Cara Mengatasi Dan Merawat Kulit Muka Berjerawat Dari Dalam

Jerawat atau dalam bahasa Inggeris di sebut sebagai Acne Vulgaris. Ia terjadi apabila minyak ataupun sel-sel kulit yang telah mati menyumbat lian-liang kulit. 

Kulit akan mengalami beberapa perubahahan seperti bintik putih atau bintik hitam (jerawat ringan), jerawat dengan bintik putih ada atau bintik hitam (jerawat sederhana) dan bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kuit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk).
Cara Mengatasi Dan Merawat Kulit Muka Berjerawat Dari Dalam

Kebiasaannya jerawat terjadi apabila minyak dan sel-sel yang mati tersumbat di liang kulit. Keadaan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini. 

Ini akan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, bengkak dan bernanah. Kebanyakan masalah jerawat berlaku di kalangan remaja. Antara sebab jerawat tumbuh ialah kerana perubahan hormon.

Kebiasaannya jerawat berlaku di kalangan remaja yang baru memasuki akli baligh, kulit mereka akan menjadi lebih berminyak. Di samping itu terdapat beberapa kajian perubatan yang menyatakan keadaan jerawat juga ada kaitan dengan genetik seseorang. 

Maknanya masalah jerawat ni boleh diwarisi. Jika salah seorang ibu bapa anda mengalami masalah jerawat, kebarangkalian untuk anda mempunyai jerawat juga adalah tinggi. 

Tetapi ada juga yang menghadai masalah jerawat disebabkan penggunaan produk penjagaan mukamyang tidak sesuai dengan kulit mereka. Produk penjagaan muka yang berasaskan minyak juga akan menyebabkan jerawat tumbuh.

Sebab itu kita perlu mengetahui jenis kulit muka kita supaya senang memilih produk penjagaan kulit yang sesuia. Tak semestinya produk yang berjenama antarabangsa dan mahal itu sesuaiuntuk semua individu.


PENJAGAAN MUKA BERJERAWAT

  • Minum air yang secukupnya ( 8 gelas sehari. Lebih kurang 2.5 liter).
  • Cuba elakkan stress dan sentiasa relaks. Stress boleh menyebabak masalah jerawat. Klik 

    Mengawal Stress Dengan Berkesan

     untuk mengetahui cara mengawal stress dengan lebih baik.
  • Amalkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak.
  • Sentiasa mencuci muka dengan air yang bersih.
  • Elakkan memicit jerawat untuk mengelakkan keadaan semakin teruk.
  • Lakukan rawatan wajah secara rutin untuk mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.
  • Menggunakan krim pelindung matahari yang sesuai.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah jerawat. Amalan ini membantu mengurangkan radang kulit, penghasilan sebum atau minyak berlebihan pada kulit muka serta meningkatkan lagi kebolehan kulit muka memperbaiki sel-sel kulit muka dengan pantas.

Cara terbaik untuk merawat kulit  berjerawat dari dalam ialah:


#1 Mengawal kandungan glukosa dalam badan

Paras kandungan glukosa dalam badan yang tinggi dan berlebihan akan menyebabkan pengeluaran insulin yang boleh mengakibatkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit kita. 

Contoh makanan yang mengandungi glukosa tinggi ialah seperti air gas (bikarbonat), jus buahan dengan gula tambahan, kek dan sebagainya.

#2 Mengurangkan pengambilan iodin

Iodin adalah satu suplemen penting dalam badan yang berfungsi untuk mengekalkan kecergasan serta mengimbangkan berat badan, tetapi jika pengambilannya berlebihan, iodin boleh menyebabkan liang kulit muka yang tersumbat menjadi bengkak dan berjerawat.

Untuk mengurangkan iodin dalam badan, elakkan dari memakan udang dan makanan laut. Ramai yang tidak tahu bahawa iodin terdapat di dalam garam yang digunakan untuk menambah perisa cip kentang (potato chips) yang kita makan.

#3 Mengambil suplemen seperti Multivitamin, Mineral dan minyak ikan yang mengandungi Omega 3

Perkara ketiga merupakan perkara yang paling penting. Umum mengetahui masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang kurang mengambil berat tentang pengambilan suplemen atau makanan tambahan seperti multivitamin ( A, B, C, D dan E) serta pengambilam mineral seperti magnesium, zinc, selenium dan mineral lain. 

Multivitamin dan mineral penting dalam memberikan zat-zat yang diperlukan oleh sel-sel kulit untuk memperbaiki kerosakan kulit. Multivitamin dan mineral kan berganding bahu untuk memberi kesan pembaikpulihan yang maksimum ke atas kulit anda.

Mengamalkan asid lemak Omega-3 adalah amat digalakkan kerana ia berkesan untuk mengurangkan dan mengawal radang pada kulit. Dengan pengambilan Omega-3 dapat membantu untuk merawat masalah jerawat dari dalam dengan lebih berkesan.

#4 Mengelakkan diri dari mengambil makanan dan minuman seperti ayam, daging, hasil tenusu, makanan ringan serta minuman berkarbonat kerana ianya akan menyebabkan jerawat anda lebih jelas dan mengalami inflamasi.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments

  1. Set jerawat shaklee boleh menghilangkan dan mengatasi jerawat anda. Penggunaan yang konsisten akan membwuahkan hasil. Jagalah kebersihan wajah anda agar jerawat tak datang lagi.

    ReplyDelete
  2. bila muka berjerawat yang teruk macam ni boleh menyebabkan orang yang menghadapinya tertekan dan low self esteem. perkongsian yang bermanfaat ni. bagus diamalkan oleh orang yang hadapi masalah jerawat teruk.
    Ketahui 10 Sebab Kenapa Patut Beri Anak Meal Shakes

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bagus.. moga membantu kepada mereka yang bermaslaah

    ReplyDelete

Post a Comment