Friday, March 13, 2015

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Minum Teh Hijau Setiap Hari

Sebelum kita baca 6 sebab kenapa perlu minum teh hijau setiap hari, saya ingin bertanyakan satu soalan kepada pembaca semua,
"Apakah minuman kegemaran anda setiap hari??"
Teh tarik?? Milo?? Nescafe?? Horlick?? Oligo??
Kesemua yang disebut di atas bukanlah minuman yang terbaik untuk kesihatan yang optimum. Lebih-lebih lagi jika minuman di atas dicampur dengan gula, susu pekat manis serta kreamer. 


6 Sebab Kenapa Kita Perlu Minum Teh Hijau Setiap Hari

Ramai di kalangan kita yang kurang berminat dengan minuman berkhasiat ini jika dibandingkan dengan teh tarik atau teh O ataupun minuman kegemaran lain. Mungkin kerana tidak biasa atau kerana aromanya yang sedikit berbau jika dibanding dengan teh lain. Rasanya juga agak kelat. Sebaiknya cara minum teh hijau ini tidak dicampur dengan gula atau susu. tujuannya untuk mengekalkan rasa keaslian teh itu dan yang paling penting mengekalkan khasiatnya yang sangat banyak untuk kesihatan kita.

Kalau tidak biasa kenalah biasa-biasakan diri kan. Benda molek ni tak salah pun kita minum dan amalkan. Ubat yang pahit pun kita sanggup telan..Takkan lah teh hijau yang rasanya lain sedikit kita tak mampu nak tahan..

Tahu tak kalian Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di Asia Timur lagi-lagi di negara matahari terbit iaitu di Jepun. Dikatakan penduduk dunia yang paling panjang umur­nya ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun. Di pulau ini ramai penduduknya berusia melebihi 100 tahun. dan yang paling menakjubkan mereka jarang dijangkiti penyakit. 

Nak tahu sebab apa?? Sebabnya penduduk pulau Okinawa mengambil minuman ocha iaitu sejenis teh hijau sebagai minuman harian meraka.

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Minum Teh Hijau Setiap Hari

Walaubagaimanapun masih ramai yang tidak tahu tentang sebab-seba kenapa kita perlu minum teh setiap hari dan menjadikan amalan minum teh sebagai minuma harian. teh hjiau kaya dengan antioksidan yang memberi manfaat terhadap kesihatan. Antara sebab-sebab kenapa kita perlu minum teh setiap hari ialah:

Kurang Kafein
Teh hijau mengandungi tahap kafein yang amat sedikit . Tah hijau amat sesuai diambil dalam keadaan yang panas, sejuk, amnis atau tawar. Jadi bagi penggemar kopi adalah lebik baik gantikan secawan kopi dengan teh hijau. Secara tida langsung anda telah mengurangkan dua pertiga kandungan kafein dengan minuman teh hijau.

Melancarkan Sistem Pernafasan
Teh inio mengandungi dua alkaloid yang lebih dikenali sebagai theobromine dan theophylline. Keduanya mempunyai struktur molekul yang sama seperti kafein. Theobromine boleh merangsang jantung dan sedikit bersifat diuretik. Zat ini dikatakan mampu menghalang masalah batuk dan melegakan otot di bahagian pernafasan. Theophylline pula berfungsi melemaskan otot di bahagian bronkus yang mana fungsinya boleh melancarkan sistem pernafasan.

Menghilangkan Kegelisahan
Tak semua orang boleh minum kopi. Ada yang sensitif dengan kopi. Ada juga yang risau mendapatkan masalah kepada kesihatan seperti mencetuskan kegelisahan dan rasa cemas yang tidak bertempat. Gejala ini disebut sebagai 'coffee jitters'. Masalah ini tidak akan berlaku jika kalian mengambil teh hijau. 

Menurunkan Berat Badan
Teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan. 

Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi bahan perangsang di dalam teh hijau mampu meningkatkan kadar metabolisme dan memberikan tenaga. sekaligus membantu menurunkan berat badan jika diamalkan setiap hari.

Menguatkan Daya Ingatan
Terdapat satu zat istimewa di dalam teh hijau yang dikenali sebagai asid amino L-theanine. Zat ini dikatakan boleh membantu merangsang mental dan kemampuan fokus seseorang serta menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menyukainya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

Inilah antara 6 sebab kenapa kita perlu mengambil teh hijau setiap hari. Hakikatnya banyak lagi manafaat teh hijau ni untuk kesihatan kita. Antaranya ialah Mengurangkan risiko kanser, Mengatasi bengkak mata, Antiseptik kulit, Melindungi kulit, Menurunkan tekanan darah dan Awet Muda. Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok.

Sebelum saya mengudur diri satu lagi soalan ayang sya ungin ajukan. Apakah teh hijau yang menjadi pilihan hati kalian semua??

Bagi saya teh hijau yang menjadi pilihan hati saya tentulah Cinch Energy Tea Mix Shaklee

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Minum Teh Hijau Setiap Hari

Inilah teh hijau kegemaran saya. Di kala badan letih dan kurang bertenaga tanpa teragak-agak saya akan minum teh ini. Nak lagi sedap saya akan campur dengan sedikit madu asli..Memang terangkat..Cinch Energy Tea Mix Shaklee ini juga mampu membantu kalian menahan rasa mengantuk.

Klik sini untuk maklumat lanjut tentang Cinch Energy Tea Mix Shaklee





Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli 


JOM DAFTAR SEKARANG!


Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.


Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:
#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur 
#2 konsultasi percuma secara berterusan 
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli 


 "produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal
H/P no: 0139279846 
ID Shaklee: 1074356 
COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit 
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

No comments:

Post a Comment