PASKAL THE MOVIE Filem Aksi Malaysia Yang Terbaik

Saya bukanlah seorang kaki wayang. Sejak tahun lepas saya mula berjinak-jinak dengan wayang. Dan tahun lepas la kali pertama seumur hidup saya melangkah tengok wayang. Masa pergi tu tak tahu nak tengok cerita apa sebenarnya. Sudahnya saya tengok cerita Wave lakonan Andy Lau. Masa tu dok rasa cerita tu best kot. Tak best sangat hero meninggal dunia.

Paskal The movie adalah filem keempat yang saya tonton di panggung wayang. And the best part is PASKAL The Movie filem aksi Malaysia yang terbaik. Bila PASKAL The Movie official trailer keluar memang rasa ketrujaan nak tengok tu sangatlah tinggi. Di tambah sebelum tu ada juga ternampak posting pelakon-pelakon filem ni kat instagram diaorang gambar BTS semasa shooting. lagilah saya rasa aku mesti tengok citer ni.


Filem yang menelan belanja sekitar RM12 juta ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Sebab utama saya begitu teruja nak tengok Paskal kerana ia satu-satunya filem di Malaysia yang mengenengahkan fungsi total unit Paskal. Kisah di dalam filem ini diadaptasi dari kejayaan PASKAL unit khas organisasi Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL). 



Menurut kata Pengarah Paskal the movie Adrian Teh, pakar senjata dan pegawai PASKAL akan berada di lokasi penggambaran untuk memastikan penggunaan senjata api dan bahan api tidak tersasar.

Kata Adrian lagi, panglima TLDM meminta setiap pelakon yang membawa watak sebagai anggota PASKAL menjalani latihan asas pasukan itu supaya mereka dapat merasai keadaan sebenar anggota PASKAL.  Latihan ini dibuat di Lumut. Bagi saya latihan ini sangat penting supaya pelakon dapat menjiwai watak masing-masing dengan lebih berkesan.

Jalan cerita di dalam filem Paskal diinspirasikan dari dua misi sebenar iaitu Univem II (Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu) di Angola pada tahun 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel pada tahun 2011.



Saya yakin ramai rakyat Malaysia kurang pengetahuan tentang unit elit ini. Sama juga macam saya. Pernah la dengar pasal PASKAL ni tapi secara detailnya memang tak tahu. So berbangga la kita sebagai rakyat Malaysia kerana kita juga ada pasukan elit yang hebat setanding pasukan elit Amerika Syarikat SEAL.

Tahniah kepada Pengarah, penulis skrip, pelakon-pelakon dan semua krew yang terlibat dalam menjayakan naskhah yang sangat hebat ini. 


Secara keseluruhan filem ini sangat best dan saya sangat berpuas hati. Jalan cerita yang penuh emosi dan aksi-aksi yang mendebarkan. Permulaan cerita pun dah rasa wow sangat. Bila keluar scene-scene sedih tu memang bergenang juga la air mata terutama bila Joshua meninggal dunia.

Saya bagi 9 markah daripada 10. Kenapa tak dapat markah penuh? hihihi. sebabnya saya tak puas hati kenapa mak Arman tak pakai tudung. Bagi saya kebiasaannya kaum wanita kat Malaysia ni akan bertudung bila dah berusia. Mak Arman bukanlah artis atau somebody yang ada nama. Orang kampung ni bila dah tua biasanya akan bertudung.


Apa pun filem ini memang terbaik. Saya sememangnya peminat cerita aksi. Memang kena sangat dengan jiwa saya. Cewah. Hihihi. Drama bersiri SEAL kat AXN tu memang saya layan.


Rasanya itu saja perkongsian saya untuk kali ini. Sesiapa yang tak tengok lagi korang pergilah tengok cepat-cepat. Kalau tak sempat tengok kat pawagam nanti dah keluar kat Astro First korang subscribe la. Jom kita sokong filem tempatan.

------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
+6013-9279846
(whatsApp / Telegram)

Comments

Post a Comment