6 Makanan Yang Boleh Mengurangkan Kalsium Dan Melemahkan Tulang Kita

Menjaga kesihatan sejak kecil adalah sangat penting kerana pertumbuhan tulang akan terhenti apabila kita mencapai umur 20 tahun.Tulang yang sihat menjadi faktor terpenting untuk kita menjalani hidup yang aktif. 

Kalsium yang tidak cukup dan tulang yang bermasalah akan menjadi penghalang untuk kita melalui aktiviti harian. Kalsium ialah mineral yang diperlukan untuk membina tulang dan mengekalkannya sihat. 
Sekitar 99 peratus daripada kalsium tubuh didapati dalam tulang dan ia diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang yang normal. Ia juga membantu pembekuan darah, transmisi neuron dan pengecutan otot.

Apa yang kita makan sangat mempengaruhi kesihatan tulang. Begitu juga dengan aktiviti seharian. Maka, kita semua sepatutnya tidak memandang enteng kepentingan pemakanan sihat yang akan memberi kesan besar kepada kesihatan dan kekuatan tulang.

Jom kita tengok makanan yang boleh mengurangkan kalsium dan melemahkan tulang kita.

Makanan Masin


Lebih masin sesuatu makanan itu, lebih banyak kalsium yang akan hilang melalui air kencing. Jadi kurangkan makanan proses kerana makanan ini biasanya tinggi kandungan garam. 

 Makanan Yang Boleh Mengurangkan Kalsium Dan Melemahkan Tulang Kita

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang telah putus haid (menapause) dengan diet garam yang tinggi  akan kehilangan lebih banyak mineral tulang daripada wanita lain pada usia yang sama. 

Soda


Kebiasaannya minuman soda dan berkarbonat ni mengandungi asid fosforik yang boleh meningkatkan perkumuhan kalsium dalam air kencing. Air soda dan yang sewaktu dengannya memang sedap diminum terutama bagi yang dah ketaguh kan Tapi awas ye kesan buruknya sangat la banyak.
 Makanan Yang Boleh Memusnahkan Kalsium Dan Melemahkan tulang
Kajian menunjukkan wanita yang telah putus haid (menapause) yang mengambil minuman ini mengalami risiko tinggi patah tulang pinggul.

Kafein


Setiap 100 miligram kafein yang kita minum, badan akan kehilangan 6 miligram kalsium. Kafein mengandungi efek diuretik yang menyebablan kehilangan kedua-dua air serta kalsium. Kesan yang lebih ketara jika korang minum dua atau lebih cawan kopi setiap hari.
 Makanan Yang Boleh Memusnahkan Kalsium Dan Melemahkan Tulang Kita

Daging Merah


Daging mengandungi 2 hingga 5 kali lebih banyak asid amino yang mengandungi sulfur daripada makanan berasaskan tumbuhan. Semasa proses menukar sulfur menjadi sulfat, tulang larut ke dalam aliran darah dan ditapis melalui buah pinggang ke dalam air kencing.
Laporan menunjukkan bahawa apabila protein haiwan tidak diambil dalam diet harian, kehilangan kalsium dapat dikurangkan menajdi separuh. 

Merokok


Kajian yang dilakukan terhadap kembar yang sama telah menunjukkan bahawa perokok jangka masa panjang mempunyai risiko retak tulang 44% lebih tinggi berbanding dengan kembar mereka yang tidka merokok.
 Makanan Yang Boleh Memusnahkan Kalsium Dan Melemahkan Tulang Kita

Merokok boleh mengurangkan bekalan darah ke tulang. Nikotin yang terdapat dalam rokok melambatkan pengeluaran sel penghasil tulang. Ia juga memberi kesan kepada keseimbangan hormon estrogen di dalam badan. Hormon ini sangat penting untuk membina dan mengekalkan tulang. 

Apabila seseorang itu mengalami masalah kekurangan kalsium (hipokalsemia) simptom-simptom berikut akan muncul iaitu rasa kebas dan berdenyut-denyut di bahagian jari, kejang otot, sawan, keletihan, kurang selera makan serta rentak jantung yang tidak normal. 

Makanan Yang Boleh Memusnahkan Kalsium Dan Melemahkan Tulang Kita
Kekurangan kalsium dalam masa yang panjang akan menyebabkan penurunan ketumpatan jisim tulang (osteopenia) dan akhirnya membawa kepada masalah tulang rapuh (osteoporosis).

Untuk mengekalkan kesihatan tulang, kita hendaklah mendapat bekalan kalsium yang mencukupi. Gaya hidup dan diet yang sihat memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kalsium dan nutrian yang lain dapat diserap untuk membentuk tulang yang sihat dan kuat sehingga akhir hayat.

Comments