6 Tabiat Yang Merosakkan Kesihatan Tanpa Kita Sedar

Assalamualaikum. Hai kembali bersiaran. Dah tiga minggu tak update blog. Lepas pilihan raya 9 Mei lepas saya agak sibuk buat soalan exam pertengahan tahun. Lepas tu sibuk menanda kertas exam pulak. Kalau belajar saje tak ada exam kan best. hahaha. Gurau je. Don't take it seious.

Alhamdulillah dah ada waktu free sikit. Boleh la selit-selit untuk update blog. Dok belek-belek majalah iSIHAT keluaran Januari 2108 terbaca pasal tabiat harian kita mencetuskan masalah kesihatan.



Jadi ada baiknya saya share kat sini kan. Mungkin ramai yang tidak tahu. Ilmu yang baik patut dikongsikan. Sebenarnya banyak perbuatan harian yang kita lakukan tanpa sedar ia boleh mendatangkan bahaya untuk kesihatan fizikal dan mental.


6 Perbuatan Harian Yang Boleh Merosakkan Kesihatan Kita


  1. Menonton televisyen terlalu lama 
  2. Menggunakan laptop dan telefon pintar dalam tempoh yang lama. 
  3. Makan bukan sewaktu lapar
  4. Terlalu lama melayari media sosial
  5. Banyak duduk
  6. Meremehkan bahaya pencemaran udara

Menonton televisyen terlalu lama


Menonton TV terlalu lama bukan setakat boleh mencetuskan penyakit tapi kita juga telah membuang masa begitu sahaja. Banyak kerja yang tertangguh kerana kita banyak menonton rancangan televisyen yang mana kalau kita tak tengok tak rugi apa pun.


Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ni lebih elok masa yang dihabiskn dengan menonton TV tu kita gunakan untuk membaca al-quran, berzikir dan membuat amalan sunat yang lain. Setuju??

Menggunakan laptop atau telefon pintar dalam tempoh masa yang lama


Point kedua ni ada betulnya. Saya dah rasa. Minggu lepas saya masa banyak dihabiskan depan laptop untuk menyiapkan soalan exam. Tidur dan rehat pun kurang. Memang stress dan rasa nak muntah pun ada. Sampai satu tahap kepala saya pening dan berpusing-pusing duniaku. Serta merta saya berhenti buat kerja dan baring. 



Menggunakan smartphone jangan tempoh yang lama pun bahaya juga tau. Antaranya ialah tangan kebas dan mata boleh jadi rabun. Yang dah rabun boleh bertambah rabun.

Penggunaan laptop dan telefon pintar yang terlalu lama membuatkan kita banyak duduk dan posisi yang tidak betul. Keadaan ini boleh memberikan tekanan pada leher  dan tulang belakang kita. Leher dan tulang belakang boleh sakit.

Makan bukan sewaktu lapar


Kita biasa saja mendengar ayat ini kan, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Untuk pengetahuan semua mungkin ada yang keliru dan tidak tahu ayat ini bukan hadith Nabi okey. 

Rupanya disebalik wujudny ayat yang baik ini ada kisah yang menarik. Korang boleh klik link kat bawah ni. Ia telah diceritakan secara jelas oleh ilmuan dan ulamak hebat dari Indonesia. 


Walaupun ia bukanlah hadith tetapi ayat ini memberikan manfaat yang sangat banyak untuk kesihatan kita jika diamalkan. Sebab tu la kalau kita nak sihat tubuh badan dan mental makanlah ketika lapar. 

Terlalu lama melayari media sosial


Perkembangan telefon pintar memyebabkan masyarakat hari ini terdedah kepada media sosial yang sangat banyak. Penggunaan media sosial yang tidak terkawal terutama remaja boleh mendatangkan banyak keburukan. 



Sebab tu la kita kena kawal penggunaan telefon pintar ni. Bagi kita yang dah dewasa ni kena la pandai-pandai sendiri kan seimbangkan masa untuk melayari internet dan juga denga perkara lain terutama ibadah. 

Bagi remaja pulak itu tugas penjaga dan mak ayah la kan. Budak sekolah rendah zaman sekarang ni tak macam zaman saya dulu. Diaorang ni lebih canggih, siap ada akaun ig, twiter dan media sosial yang lain. Sebab tu la perlunya kawalan supaya mereka tidak tersalah guna ke arah yang tidak berfaedah.

Banyak duduk


Perbuatan yang banyak duduk ni pun tak bagus juga kan. Peluh tak keluar. Otot-otot kurang bergerak. Lama-lama nanti lemak pun berkumpul dalam badan.

Tak semestinya kita kena keluar rumah untuk banyakkan pergerakan. Kat dalam rumah pun banyak aktiviti yang boleh kita buat dan memerlukan kta bergerak dengan banyak. Seperti mengemas rumah, mencuci toilet, masak memasak dan sebagainya.

Mengambil mudah bahaya pencemaran udara


Perkembangan industri yang pesat dan pertambahan kereta menyebabkan udara kita kotor dan tercemar terutama di kawasan bandar. Kita tak boleh nak lari dah. Sebab tu la kita kena kurangkan berada di luar rumah supaya kita kiurang terdedah kepada pencemaran udara.

Jangan ingat korang duduk dalam rumah dah selamat dari pencemaran udara. Saya ada terbaca sebenarnya udara di dalam rumah juga kotor dan tidak selamat. Dasyat kan.

Seiring dengan perkembagan teknologi telah tercipta alat penapis dan pembersih udara yang boleh kita letak di rumah untuk memastikan udara di dalam rumah sihat dan selamat. 

Banyak brand yang ada kat pasaran. Yang berkemampuan tu silalah beli. Tak rugi pun. Hihihi. Saya tak jual penapis udara tolong promote je. Hahaha. 


Itu saja bebelan saya untuk kali ini. Belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa. Hari ni dah 10 Ramadhan ye kawan-kawan. Tinggal 20 hari lagi. Semoga kita diampunkan dosa-dosa dan sentiasa dirahmati Allah. Aaamiiin.

------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
6013-9279846 (whatsApp / Telegram)

Comments