Setiap anggota tubuh yang diciptakan oleh Allah mempunyai fungsi dan hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan kuku. Walaupun kuku ni nampak kecik je kan tapi ia boleh digunakan sebagai panduan untuk mengenal pasti penyakit tertentu dan tahap kesihatan kita.
Jadi jangan ambik mudah sebarang perubahan pada warna, rupa dan bentuk kuku kerana ia mungkin menjadi petanda atau simptom kepada penyakit seperti anemia, masalah jantung, psoriasis, kegagalan hati, diabetes dan kekurangan zat.
Nak kuku sihat dan cantik berseri bukan setakat penjagaan luaran je yang kena buat, penjagaan dalaman perlulah dititikberatkan. Penjagaan dari dalam adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi vitamin dan nutrien yang tertentu. Pengambilan vitamin, mineral dan nutrien ini akan membantu menyokong perkembangan, pembentukan dan kekuatan sel kuku baru.
Jom kita tengok 8 Vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh kuku kita agar ia sentiasa sihat dan kuat. Bila kuku sihat badan kita juga sihat dan yang pastinya kulit kita juga akan kekal cantik. Semuanya saling berkait kan.
1. Biotin
Biotin ni vitamin B kompleks yang juga dikenali dengan nama Vitamin B7. Fungsinya untuk menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat dan membantu dalam metabolisme asid amino yang membina protein yang penting untuk pertumbuhan kuku.
Korang boleh dapatkan biotin dalam makanan seperti kuning telur, produk tenusu, ikan salmon, avocado, ubi keledek, kekacang dan bunga kubis.
2. Vitamin B yang lain
Vitamin B lain seperti B9, B12 dan juga asid folik juga penting untuk kesihatan kuku. Vitamin B12 memainkan peranan dalam penyerapan zat besi serta perkembangan sel darah merah. Kedua-duanya amat diperlukan untuk memastikan kuku sihat dan kuat.
Asid folik atau Vitamin B9 juga penting untuk perkembangan kuku dan kesihatan dengan menyumbang kepada pembentukan sel darah merah dan perkembangan sel-sel baru. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan perubahan pigmen pada kuku dan kuku menjadi rapuh.
Antara makanan yang mengandungi asid folik adalah seperti sayur-sayuran berdaun hijau gelap, buah sitrus, kekacang dan avocado.
3. Zat Besi (Iron)
Oleh kerana oksigen diperlukan untuk kuku yang sihat, kekurangan zat besi atau anemia boleh menyebabkan rabung (garis-garis halus) pada kuku atau kuku menjadi cengkung atau seperti sudu di dalam kuku.
Makan makanan yang kaya dengan vitamin C bersama sumber makanan zat besi berasaskan tumbuhan boleh meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan.
4. Magnesium
Magnesium adalah mineral yang terlibat dalam lebih daripada 300 reaksi dalam badan kita, termasuklah sintesis protein, yang diperlukan untuk pertumbuhan kuku.
Sayuran berdaun hijau gelap, quinoa, badam, kacang, kacang tanah dan soya adalah sumber magnesium yang baik.
5. Protein
Kuku terutamanya dibuat daripada protein struktur fibrous yang dipanggil keratin. Inilah yang memberikan kuku kekuatan dan daya tahan mereka. Ia juga melindungi kuku kita dari kerosakan atau tekanan.
Pengambilan protein yang cukup melalui diet adalah penting untuk meningkatkan pengeluaran keratin dan dapat menghasilkan kuku yang kuat, manakala pengambilan protein yang rendah boleh menyebabkan kuku menjadi lebih lemah.
6. Asid Lemak Omega 3
Asid lemak Omega-3 boleh membantu melincirkan dan melembapkan kuku, memberikan rupa yang berkilat. Asid lemak ini juga boleh mengurangkan keradangan di tempat kuku, menyuburkan dan menggalakkan kesihatan sel-sel. Kekurangan asid lemak omega-3 boleh menyumbang kepada kuku kering dan rapuh.
7. Vitamin C
Vitamin C adalah penting untuk pengeluaran kolagen, protein yang memberikan bentuk dan kekuatan kepada banyak tisu dan merupakan blok untuk membina kuku, rambut dan gigi. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kuku menjadi rapuh, serta pertumbuhan kuku perlahan.
8. Zink
Zink diperlukan untuk proses pertumbuhan dan pembahagian sel. Kuku terdiri daripada sejenis sel yang tumbuh dan dibahagikan dengan pantas. Oleh kerana pengeluaran yang pantas ini, bekalan zink diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan kuku yang sihat.
So lepas baca ni boleh check kuku masing-masing ada tak tanda-tanda kuku yang tidak sihat. Kalau ada cepat-cepatlah bertindak. Makan makanan yang sihat dan seimbang untuk kekalkan kesihatan kuku kita. Bila badan sihat kuku pun sihat juga. InsyaAllah.
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856