10 Tip Rawatan Untuk Mengatasi Kulit KOMBINASI

Kulit kombinasi bermaksud berminyak dan kering. Kebiasaannya wanita yang mempunyai kulit kombinasi kulit wajahnya akan berminyak di sekitar dahi, hidung dan dagu. 

Manakala mengalami masalah kering di bahagian pipi dan mata. Keadaan ini menyukarkan seseorang wanita itu untuk memilih produk dan rawatan yang sesuai dan tepat dengan kulit wajahnya.

Silap memilih boleh mengundang masalah yang menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih teruk seperti kulit menjadi kering, terlalu berminyak, jerawat mula hinggap dan kulit menggelupas. 


Di sini saya ingin berkongsi 10 tips penjagaan kulit wajah untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi kering dan berminyak. 

#1 PILIH PEMBERSIH WAJAH YANG SESUAI
Kulit kombinasi agak sensitif. Jadi anda dinasihatkan untuk mengelakkan dari menggunakan pembersih wajah berbentuk sabun atau berbuku kerana ia mengandungi detergen yang boleh membuatkan kulit menjadi lebih kering. 

Sebaiknya gunalah pembersih wajah yang berbentuk air, tekstur gel atau minyak. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik anda sangat digalakkan menggunakan produk yang kandungannya terdiri daripada mineral tanah liat. 

Ia berfungsi menyerap lebihan minyak pada wajah tanpa membuatkan kulit kering.

#2 GUNA PENYEGAR
Pastikan anda menggunakan penyegar wajah yang mengandungi antioksidan berasaskan air selepas membersihkan wajah dengan pembersih muka. 

Ia membantu mengimbangkan minyak dan menjadikan kulit wajah lebih segar. Pilihlah penyegar khas yang tidak mempunyai alkohol.

#3 PELEMBAP KHAS
Pilihlah pelembap yang berbentuk gel atau losyen yang mempunyai air yang banyak. tujuannya untuk melembapkan kulit yang kering tanpa membuatknnya berminyak. 

Di bahagian yang kering iaitu kawasan mata, bibir dan pipi sapulah pelembap secara teratur. Manakala untuk kawasan yang berminyak sapulah pelembap secara tipis sahaja.

#4 ALAS BEDAK YANG TEPAT
Pilih bedak alas jenis matte atau press powder (bedak kompak) yang mengandungi pelindung sinar UV sekurang-kurangnya SPF 15. Ia berfungsi membantu mengawal minyak berlebihan dan sekaligus mengelakkan kulit menjadi kering.
#5 KRIM PELINDUNG CAHAYA MATAHARI
Pakailah krim muka yang mempunyai perlindungan cahaya matahari yang mengandungi titanium dioxide. zinc oxide atau avobenzone. Pemilihan produk yang tepat mempengaruhi kelembapan dan kehalusan kulit.

#6 BEDAK TABUR
Penggunaan bedak tabur memberikan penampilan yang lebih natural dan semulajadi. Ia mudah meresap dan membuatkan kulit lebih licin sekata kerana litupannya lebih baik dan yang paling penting tidak bercapuk. 

#7 MASKER WAJAH
Amalkan masker wajah yang berasaskan sumber semula jadi seperti timun, tomato dan lidah buaya. anda yang tiada masa untuk mengunakan masker semulajadi boleh mendapatkan masker yang berada di pasaran. 

tapi awas!! Pastikan masker yang dipilih adalah berbentuk gel atau clay (tanah liat) untuk bahagian wajah yang berminyak (dagu, dahi dan hidung). Untuk kawasan wajah yang kering (pipi, mata dan bibir) pilihlah masker krim yang khusus.

#8 SUPLEMEN
Anda sangat digalakkan mengambil vitamion dan suplemen. Produk kecantikan hanya melawat dari luar sahaja. Vitamin dan suplemen merawat dari dalam. 

Kita digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi antioksidan iaitu Vitamin A, Vitamin C, vitamin E dan Zink

Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E merupakan vitamin antioksidan yang berfungsi menghalang serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan manusia. 

Manakala Vitamin Zink pula membantu merawat jerawat dan berfungsi sebgai anti penuaan. Pengambilan suplemen membantu membekalkan nutrien dan mineral yang mencukupi untuk keperluan tubuh. 

Kekurangan vitamin dan mineral boleh menyebabkan berlakunya beberapa masalah pada kulit wajah kita.


#9 RAWATAN MALAM
jangan biarkan waktu malam berlalu begitu sahaj tanpa dimanfaatkan sepenuhnya. Sapukan penyegar selepas membersihkan wajah kemudian diikuti dengan krim malam dam krim mata. pilih produk krim malam yang mengandungi tretinion. Ia membantu ketika proses pertumbuhan sel baru ketika anda tidur.

#10 MINUM AIR SECUKUPNYA
Untuk mendapatkan kulit yang cantik, kenalah minum air yang mencukupi. Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas. ia membantu wajah nampak lebih segar, berseri dan lembap.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. 
selamat beramal.

Sumber: Mingguan Wanita

Comments