Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah sekalian..
Proses detoksifikasi juga merujuk kepada proses pembersihan badan daripada toksin yang bertujuan untuk menyingkirkan toksin daripada badan yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada kesihatan.
Detoksifikasi selalunya melibatkan amalan seperti kawalan diet, berpuasa, mengambil atau mengelakkan makanaan tertentu (seperti lemak, karbohidrat, bauh, sayur, jus, herba, gula ringkas, kafein atau larut air), pembersihan kolon dan laksatif.
Hari ini perkataan detoks telah digunakan dengan begitu meluas bagi amalan diet, berpuasa atau prosedur yang dikatakan dapat mengawal metabolisme, mengurangkan berat badan dan menyingkirkan toksin daraipada tubuh.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa tip dan cara yang mudah dan lebih selamat untuk detoks secara semulajadi:
Apa pun untuk jaga kesihatan kena la mula dari sekarang. Jangan tunggu sakit barulah nak pantang makan itu ini. Masa tu dah hilang la nikmat makan. Masa tengah sihat ni nak makan apa pon makan tapi jangan berlebihan. Janga melampaui batas.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jom kita amalkan hidup sihat tanpa ubat
Semoga tip yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua.
Kredit to Dr Zuriati Ibrahim Ketua Unit Dietetik dan Pensyarah Kanan, Jabatan Pemkanan & Dietetik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

- Minum air kosong dengan banyak. Ramai yang sukar nak minum air kosong banyakkan. Saya tahu ramai yang lebih suka minum air manis. Ada orang sampai ketagih. Sehari tak minum air manis memang tak boleh. Bahaya tau. Air ni berfungsi untuk bantu mengeluarkan segala toksin dan racun di dalam tubuh kita melalui pembuangan air kencing dan najis. Kalau dah minum air sikit camne proses detoks boleh berlaku kan.
- Amalkan pengambilan makanan tinggi serat. Serat ni akan berfungsi menyerap pelbagai jenis toksin dan seterusnya menyingkirkan kotoran yang ada di dalam tubuh kita dengan segera. Buahan dan sayuran antara makanan yang tinggi serat.
- Sayuran hijau terutamanya brokoli membantu hati anda mengeluarkan toksin. Brokoli sangat banyak khasiatnya. Ianya antara sayuran yang tinggi alkali. Jadi makan banyak pon tak ada masalah.
- Buah-buahan sitrus membantu menyahtoksin dan juga membersihkan hati. Setiap pagi mulakan hari anda dengan minum segelas air suam yang dicampur dengan jus lemon. Buah-buahan sitrus ni kaya dengan vitamin c. Vitamin C ni antara vitamin yang penting untuk detoks.
- Tambah bawang putih dalam masakan. Jangan takut peluh berbau ye. Bawang putih berfungsi merangsang hati untuk menghasilkan enzim penting bagi menapis sisa-sisa toksik yang berkumpul dalam sistem penghadaman kita.
- Ambil teh hijau. Teh hijau ni mengandungi antioksida yang tinggi dan boleh bantu proses detoks. Teh hijau juga ada antioksidan yang bernama cathechins yang membantu fungsi hati.
- Makan kacang hijau. Ia kaya dengan antioksidan dan boleh menyerap toksin.
- Melakukan aktiviti fizikal. Bila badan kita berpeluh secara tidak langsung toksin dapat dikeluarkan melalui peluh.
- Kurangkan pengambilan makanan berlemak. Bukan mereka yang gemuk je kena kurangkan makanan tinggi lemak ni ye. Orang kurus pon kena kurangkan juga tau. Tak semestinya orang kurus ni tak ada kolesterol. Biasanya orang kurus ni la kolesterol tinggi tau sebab dia ni main bedal je makan. Maklumlah dia kurus ingat kolesterol tak ada la kan.
- Tidak merokok.
- Tidak mengambil alkohol
- Mengurangkan pengambilan makanan diproses. Zaman kita sekarang ni banyak sangat makanan yang diproses. Kadang-kadang itulah yang menjadi hidangan kita setiap hari. Sangat tidak baik untuk kesihatan jangka panjang. Nama dah makan proses mestilah ada bahan kimia, ada bahan pengawet nak bagi makanan tu kekak lama tak mudah rosak.
Apa pun untuk jaga kesihatan kena la mula dari sekarang. Jangan tunggu sakit barulah nak pantang makan itu ini. Masa tu dah hilang la nikmat makan. Masa tengah sihat ni nak makan apa pon makan tapi jangan berlebihan. Janga melampaui batas.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jom kita amalkan hidup sihat tanpa ubat
Semoga tip yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua.
Kredit to Dr Zuriati Ibrahim Ketua Unit Dietetik dan Pensyarah Kanan, Jabatan Pemkanan & Dietetik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Saya senang je nak detoks. Makan Alfalfa Shaklee untuk detoks seluruh badan. Memang terasa perbezaan
ReplyDeleteBetul tu..alfalfa shaklee merupakan suplemen untuk detoks terutama detoks darah.
Delete