Friday, October 17, 2014

ProSante Shaklee Untuk Rambut Sihat dan Menawan

Rambut merupakan  mahkota bagi wanita. Menjaganya bukanlah sesuatu yang sukar dan tidak juga mudah. Tidak kena cara dan gaya boleh menyebabkan rambut mudah rosak, gugur, berkelemumur dan beruban sebelum tiba waktunya.

Walaupun seseorang itu bertudung litup aspek penjagaan rambut tetap perlu diutamakan dan diambil perhatian berbanding mereka yang tidak berhijab. Kulit kepala yang bertutup dalam tempoh jangka masa yang lama boleh menyebabkan kulit kepala berpeluh.

Keadaan ini akan diburukkan lagi apabila bercampur dengan minyak yang wujud secara semulajadi pada kulit kepala yang akhirnya membawa kepada masalah kelumumur yang serius.
ProSante Shaklee Untuk Rambut Sihat dan Menawan
Gambar sekadar hiasan

Dua masalah utama yang sering menghantui setipa individu tidak kira kaum lelaki atau wanita ialah masalah kelumumur dan keguguran rambut yang kronik.

Pelbagai faktor yang dikaitkan yang menjadi punca kepada berlakunya masalah rambut. Antaranya ialah faktor usia yang semakin meningkat, tekanan (stress), kurang tidur, pengambilan makanan yang tidak seimbang dan bergizi, penggunaan produk rambut yang tidak sesuai dan berlebihan serta penggunaan pengering rambut. Faktor genetik juga menjadi sebab masalah rambut terjadi. 



ProSante Shaklee Untuk Rambut Sihat dan Menawan

Kebanyakan dari kita mengabaikan kesihatan rambut dan juga kesihatan yang lain. Jangan tunggu rambut bermasalah baru kita ingin mencari penawarnya. Sepatutnya penjagaan rambut perlulah dititikberatkan sejak usia muda lagi agar tidak timbul masalah rambut dikemudian hari. Kecuali mereka yang menghadapi masalah rambut disebabkan genetik memang tidak boleh dikawal.

Set Penjagaan Rambut Shaklee iaitu ProSante mampu memberikan penyelesaian kepada masalah rambut seperti keguguran dan kelemumur.

Dalam tempoh masa setengah abad Shaklee telah menerajui dunia saintifik dalam memahami bagaimana untuk menyuburkan tubuh dan kulit. 

Shaklee bukan sahaja menghasilkan suplemen untuk kesihatan dalaman dan luaran, dengan kepakaran yang ada Shaklee telah berjaya mengeluarkan produk penjagaan rambut dengan pendekatan eksklusif dan semulajadi.

Berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan produk penjagaan rambut ProSante Shaklee secara semulajadi telah membantu mengurangkan kehilangan rambut sewaktu bersikat, meningkatkan ketebalan dan mengurangakn kerosakan untuk semua jenis rambut.

Penggunaan ProSante tidak mengeringkan dan menyebabkan rambut gugur. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan melawan kerosakkan. Hasilnya anda akan mendapat rambut yang menawan, berseri dan yang paling penting rambut anda sihat.


Kajian Klinikal Bebas Menunjukkan Keputusan Berikut Setelah Menggunakan Produk ProSante Shaklee

ProSante Shaklee Untuk Rambut Sihat dan Menawan

ProSante merupakan satu produk penjagaan rambut yang mudah, fleksibel yang mampu memenuhi keperluan rambut yang bermasalah. Ia direka untuk tidak menanggalkan warna atau kelembapan dari rambut. 

Setiap produk ProSante dihasilkan secara eksklusif dengan menampilkan Scalp Health Complex Shaklee. Mengandungi satu formulasi klinikal, ramuan 10 vitamin, mineral dan herba yang amat derma tersedia. ProSante menyokong kesihatan kulit kepala yang opimum dan rambut yang hebat.


Apa yang TIADA di dalam ProSante???

Apa yang TIADA di dalam sesuatu produk penjagaan diri adalah sama penting dengan apa yang ADA. Produk ProSante hanya menggunakan ramuan canggih yang mengaplikasikan teknologi tinggi (state of the art) yang berfungsi membantu membina struktur semulajadi rambut, keseimbangan minyak dan kelembapan kulit kepala serta ketebalan rambut yang sihat dan bersinar.

Terdapat beberapa perkara yang TIADA yang perlu diambilperhatian oleh pengguna semua.

  • Tiada Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat (SLES)
  • Tiada Cocamide DEA tau Lauramide DEA
  • Tiada minyak yang menyebabkan tersumbat
  • Tiada Propilen Glikol
  • Tiada Quaternium 15
  • Tiada bahan pengawet "Penderma Formaldehyde" (seperti Imidazolidinyl Urea atau Diazolidinyl Urea?
  • Tiada pewarna atau bahan pewarna
Keistimewaan ProSante 
  • selamat untuk semua jenis rambut walaupun diwarna dan dirawat kimia
  • Mengandungi keseimbangan pH
  • Tidak mengeringkan dan menganggalkan
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji secara klinikal
  • Tidak menyebabkan folikel rambut tersumbat
  • Tidak diuji ke atas haiwan
Aapbila diuji secara bebas mengikut piawaian klinikal, produk penjagaan rambut ProSante membantu memperbaiki dengan ketara rambut yang rosak dalam tempoh masa hanya 30 hari dan menggalakkan peningkatan penambahbaikan dengan penggunaan secara berkesan.

================================@@@@@@@@@==============================

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
whatsapp: 0139279846

COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

3 comments:

  1. ooo ada ehh..baru tahu..terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  2. Prosante shaklee memang superb! Saya satu family sukakannya. Rambut lebih sihat dengan shampoo tanpa bahan kimia merbahaya

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete