Kenali Punca Rambut Gugur Dan Cara Mengatasinya

Rambut gugur (alopecia) memang merimaskan. Di mana-mana sahaja rambut bertaburan. Memang menyakitkan mata melihat rambut bersepah-sepah di atas lantai. Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sama ada lelaki atau wanita. Berdasarkan kajian yang dijalankan masalah keguguran rambut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal. 

Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat. Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari. 


Rambut normal mengalami keguguran di antara 80 hingga 100 helai setiap hari, namun jika lebih daripada jumlah itu, keguguran rambut dianggap membimbangkan. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu berbuat sesuatu agar masalah ini tidak berlarutan. Anda boleh berjumpa doktor untuk membuat rawatan atau cuba mengambil supplemen yang berkaitan untu merawat dari dalam.


Kenali Punca Rambut Gugur Dan Cara Mengatasinya

Terdapat beberapa punca yang dikaitkan dengan masalah keguguran rambut. Mudah-mudahan dengan mengetahui punca sebenar masalah, dapatlah kita mencari jalan penyelesaiannya yang terbaik. Jom teruskan bacaan anda.

1 Bahan Kimia
Bagi mereka yang kerap menggayakan rambut dengan fesyen terkini seperti melurus, mewarnakan rambut mereka lebih berpotensi  menghadapi masalah keguguran rambut yang agak teruk. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut hingga ke akar. Lama kelamaan rambut menjadikering dan berguguran.

2 Perubahan Hormon
Bagi wanita yang hamil akan mengalami perubahan hormon. Begitu juga wanita yang melahirkan cahaya mata dan menyusukan anak. Keadaan ini menyebabkan hormon di dalam badan tidak stabil dan akhirnya boleh menyebabkan berlakunya keguguran rambut yang teruk.

3 Genetik (Family History)
Keguguran rambut juga boleh disebabkan faktor genetik. Jika ada ibu atau bapa yang menghadapi masalah keguguran rambut ketika umur meningkat, kebarangkalian seseorang anak untuk mengalami masalah yang sama adalah sangat tinggi.

4 Perjalanan Darah Tidak Lancar
Seseorang yang mengalami masalah keguguran rambut menunjukkan isyarat adanya masalah dalaman iaitu berkaitan perjalanan darah yang tidak lancar. Ini menyebabkan oksigen tidak sampai ke seluruh tubuh dengan baik termasuklah bahagian kepala. Kesannya menyebabkan rambut tidak kuat dan akhirnya gugur.

5 Kekurangan Vitamin
Diet yang tidak seimbang seperti makan makanan berlemak dan berminyak secara berlebihan menyebabkan badan tidak menerima ke semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Kekuranga zat besi dan protein di dalam pemakanan harian boleh menyebabkan berlakunya keguguran rambut. 

Protein sangat penting untuk menghasilkan rambut yang sihat. Rambut dihasilkan daripada protein. Kekurangannya menyebabkan pertumbuhan rambut tidak berlaku dengan sempurna. 

Jika masalah ini berterusan ia akan menyebabkan keguguran rambut. Manakala zat besi merupakan elemen yang sangat penting. Ia berfungsi dalam pertumbuhan rambut.
6 Produk Tidak Sesuai
Pemilihan produk penjagaan rambut yang tidak sesuia memberi kesan kepada kesihatan rambut. Rambut boleh menjadi kering dan mudah rosak apabila sering bertukar produk. Pilihlah produk yang dihasilkan daripada bahan semulajadi yang selaamt tanpa bahan kimia. 

7 Pengambilan Ubat-Ubatan
Pengambilan ubat-ubatan tertentu untuk merawat penyakit boleh menyebabkan rambut gugur. Keguguran rambut boleh disebabkan oleh ubat yang digunakan untuk merawat penyakit-penyakit berikut:
  • Kanser
  • Artritis
  • Kemurungan (depression)
  • Masalah jantung
  • Tekanan darah tinggi
RUJUKAN:

=====================@@@@@@@@@@@@===================

SUPLEMEN YANG DICADANGKAN UNTUK MERAWAT RAMBUT GUGUR

Set rambut gugur Shaklee


Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang KEBAIKAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE
Klik di sini untuk maklumat lanjut MANFAAT UTAMA B-COMPLEX SHAKLEE
Klik di sini untuk mengetahui tentang Kebaikan Vitamin Zink Complex
untuk mengetahui tentang Revitalizing Shampoo 

Anda berminat nak mencuba? Takut?? Jangan takut.. Shaklee adalah produk yang berasakan bahan semulajadi tanpa mengggunakan bahan kimia. Tiada kesan sampingan. Jangan biarkan masalah rambut gugur mengganggu hidup anda.

Saya yakin dengan mengambil set rambut gugur ini bukan masalah gugur rambu sahaja yang dapat diatasi, malah banyaklagi faedah dan manfaat yangandakandaapt. Tak percaya?? Percayalah..Cuba dulu baru tahu..

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
Whatsapp: 0139279846

Comments

  1. vitamin shaklee bagus untuk kesihatan rambut juga..jika sudah ada tanda-tanda tu..cepatlah la rawat sebelumia jadi lebih teruk

    ReplyDelete
  2. Rambut gugur dah boleh buat sarang lepas bersalin hari tuh. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Vitamin yang sesuai untuk rambut adalah set rambut shaklee. Ianya terbukti berkesan pada saya. Rambut yang gugur dah tak ada lagi dan juga hilangnya kelemumur. Satu hal lagi yang saya suka shampoo shaklee memang terbaik. Wangi dan sangat natural.

    ReplyDelete
  4. saya pun mengalami rambut gugur, tak larat nak sapu dan kutip rambut di lantai. Sekarang saya hanya ambil zink, lpas ni nak cuba syampoo pulak =)

    ReplyDelete

Post a Comment