Polifenol tu apa benda? Mungkin ada yang pertama kali dengar perkataan polifenol ni. Ringkasnya polifenol ni bahan semulajadi yang didapati di dalam buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang tertentu. Antara tumbuhan yang kaya dengan polifenol ialah buah beri, anggur merah, artichoke, delima dan sebagainya.
Polifenol berfungsi sebagai sistem pertahanan tumbuhan tersebut yang akan bertindak balas dengan persekitaran yang berbahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang ekstrem. Ia juga memberi warna terang dan pelbagai kepada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.
Sehingga hari ini terdapat lebih daripada 4000 kajian yang dijalankan oleh saintis dari seluruh dunia untuk mengkaji manfaat dan kebaikan yang ada di dalam polifenol untuk tubuh badan kita.
Ia juga bertindak sebagai agen detoksifikasi hati secara semulajadi. Polifenol juga bagus diambil untuk mereka yang nak turunan berat badan kerana ia berfungsi dalam mengurangkan kalori. Selain itu polifenol juga boleh merangsang hormon bagi individu yang mengawal pengambilan kalori.
Polifenol berfungsi sebagai sistem pertahanan tumbuhan tersebut yang akan bertindak balas dengan persekitaran yang berbahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang ekstrem. Ia juga memberi warna terang dan pelbagai kepada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.
Sehingga hari ini terdapat lebih daripada 4000 kajian yang dijalankan oleh saintis dari seluruh dunia untuk mengkaji manfaat dan kebaikan yang ada di dalam polifenol untuk tubuh badan kita.
4 Manfaat Utama Polifenol Untuk Tubuh Badan Kita
1. Berfungsi sebagai detoks
Kajian menunjukkan bahawa polifenol boleh menggalakkan fungsi hati yang normal dan lebih baik. Ia membantu melindungi hati kita dengan mengawal tekanan dalam badan, mengurangkan kemerahan dan bengkak serta mengurangkan sel yang mati pada hati.Ia juga bertindak sebagai agen detoksifikasi hati secara semulajadi. Polifenol juga bagus diambil untuk mereka yang nak turunan berat badan kerana ia berfungsi dalam mengurangkan kalori. Selain itu polifenol juga boleh merangsang hormon bagi individu yang mengawal pengambilan kalori.
2. Meningkatkan Tenaga
Mitokondria adalah pengeluar tenaga utama kita, ia memenuhi lebih daripada 90% keperluan tenaga badan. Kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu mempercepat pengeluaran mitokondria di dalam badan kita. Peningkatan tahap mitokondria membantu meningkatkan tenaga badan dan mengurangkan keletihan.
Di dalam satu kajian, salah satu polifenol yang paling berkuasa iaitu resveratrol, bukan sahaja meningkatkan kelajuan tikus berlari pada pengisar injakan sebanyak 21 peratus, tetapi juga membantu tubuh mereka memecah lemak dan memperkuat otot rangka serta meningkatkan prestasi senaman.
Resveratrol didapati mampu meningkatkan jisim otot dan pertumbuhan semula otot bagi orang dewasa yang lebih tua, terutamanya apabila digabungkan dengan amalan bersenam.
Resveratrol didapati mampu meningkatkan jisim otot dan pertumbuhan semula otot bagi orang dewasa yang lebih tua, terutamanya apabila digabungkan dengan amalan bersenam.
Jadi pengambilan makanan yang kaya dengan polifenol bukan sahaja membantu meningkatkan tenaga dalaman, ia juga membantu meningkatkan prestasi kita ketika bersenam.
3. Kulit Cantik dan Berseri
Manfaat yang ketiga ni mesti semua orang perempuan suka kan. Termasuklah saya. Hihihi. Kajian klinikal terkini menyatakan bahawa polifenol mempunyai potensi untuk melindungi kulit kita daripada kerosakan radiasi ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas yang membawa kepada penuaan kulit.
So kalau korang nak kulit yang lembut dan berseri pastikan setiap hari makan makanan yang kaya dengan polifenol okey. Polifenol ni juga membantu meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang tegang. Ia juga berfungsi untuk melicinkan garis halus dan kedutan untuk kulit yang kelihatan lebih muda. Perempuan mana yang tak nak nampak awet muda kan.
4. Meningkatkan Perlindungan
Pelbagai kajian penyelidikan telah menunjukkan fungsi polifenol dalam menghalang pertumbuhan sel abnormal (tidak normal). Penyelidik percaya bahawa fungsi antioksidan polifenol membantu:- Melindungi DNA daripada kerosakan, yang boleh mencetuskan pertumbuhan sel abnormal.
- Menyokong replikasi DNA untuk fungsi sel yang sihat.
- Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
- Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
- Kurangkan tekanan biologi dalam badan.
Jadi kalau nak badan sentiasa sihat pastikan kita makan makanan yang kaya dengan polifenol setiap hari. Nak badan sihat memang kena berkorban duit sikit untuk beli makanan yang baik. Setuju??
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856