintas pun difikiran saya nak jadikan Shaklee sebagai pendapatan sampingan. Setelah beberapa bulan menjadi SID biasa, akhirnya sekitar bulan 5 saya mula berjinak-jinak dengan business Shaklee secara online. Atas sebab yang Shaklee ni sebuah syarikat yang kukuh, besar dan lebih 50 tahun beroperasi, saya dengan penuh keyakinan mengambil keputusan terlibat dengan business Shaklee. Saya yakin Shaklee boleh membantu saya menjana pendapatan yang lumayan untuk jangka masa panjang.

Pengalaman Bersama Shaklee

Setelah mengambil keputusan terlibat secara langsung dengan shaklee banyak benda baru yang saya belajar. Saya mula mengenali apa itu dunia blog. Hmm.. tak payah mana pun buat blog ni. Pejam sebelah mata pun boleh buat. Saya create blog pun tanpa bantuan sesiapa. Saya hanya belajar sendiri melalui tutorial yang disediakan oleh group secret coaching di bawah bimbingan master-master Shaklee yang lain,.Dulu, tengok kawan-kawan yang ada blog personal ni memang kagum la..Tapi senang je rupanya buat blog ni 

Dengan Shaklee juga saya belajar macam mana nak broadcast guna WeChat, macam mana nak post iklan kat Instagram (IG), macam mana nak buat page Facebook dan banyak lagi media sosial yang kadang-kadang kita tak tahu pun. Memang sangat best.

Bagi saya yang agak pemalu dan segan nak promote Shaklee secara face to face ni. Jadi media sosial seperti Facebook, instagram, WeChat dan blog lah yang menjadi perantara untuk saya bergiat aktif dengan dunia business Shaklee. Di tambah lagi saya berkerja sebagai seorang guru, manalah ada masa nak gi jumpa orang dan cari orang nak promote Shaklee ni kan.

Jana Pendapatan Dengan Shaklee

Saya tahu ramai yang tercari-cari pendapatan sampingan. Dengan kenaikan harga barang setiap tahun, dengan kenaikan kos sara hidup di tambah lagi dengan pelaksanaan GST ramai yang terhimpit dengan keadaan ni yang mana kita tak boleh nak kawal. Nak tak nak kita terpaksa nak hadapi juga. 

Gaji 3 ribu pun kalau hidup di bandar-bandar besar macam Kuala Lumpu tu memang cukup-cukup untuk hidup. Dengan tol lagi terpaksa kena hadap hari-hari. Bgai yang ada anak nak kena spend duit untuk nursery lagi, pampers, susu dan sebagainya. Memang cukup-cukup untuk kegunaan harian je. Bayar duit kereta, sewa rumah, makan minum itu je lah. Habis bulan habis la duit gaji. Nak simpan pun tak cukup apa lagi nak hulur sedikit untuk mak ayah kat kampung. 

Sampai bila kan nak hidup macam ni?? Semua orang ada impian masing-masing kan. Teringin  nak melancong ke luar negara bersama keluarga, teringin nak pakai baju mahal-mahal, teringin nak beli beg berjenama, teringin nak bawa mak ayah pergi umrah..Banyakkan impian kita. tapi semuanya tersekat gara-gara kekangan kewangan.

Bukanlah hidup ni kerana duit semata-mata kan. Ada yang kata duit banyak pun buat apa kalau tak bahagia. Bagi saya tak salah pun duit banyak. Jangan jadikan alasan ini untuk mengatakan duit itu tidak penting. Kalau tak ada duit pun susah juga kan. Jadilah orang kaya yang pemurah seperti sahabat-sahabat Nabi seperti Abdul Rahman bin Auf yang mencurahkan segala kekayaannya untuk perjuangan Islam dan membantu golongan miskin. 

Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta

Jangan jadi macam Qarun yang sombong dan bongkak apabila sudah memiliki kekayaan. Awal kehidupan Qarun sangatlah miskin dan memiliki ramai anak. Sehingga pada suatu kesempatan dia meminta Musa untuk mendoakannya kepada Allah, yang ia pinta adalah kekayaan harta benda dan permintaan tersebut dikabulkan oleh Allah.

Jadi jadilah orang kaya yang suka bersedekah dan berzakat itu adalah lebih baik. Tak teringin kah kita nak bersedekah dan berzakat setiap bulan dengan jumlah yang banyak?? Takkanlah setiap kali pergi masjid dari muda sampai ke tua seringgit je yang kita masukkan dalam tabung masjid..Tepuk dada tanya iman..Apa yang kita nak dalam hidup kita, kitalah yang pilih dan kitalah yang tentukan jalan mana yang kita akan lalui..

Bagi yang tercari-cari pendapatan sampingan inilah masanya untuk anda bertindak segera sebelum terlambat. Jangan risau dengan business Shaklee anda hanya perlu buat dari rumah. tak perlu pun pergi meeting jauh-jauh malam tinggal anak dan suami/isteri kat rumah. Tak perlu pun kleuarkan modal beratus ribu untuk beli stok dan sebagainya. Business shaklee hanya kita berkongsi kebaikan produk kepada orang lain.

Saya yakin masih ramai masyarakat Malaysia yang tak tahu tentang kebaikan Shaklee. masih ramai yang memerlukan Shaklee untuk kesihatan sepanjang hayat. Inilah masanya untuk kita sebarkan kebaikan yang ada pada Shaklee.

Bagaimana aku nak buat business shaklee ni?? satu benda pun aku tak tahu ni.. Jangan risau sayang-sayang semua. Anda akan dibimbing dan diajar sehingga anda mampu berdikari. Kami ada group support dan group coaching yang akan membimbing anda semua dari zero to hero. Jom sertai keluarga besar Shaklee..


Pada siapa yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk mencapai impian yang lebih besar, sertai keluarga besar kami, insyaAllah anda tak akan merasa menyesal. 

Sertai kami dengan isikan borang di bawah:
atau
WhatsApp saya Puan Nor Akmal 0139279846


Comments