6 Manfaat Protein Soya Kepada Kaum Wanita Dan Ibu

Assalamualaikum.

Entry terdahulu saya dah kongsi tentang 3 sebab kenapa golongan yang berusia perlu ambil protein tambahan. Hari ni pulak saya nak share tentang kebaikan protein soya kepada kaum ibu dan kaum wanita.

Ibu atau suri rumah adalah pekerjaan tak bergaji yang paling sibuk di dunia. Betul ke betul? Kalau nak senaraikan tugas kaum ibu ni satu helai kertas A4 pun tak cukup agaknya.


Betapa sibuk dan banyaknya tanggungjawab seorang ibu dan wanita ni kan tambah lagi kalau ada kerjaya sendiri. Itu yang kadang-kadang diri sendiri tak terurus, tidur pun tak cukup dan nak makan pun tak sempat. Kalau makan pun ala kadar dan ikut mana yang sempat je kan.


Bila makan pun tak seimbang tu yang jadi tak cukup vitamin. Betul tak? Jadi pengambilan protein soya tambahan sangat membantu kaum ibu dan wanita berkerjaya mendapatkan protein yang mencukupi untuk keperluan dan kesihatan tubuh.

Jom kita tengok bagaimana protein soya dapat membantu kaum ibu menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan bertenaga sepanjang hari.

Membekalkan Tenaga Berterusan


Karbohidrat terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah akan naik mendadak dan kemudiannya turun dengan pantas, menjadikan kita letih, mudah rasa terganggu dan lapar.


Manakala, protein soya memberikan kesan yang berlainan. Ia adalah makanan dengan indeks glisemik (GI) rendah yang dapat membantu mengekalkan tahap insulin dan gula darah yang sihat, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan memberikan kaum ibu tenaga berterusan untuk sepanjang hari.

Meningkatkan Seri Kulit


Untuk kulit yang berseri, kulit kita memerlukan protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda.

Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.

Menguatkan Rambut dan Kuku


Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamannya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kita akan kelihatan nipis dan rapuh.


Melegakan Ketidakselesaan Perut


Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan kaum ibu dan wanita mengabaikan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Ini boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan.


Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan lazat yang cepat boleh disediakan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut kita sentiasa sihat.

Menyokong Kehamilan Yang Sihat


Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar.

Pengambilan protein soya secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.


Menggalakan Penghasilan Susu Ibu


Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. 

Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar dan menggembirakan.

Mana nak dapatkan produk protein soya yang terbaik di dunia? Tak payah peningkan kepala nak fikir. Pilih la protein soya Shaklee iaitu Energizing Soy Protein atau nama manjanya ESP. ESP telah menjadi protein soya pilihan saya sekeluarga sejak 2014. 

Korang berminat nak tahu lebih lanjut tentang ESP? Boleh ajukan segala persoalan berkaitan ESP dan produk Shaklee di nombor yang tertera di bawah. Terima kasih kerna sudi membaca sehingga titik terakhir. 

-------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
6013-9279846 (whatsApp / Telegram)


Disclaimer:
"Produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Ia hanyalah supplemen iaitu vitamin (makanan tambahan) untuk memberikan kita kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih berkualiti. InsyaAllah."

Comments

  1. ESP soya pilihan sy juga.. Mmg sgt2 membantu bg tenaga, elak letih dan lemau. Lbh2 lg ibu2 menyusu mcm sy..huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment