6 Golongan Yang Perlukan Lebih Protein

Protein ni ada diseluruh tubuh kita. Protein sangat penting dalam membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein merupakan komponen utama semua sel kulit, rambut dan tulang.

Badan manusia memerlukan protein yang cukup untuk menghasilkan enzim penting bagi fungsi tubuh dari pencernaan hingga pembiakan. 

mereka Yang Perlukan Lebih Protein

Protein juga sangat penting untuk menyeimbangkan hormon, menyokong sistem imun (sistem pertahanan tubuh) dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi sepanjang hari. 

Bagi yang mudah penat, tak cukup tenaga, mengantuk je memanjang itu salah satu tanda badan tak cukup protein. Dan banyak lagi tanda-tanda yang akan muncul bula badan kita tak cukup protein.

6 Golongan Yang Perlu Ambil Lebih Protein


Ada 6 golongan yang perlukan lebih protein. Maksudnya 6 golongan ini perlu makan lebih protein setiap hari.

1. Mereka yang suka makan dan minum manis

Makanan dan minuman yang tinggi gula dapat meningkatkan paras gula dalam darah. Keadaan ini akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan.


Jadi pengambilan protein yang lebih dapat membantu:

  • menstabilkan paras gula dalam darah
  • membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.

2. Golongan pertengahan usia

Apabila seseoramg itu memasuki usia pertengahan, prestasi badan akan mengalami penurunan seperti kehilangan otot.


Jadi penting sangat golongan ini mengambil protein yang banyak untuk membantu:
  • melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
  • merendahkan risiko mendapat penyakit berkaitan jantung seperti kolesterol tinggi.

3. Ibu mengandung

Ibu-ibu yang sedang mengandung sangat digalakkan ambil protein yang lebih untuk:
  • menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
  • membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
  • membantu ibu-ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.

4. Ibu yang menyusukan anak

Ibu yang menyusukan anak memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan anak.

ibu yang menyusukan anak Perlukan Lebih Protein

Pengambilan protein yang lebih sangat penting untuk:
  • mengekalkan kesihatan ibu untuk menghasilkan susu ibu
  • pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah komponen penting di dlaam susu ibu.

5. Menjaga berat badan

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan mereka yang kadar metabolisme rendah.


Maka pengambilan protein yang lebih dalam diet harian penting untuk:
  • meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.
  • membantu mengawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusnya.
  • mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot dalam badan kita, maka lebih tinggi kadar metabolisme kita.

6. Bina badan

Otot bagi golongan ini memerlukan sokongan apabila mereka melakukan latihan kecergasan atau rintangan. Jadi pengambilan protein yang lebih penting untuk:
  • membina semula dan memperbaiki otot.
  • membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.

Cara yang paling mudah untuk kita tingkatkan pengambilan protein adalah dengan pengambilan serbuk protein atau suplemen (makanan tambahan).

Comments