Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah adalah penyumbang besar kepada penyakit jantung dan strok. 

Tahap kolesterol yang tinggi ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti diet yang tidak seimbang, keturunan atau kedua-duanya sekali, di samping gaya hidup yang tidak aktif.

KOLESTROL ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein.

Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol.

Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.


Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol

Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi anda mengawas tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung.

Semua orang tahu bahawa kolestrol mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti kardiovaskular atau strok. Kita selalu dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

Corak pemakanan dan gaya hidup yang betul boleh membantu menurunkan paras kolesterol di dalam darah.

Terdapat beberapa amalan gaya hidup yang sihat yang boleh membantu menurunkan kolesterol dengan berkesan dan efektif tanpa anda mengeluarkan wang. Sudah pasti ia sangat menjimatkan wang anda. Antaranya ialah:

BERHENTI MEROKOK


Merokok menjadi penyebab kematian utama yang sebenarnya boleh diubah. Tetapi ramai yang tidak mampu berhenti merokok sehinggalah diserang penyakit jantung dan sebagainya. Merokok akan menurunkan kadar kolesterol baik HDL di dalam tubuh. 

Selain itu, merokok dikatakan juga mengubah LDL ke dalam bentuk yang menyebabkan pembentukan plak pada dinding arteri koroner. Merokok akan meningkatkan risiko seseorang diserang oenyakit jantung dengan cara merosakkan jantung dan pembuluh darah.

DIET SEIMBANG


Diet yang sesuai untuk menurunkan kolesterol adalah diet rendah lemak. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu. 

Jadi anda perlu memilih makanan yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda.

Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.
Jadi pastikan makanan yang diambil setiap hari mengandungi kurang lemak jahat iaitu dengan mengurangkan makanan bergoreng, yang mengandungi santan dan minyak. Banyakkan makan sayur-sayuran terutama sayuran hijau dan buah-buahan. Amalkan snek yang sihat.

Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan nutrien harian dan komponen makanan lain yang membolehkan anda memiliki minda serta tubuh yang sihat dan juga bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian anda.

Sebaiknya, makanlah pelbagai jenis makanan kerana tiada makanan khusus yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan.

Makanan yang berbeza dalam kumpulan yang sama (seperti beras, roti dan bijirin sarapan) membekalkan nutrien yang berbeza dalam jumlah yang berbeza.

Makanan yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.

OLAHRAGA / BERSENAM


Orang yang mengandungi kolestrol yang tinggi digalakkan membuat aktiviti fizikal dengan lebih kerap. Aktiviti fizikal seperti bermain badminton berbasikal dan aktiviti lain yang mengeluarkan peluh membantu anda menurunkan kadar kolesterol.

Orang yang aktif sepanjang hidupnya berisiko lebih rendah sebanyak 45% untuk menghadapi penyakit jantung koroner berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan aktiviti fizikal.

Menjadi aktif secara fizikal adalah sama pentingnya dengan makan secara sihat . Aktiviti fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, kekuatan dan kefleksibilan membakar kalori untuk menjadikan anda sentiasa sihat dan langsing serta membuatkan anda kelihatan, rasa dan berfikir dengan lebih baik.

Senaman yang tidak mencukupi boleh menyebabkan berlebihan berat badan atau obes di mana akhirnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. 


Sekurang-kurangnya bersenam selama 30 minit setiap hari dengan berjalan kaki. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, maka anda perlu bersenam dengan lebih kerap (dan untuk jangka masa yang lebih lama) untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.


TURUNKAN BERAT BADAN


Bagi mereka yang menghadapi berat badan berlebihan cenderung mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat LDL. Mengurangkan berat badan antara 2.3 kg hingga 4.5 kg boleh meurunkan kadar kolesterol dan trigliserida.

Anda boleh menurunkan berat badan dengan mengambil diet rendah lemak dan kolesterol, melakukam aktiviti fizikal secara konsisten dan mengurangkan pengambilan jumlah kalori.

Setiap orang memerlukan kadar kalori yang berbeza. Kita hendaklah mengetahui kadar kalori yang diperlukan supaya pengambilan makanan dapat dikawal.

KURANGKAN TEKANAN (STRESS)


Walaupun kaitan antara tekanan dengan kenaikan kolesterol di dalam badan masih dalam kajian dan belum ada penjelasan yang konkrit, namun terdapat kajian yang mengaitkan bahawa tekanan yang dihadapi seseorang dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan paras kolesterol. Tekanan yang dihadapi terlalu lama juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain yang tidak diingini seperti migraine dan sebagainya.


Bagaimana Shaklee Boleh Membantu??



Bagi anda yang menghadapi kolesterol tinggi dan juga terlalu rendah serta berada di dalam rawatan doktor, saya nasihatkan anda supaya merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana suplemen.

Ini kerana dikhuatiri adanya tindak balas antara ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital dengan suplemen yang diambil.

Jika anda ingin mencuba menurunkan kolesterol dengan cara semulajadi tanpa ubat, haruslah diingatkan bahawa pengambilan suplemen bukanlah suatu magic yang boleh menyembuhkan segala penyakit dengan sekelip mata. 

Suplemen hanya membantu di samping pengawalan makanan juga harus dititik beratkan.

Walaubagaimapun pengambilan secara konsisten dan berkala serta mengamalkan tips-tips yang disebutkan akan membantu anda mengatasi masalah ini.

PHYTOCOL-ST

Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol
Phytocol-St Shaklee dirumus daripada bahan-bahan terpilih yang mengandungi fitosterol untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam darah secara semulajadi. Ini telah terbukti secara klinikal dan berdasarkan kajian lebih daripada 80 kajian yang telah dijalankan untuk menguji keberkesanan produk ini.


Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol:



  • Phytocol-ST ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh secara semulajadi.

  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian,berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.

  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol (fitosterol) yang didapati secara daripada tumbuhan, buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran yang terpilih.

  • Membekalkan 2,000mg sterol & stanol  tumbuhan yang diperlukan oleh tubuh manusia setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

  • Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.

OMEGA GUARD


Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol
OMEGA GUARD SHAKLEE merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia. Di mana di dalamnya terdapat kesemua 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi yang diperlukan oleh tubuh kita iaitu EPA, DHA, ALA, ETA, HPA, SDA dan ETA.

Omega Guard Shaklee dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini iaitu kaedah ultratulen bergred farmaseutikal. Ia di hasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi.

Salah satu fungsi Omega guard Shaklee ialah mencegah penyakit saluran darah dan strok - Kandungan EPA dan DHA yang terdapat di dalam OMEGA GUARD SHAKLEE membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kepekatan darah, melancarkan peredaran darah. 

Oleh sebab itu OMEGA GUARD SHAKLEE sangat membantu mengekalkan tekanan darah normal dan keteganagn di leher atau sakit kepala.

Ia juga membantu mengurangkan paras kolesterol, megawal masalah obesiti, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, dan membantu mengekalkan kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL.



Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
H/P no: 0139279846

Comments

  1. berhenti merokok yang penting.Bukan sahaja mengganggu kesihatan kita tapi orang di sekeliling juga.

    ReplyDelete
  2. sangat bagus dan berguna.. untuk diri acik.. nak kurus !!!

    ReplyDelete
  3. memang penting untuk mengambil nutrisi tambahan..selain itu wajib juga mengamalkan cara hidup sihat

    ReplyDelete

Post a Comment