Kulit tegang sememangnya menjadi idaman semua wanita. Kulit berkedut memang menjadi igaun ngeri wanita. Namun proses penuaan kulit tidak dapat dielakkan. Namun begitu, kita boleh melambatkan proses penuaan dengan adanya pelbagal rawatan kecantikan, perubatan moden mahupun tradisional. Nak kulit tegang kenalah jaga bukan setakat luaran malahan yang lebih penting aspek dalaman.
Di samping itu, banyak panduan yang diberikan agar kulit sentiasa cantik dan tegang. Ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sihat dan menawan.
Ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan dirinya nampak lebih tua, seperti mengambil minuman keras, merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan, dan mempunyal sikap negatif. Manakala individu bersikap positif dan mempunyai psikologi yang sihat dapat melambatkan proses penuaan.
Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua 6 tips mudah untuk menegangkan kulit wajah agar sentiasa awet muda dan berseri.
Memiliki kulit yang cantik, halus mulus dan putih berseri sememangnya menjadi idaman wanita. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang berkerjaya. Kulit yang bermasalah menyebabkan seseorang itu akan menghadapi masalah keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Perasaan malu dan redah diri akan menghantui jiwa seseorang itu.
Nasihat saya jika anda menghadapi masalah kulit jangan biarkan ia berlarutan kerana masalah ini jika tidak dirawat dengan betul akan menyebabkan ia menjadi lebih teruk.
6 TIPS TEGANGKAN KULIT SECARA SEMULAJADI
Bagi yang poket tebal pergi saja ke spa atau pusat kecantikan untuk merawat kulit wajah. Anda juga boleh merawat kulit wajah di rumah dengan menggunakan bahan-bahan alami yang kebiasaannya terdapat di dapur kita.
Gunakan sebaiknya bahan-bahan yang ada di perselitaran kita untuk merawat kulit wajah agar kekal tegang dan awet muda. Anda hanya perlu memperuntukkan sedikit masa dan yang paling penting kerajinan mestilah berada pada tahap yang tertinggi.
Untuk mendapat kesan yang ketara mestilah dilakukan secara berterusan dan konsisten.
Teruskan bacaan anda. Jom kita tengok apa yang menarik tentang entry saya kali ini.
Lendir Lidah Buaya
Kemudian bilas dengan air sejuk. Lidah buaya bukan sahaja membantu menegang dan menganjalkan kulit wajah malah ia juga dikatakan boleh melembap dan membantu mengecutkan kulit jerawat.
Lidah buaya |
Putih Telur dan Madu
Kombinasi kedu-dua bahan ini mampu mengekang penuaan di samping berupaya membantu mencerah dan merawat resdung. Wow memang cool la kan..!! Apa sahaja ciptaan Allah bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan dalam malahan untuk kesihatan luaran juga.
Apa yang perlu dilakukan ialah ambil sebiji telur ayam (yang terbaik adalh menggunakan ayam kampung). Asingkan telur kuning dan telur putih. Ambil telur putih sahaja. Telur kuning jangan dibuang ye. Anda boleh menggorengnya atau di masak menu kegemaran yang lain. Jadi tidak berlaku pembaziran di situ.
Campurkan telur putih tadi dengan dua sudu madu. Gaul hingga sebati dan anda boleh jadikannya sebagai masker. Sapu rata pada seluruh wajah dan juga leher. Biarkan seketika selama 15 hingga 20 minit. kemudian bilas dengan air suam.
Untuk mengdapat hasil yang lebih baik bilas dengan menggunakan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis.
Kulit Pisang
Sebaiknya gunakan kulit pisang emas yang telah masak. Gosok bahagian dalam kulit pisang pada wajah perlahan-lahan. Biarkan ia kering, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dua hingga tiga kali seminggu. Hasil yang anda kan dapat pasti menggembirakan. Kulit semakin cantik dan parut pula beransur pudar.
Timun dan Tepung Ubi Kayu
Apa yang perlu dilakan ialah sagat timun terlebih dahulu sehingga lumat kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu bersama sedikit air. Jadikan campuran bahan ini sebagi masker, sapu pada wajah anda. Biarkan sehingga kering.
Kemuddian bilas wajah dengan air suam. Gabungan kedua-dua bahan ini dikatakan mampu mencerah dan menegangkan kulit yang kendur serta boleh menyegarkan kulit kusam.
Susu segar
Susu segar memang agak susah nak cari kan. Susu segar bukan sahaja enak untuk diminum. Makanan ini juga boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalh kulit wajah. Caranya mudah sahaja sapukan seluruh wajah anda dengan susu segar atau susu tepung, biarkan ia kering.
Kemudian bilas bersih dengan air suam. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga anda mendapat hasilnya yang diinginkan.
Jus Pegaga dan Lobak Merah Merawat Dari Dalam
Pegaga dan lobak merah sangat baik untuk kesihatan serta kecantikan. Kedua-duanya kaya dengan pelbagai khasiat. Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri amalkan minum jus campuran lombak merah dan pegaga.
Mungkin rasanya agak tidak sedap tetapi bagi saya untuk mendapatkan badan yang sihat itu tidak menjadi masalah. Ubat yang pahit pon kita senggup telan bila dah sakit kan..!!
Pokok pegaga memang enak dibuat ulam |
Inilah antara tips dan petua yang hanya menggunakan bahan semulajadi yang ada di sekeliling kita untuk memanjakan kulit wajah agar sentiasa kekal anjal dan berseri walaupun dimamah usia.
Walaupun bahan yang digunakan senangg didapati, aktiviti bermasker seperti di atas memerlukan tahap kerajinan yang maksimum. Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam hasulnya pon suam-suam kuku jelah..Saya tabik spring lah kat orang yang boleh buat masker guna bahan-bahan semulajadi ni.
Saya sendiri memang tak ada masa dan tak berapa nak rajin nak buat benda ni semua. So bagi yang tak berapa rajin tu tak boleh la nak biarkan kulir wajah tanpa dimanja dan dibelai kann...nanti suami nak pegang pon tak best kulit kasar je...tak gituuu.
Sebagai jalan penyelesaian yang mudah dan ringkas lagi berkesan saya semestinya mengambil suplemen dari syarikat yang menjadi suplemen no. 1 di Amerika Syarikat.
Produk syarikat ini sememangnya telah terbukti berkesan berdasarkan ujian klinikal dan landmark study yang dijalankan sebelum sesuatu produk dipasarkan.
Kesan pada kulit memang agak lambat tetapi tiada kesan sampingan. Apa gunanya anda mendapat hasil yang cepat tetapi kulit anda menjadi rosak dan mendapat penyakit lain pula.
Produk ini dihasilkan hanya menggunakan bahan semulajadi tanpa dicampur dengan bahan kimia semestinya SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI.
Saya yakin dengan produk yang saya gunakan sekarang. Tiada kesan sampingan. Anda bagaimana?? Tepuk dada tanya iman. Nak yang terbaik dan sihat sepanjang hayat kenalah berkorban sikit kan..
perkongsian yg sangat menarik. tips awet muda
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDelete