6 Makanan Hebat Bantu Turunkan Kolesterol

6 Makanan Hebat Membantu Menurunkan Koelsterol
Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menurunkan paras kolesterol. Salah satu ialah mengubah corak pengambilan makanan. Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan. 


Memilih diet yang sihat dengan mengurangkan pengambilan lemak tepu adalah sangat penting untuk menurunkan kadar koesterol di dalam darah. Berikut ialah enam jenis makanan hebat yang aktif yang boleh membantu nenurunkan paras kolesterol di dalam darah.


1# SOYA

Makanan yang berasaskan soya kaya dengan kalsium dan mineral membantu memecahkan lemak sekaligus membantu menurunkan kolesterol secara sihat. Kajian menunjukkan pengambilan soya sebanyak 15 gram setiap hari mampu mengurangkan kolesterol sebanyak 6%. 

Kandungan protein yang tinggi di dalam soya membuatkan perut kita kan kenyang dalam tempoh yang lama apabila mengambilnya. Secara tak langsung soya juga membantu seseorang itu untuk menurunkan berat badan. Soya juga bagus untuk kesihatan kulit. Soya juga dikatakan membantu mencegah penyakit jantung dan kencing  manis.


2# KEKACANG

Semua jenis kekacang adalah kaya dengan protein sayur, serat (fiber), lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan jantung. Kekacang juga mengandungi vitamin E, magnesium, potassium, sterol tumbuhan semulajadi dan sejumlah nutrien tumbuhan yang bermanfaat. Pengambilam 30 hingga 35 gram kekacang seperti badam, hazelnut, kacang pistachio, walnuts dan sebagainya setiap hari berpotensi mengurangkan kolesterol sebanyak 5% secara purata.


3# OAT DAN BARLI

Kedua-dua jenis makanan ini kaya dengan sejenis serat (fiber) larut yang dipanggil beta glukan. Beta glukan ini berfungsi membentuk sejenis gel yang akan mengikat kolesterol di dalam usus dan menghalang kolesterol daripada diserap semasa proses penghadaman. Untuk menurunkan kadar kolesterol, dicadangkan mengambil makanan yang mengandungi beta glukan seperti oat dan barli sebnayak 3 gram setap hari.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan digalakkan mengambil oat sebgai pengganti nasi. Oat boleh dimakan banyak seperti nasi. Lagi banyak anda makan, lagi banyak khasiatnya yang anda dapat. Untuk kesan mendapatkan kesan yang baik, oat perlu diambil sebanyak satu mangkuk penuh pada waktu pagi dan malam.


4# Makanan yang kaya dengan sterol dan stanol tumbuhan (plant sterols)


Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Sterol dari segi struktur menyamai kolesterol dan dibahagikan kepada sterol dan stenol. Sterol dan stenol berfungsi menyekat penyerapan kolesterol di dalam usus.

Dipetik dari http://heartuk.org.uk/cholesterol-and-diet/healthy-eating/plant-sterols-and-stanols 
"Plant sterols and stanols (phytosterols) are found naturally in plants and are structurally similar to cholesterol. Their cholesterol-lowering effects have been known for some time."
Sterol dan stenol dijumpai secara semulajadi di dalam pelbagai jenis makan seperti minyak sayur, kekacang, bijirin penuh, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Walaubagaimanapun kita tidak mampu memenuhi pengambilan phytosterols ini hanya dari makanan yang kita ambil setiap hari. Malah, pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

5# BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN

Ramai yang tahu akan kebaikan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Semua buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak tepu yang rendah dan bebas kolesterol. Kita digalakkan mengambil makanan ini dengan banyak. 

BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.


6# MAKANAN KAYA LEMAK TIDAK TEPU

Lemak tidak tepu ialah sejenis lemak yang boleh diperoleh daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lemak poli tak tepu, lemak mono tak tepu dan asid lemak trans. Pada suhu bilik, ia berada dalam keadaan cecair.

Lemak poli tak tepu - Sumber lemak jenis ini ialah bijian, kekacang dan ikan laut dalam. Contohnya minyak bunga matahari, jagung, soya, safflower, bijan, biji benih flaks dan kacang.

Ikan laut dalam pula seperti salmon, tuna, sardin, makerel dan trout membekalkan asid lemak perlu Omega-3 manakala minyak jagung, soya dan safflower pula mengandungi asid lemak perlu Omega-6.

Asid lemak perlu ialah lemak yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.

Lemak jenis ini dikategorikan sebagai lemak baik kerana ia boleh mengurangkan paras kolesterol buruk (LDL), trigliserida dan jumlah kolesterol keseluruhan.

Lemak mono tak tepu - Sumbernya ialah bijian dan kekacang seperti minyak kanola, kacang tanah, zaitun dan bran beras. Ia juga dianggap lemak baik kerana boleh mengurangkan jumlah kolesterol keseluruhan dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).


Lemak trans - Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang digunakan dalam pastri) dan gi sayuran (vegetable ghee). Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi.

Ia dikategorikan sebagai lemak yang sangat buruk (dua hingga lima kali lebih teruk daripada lemak tepu) kerana asid lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan kolesterol baik.

Lemak trans adalah lemak tidak tepu; bermakna rantaian kimianya tidak dipenuhi hidrogen. Namun, apabila lemak tidak tepu menjalani proses hidrogenasi (penambahan hidrogen pada rantaian kimianya), ia menjadi satu rantaian baru menyebabkan lemak trans berada dalam keadaan pepejal pada suhu bilik.

Lemak trans digunakan untuk memperbaiki kualiti produk makanan, mengekalkan kesegarannya dan menaikkan rasa makanan supaya ia boleh berada di pasaran bagi tempoh lama.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jom kita amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Makanan yang sihat bukan sahaja penting untuk menurunkan kolesterol malah ia sangat penting untuk jaminan kesihatan sepanjang hayat.
#JomSihatTanpaUbat

====================@@@@@@@@@====================

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu??

Bagi anda yang menghadapi kolesterol tinggi dan juga terlalu rendah serta berada di dalam rawatan doktor, saya nasihatkan anda supaya merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana suplemen. Ini kerana dikhuatiri adanya tindak balas antara ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital dengan suplemen yang diambil.

Jika anda ingin mencuba menurunkan kolesterol dengan cara semulajadi tanpa ubat, haruslah diingatkan bahawa pengambilan suplemen bukanlah suatu magic yang boleh menyembuhkan segala penyakit dengan sekelip mata. Suplemen hanya membantu di samping pengawalan makanan juga harus dititik beratkan.

Walaubagaimapun pengambilan secara konsisten dan berkala serta mengamalkan tips-tips yang disebutkan akan membantu anda mengatasi masalah ini.

PHYTOCOL-ST 

Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol
Phytocol-St Shaklee dirumus daripada bahan-bahan terpilih yang mengandungi fitosterol untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam darah secara semulajadi. Ini telah terbukti secara klinikal dan berdasarkan kajian lebih daripada 80 kajian yang telah dijalankan untuk menguji keberkesanan produk ini.


Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol:

#1 Phytocol-ST ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh secara semulajadi.

#2
 Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian,berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.

#3
 Dirumus daripada campuran sterol & stanol 
(fitosterol) yang didapati secara daripada tumbuhan, buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran yang terpilih.

#4 Membekalkan 2,000mg sterol & stanol  tumbuhan yang diperlukan oleh tubuh manusia setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

#5 Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.

OMEGA GUARD 

Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol
OMEGA GUARD SHAKLEE merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia. Di mana di dalamnya terdapat kesemua 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi yang diperlukan oleh tubuh kita iaitu EPA, DHA, ALA, ETA, HPA, SDA dan ETA. Omega Guard Shaklee dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini iaitu kaedah ultratulen bergred farmaseutikal. Ia di hasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi.

Salah satu fungsi Omega guard Shaklee ialah mencegah penyakit saluran darah dan strok - Kandungan EPA dan DHA yang terdapat di dalam OMEGA GUARD SHAKLEE membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kepekatan darah, melancarkan peredaran darah. 

Oleh sebab itu OMEGA GUARD SHAKLEE sangat membantu mengekalkan tekanan darah normal dan keteganagn di leher atau sakit kepala. Ia juga membantu mengurangkan paras kolesterol, megawal masalah obesiti, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, dan membantu mengekalkan kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL.

Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
Whatsapp/Telegram: 0139279846

Comments

  1. omega guard memang super power..untuk kecergasan otak pon memang baik

    NUTRIFERON TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK

    ReplyDelete
  2. Phytocol-ST bertindak seperti penjaga gol menghalang bola dari masuk ke gawang. Memang kolestrol tak berani masuk.

    ReplyDelete
  3. Home Remedies : The Best Way To Get Rid Of Many Diseases Without Any Side Effects. These Natural Home Remedies Are Proved By Many Medical Institutes So That These are the best option because they are cheap and no have no side effects like pills or other treatment options.

    ReplyDelete
  4. I am grateful to you as you shared this. I am these days developing an app how is rhinoplasty performed that's you might be fascinated to look at it.

    ReplyDelete

Post a Comment