Sunday, September 7, 2014

Cegah Penyakit Jantung Sebelum Ia Menyerang Dan Memusnahkan Hidup Anda

Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Ia boleh terjadi di mana-mana anda berada dan pada bila-bila masa sahaja.

Setiap tahun statistik penghidap penyakit jantung di negara kita semakin membimbamkan. Pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan panyakit jantung ni antaranya ialah corak pemakanan yang tidak sihat dan seimbang serta kurangnya senaman. 

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, penyakit jantung menjadi sebab utama kematian di Malaysia yang mana merangkumi 16.5% kematian di hospital sepanjang tahun 2008. 

Shaklee boleh membantu anda mencegah dari mendapat penyakit jantung

Dianggarkan penyakit jantung koronari di negara kita adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk. Manakala kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser di kalangan wanita.

Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar berkata, golongan wanita tidak terkecuali dari menghidap penyakit jantung. “Risiko golongan wanita mendapat penyakit jantung adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kaum lelaki".
 

Ini kerana kaum wanita dilindungi oleh hormon estrogen yang tinggi semasa tempoh subur. Hormon ini membantu mengelakkan mereka diserang penyakit itu.

Shaklee boleh membantu anda mencegah dari mendapat penyakit jantung

Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. 

Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. 

Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. 

Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.

Shaklee boleh membantu anda mencegah dari mendapat penyakit jantung

Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak dan mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung.

Di antara tanda-tanda yang menunjukkan anda mendapat sakit jantung ialah akan rasa sesak nafas, berdebar, letih lesu, berpeluh dingin, rasa pitam, dan pengsan.

Faktor risiko yang menyebabkan terjadinya penyakit jantung.


1. Merokok - menjadikan anda berisiko mendapat penyakit jantung antara 3 hingga 6 kali. Kesan merokok menyebabkan darah menjadi beku, berkumpulnya lemak pada dinding arteri (salur darah), dan bekalan oksigen ke jantung berkurangan.

2 Tekanan perasaan - menyebabkan degupan jantung meningkat seterusnya menjadikan tekanan darah juga meningkat.

3. Paras lemak (kolesterol) yang tinggi




4. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan bersenam. Senaman amat diperlukan untuk menguatkan otot dan memperbaiki aliran darah ke jantung.

5. Penyakit tekanan darah tinggi (hypertension) -

saluran darah menjadi sempit akibat darah tinggi yang memaksa jantung mengepam darah lebih kuat. Akibatnya saluran darah menjadi semkin tebal dan menyukarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan.

6. Diabetes - diabetes adalah disebabkan saluran darah menjadi tebal. mereka yang menghidapi diabetes berisiko mendapa sakit jantung 2 hingga 3 kali ganda.

7. Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan dan berumur 35 tahun ke atas berisiko mendapat penyakit jantung.

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda mencegah dari mendapat penyakit jantung??


Inilah dua produk terbaik yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kesihatan jantung anda iaitu CoQHealth Plus dan OMEGA GUARD.

Mari kita baca apa kelebihan setiap produk ni. Anda pasti menyukainya.
Set Untuk Kesihatan jantung

CoQHealth Plus (RM124/30 capsule)


CoQHealth Plus menampilkan adunan proprietari serba semula jadi iaitu 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul minyak kacang soya bagi pelarutan maksimum untuk penyerapan dan ketersediaan bio yang lebih baik.


CoQ10 telah terbukti mampu:

  • Merangsang penghasilan tenaga jantung
  • Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

CoQHealth Plus Shaklee menjana jantung sihat
CoQHealth PLus Shaklee Unggul
CoqHealth Plus Shaklee Untuk Jantung Sihat

OMEGA GUARD (RM136/90 capsule)


OMEGA GUARD Melindungi Jantung anda. Ia membekalkan asid lemak omega-3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal

OMEGA GUARD Membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Manfaat Utama OmegaGuard Shaklee
OmegaGuard Minyak Ikan Terbaik di dunia

Walau berapa pun umur anda, tidak pernah terlambat untuk mula berfikir tentang jantung anda. Mulakan sedikit langkah dan berusaha menjaga jantung anda. Sayangi jantung anda..Ingatlah orang yang tersayang..Cegah sebelum parah..

Dengan membuat pembelian dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:
  • jadual pengambilan vitamin secara teratur
  • konsultasi percuma secara berterusan
  • tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli
Jom apa tunggu lagi. Order sekarang sebelum kehabisan stok. Untuk order sendiri anda boleh klik link di bawah ini.

Beli SET KESIHATAN JANTUNG di sini


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya

No comments:

Post a Comment