3 Minuman Terbaik Untuk Kurus Dengan Cepat Dan Sihat

Bagi mereka yang di dalam proses menurunkan berat badan, anda perlu mengetahui beberapa jenis  minuman yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat. 

Minuman ini tidak mendatangkan kesan sampingan. Anda tidak perlu risau. Siapa yang tak nak kurus dengan cepat kan. Diet dah lama dah tapi tak nampak pun kesannya. Sama je. Dah naik bosan dah nak diet ni. Jangan begitu ok. Teruskan diet anda. Jangan berputus asa. 

Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua 3 jenis minuman penting yang boleh membantu anda mendapatkan berat badan yang diidam-idamkan dengan lebih cepat dan berkesan. 

Jom kita lihat air apakah yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan pantas. Teruskan pembacaan anda.


Jus Lemon dan limau nipis (jus detox)

Buah-buahan sitrus seperti buah lemon dipercayai sangat membantu dalam proses mencuci dan membersih usus yang kotor. Ia berkuasa untuk menyingkirkan toksin dalam badan. 

Untuk kesan yang lebih hebat jus lemon boleh dicampur dengan jus limau nipis. Buah-buahan ini yang kaya dengan Vitamin C membnatu mengubah lemak kepada tenaga. Anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Amalkan pengambilan jus ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.


3 Minuman Terbaik Untuk Kurus Dengan Cepat Dan Sihat

Minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun serta toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh. Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan, khususnya pada bahagian hati tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. 

Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan. 


Jus sayuran

Jus sayu-sayuran juga dapat membantu anda menurunkan berat badan. Sayur-sayuran yang boleh anda amalkan di dalam diet adalah seperti kubis, brokoli, timun, lobak, bunga kubis dang sebagainya.

Jus selain membantu mengurangkan berat badan, jus juga membantu merawat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, hati, dan buah pinggang.

Selain tu, sayuran ini juga dapat membantu tubuh mengimbangi paras hormon dalam badan serta meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisme dah meningkat, badan akan memproses lemak di dalam badab dengan lebih cepat dan berkesan. 


Klik di sini untuk mengetahui makanan yang boleh membantu anda meningkatkan kadar metabilosme 

Makanan Yang Membantu Tingkatkan Metabolisme



3 Minuman Terbaik Untuk Kurus Dengan Cepat Dan Sihat

Jus antara kaedah perubatan paling baik kerana ia berbentuk cecair dan organ dalaman tidak perlu bekerja keras untuk menyerap zat-zat diperlukan badan, berbanding tablet.

Jus juga mengandungi khasiat yang padat. Jus disarankan kerana mengandungi enam keperluan utama badan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan zat galian serta air.


Teh Hijau

Teh hijau telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu lagi disebabkan khasiatnya yang pelbagai. Antara manfaat teh hijau ialah membantu menurunkan berat badan. Teh hijau juga antara minuman yang boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme badan kita. Dengan mengamalkan minum teh hijau setiap hari mampu membakar lemak dengan lebih cepat.


3 Minuman Terbaik Untuk Kurus Dengan Cepat Dan Sihat

Teh ini amat sesuai untuk membakar kalori 
 dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Teh hijau juga membantu meningkatkan tenaga secara menyeluruh dan juga untuk mengurangkan selera makan. Teh hijau sangat terkenal dalam kalangan orang Jepun, dan ia juga dikatakan dapat membantu kita meredakan tekanan (stress). 

Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan. Selain itu antioksidan yang terdapat di dalam teh hijau boleh membnatu mencegah kanser dan  juga penyakit jantung.

Ini adalah antara 3 minuman yang boleh membantu kita menurunkan berat badan secara semula jadi dan yang paling penting berkesan. Hampir kesemuanya bertujuan untuk menambahkan metabolisma badan yang penting untuk pembakaran lemak. Selamat mencuba!

Di mana anda boleh dapatkan teh hijau yang asli??
Sudah pasti Shaklee menyediakan anda teh hijau yang berkhasiat. 

Saya juga mengamalkan minum teh hijau Shaklee ini iaitu Cinch Energy Tea Mix. Cinch Energy Tea Mix bukan sahaja mengandungi teh hijau yang asli, malah di dalamnya terdapat ekstrak teh putih dan teh merah.  

Cinch Energy Tea Mix dipek dalam bentuk stik memudahkan untu dibawa ke mana sahaja. Senang untuk disediakan. Untuk rasa yang lebih umphh, saya akan mencampurkan dengan sedikit perahan limau nipis atau lemon. Memang terangkat. 

Untuk menambahkan rasa, boleh juga dicampur dengan sedikit madu. Maklumlah rasa teh hijau ni agak pahit.

Comments

  1. Saya juga amalkan jus detox ni. Memang membantu dalam mengempiskan perut.

    ReplyDelete
  2. Saya suka minum teh hijau sedap ^ ^

    Jaga kesihatan anda, keluarga dan rakan2 anda juga dengan meminum air yg bersih :)
    https://cuckoodrink.blogspot.my/

    ReplyDelete

Post a Comment