Atasi Masalah Kemurungan, Kurang Motivasi Dan Sukar Fokus Sebelum Menjadi Lebih Teruk

Penyakit kemurungan telah dikenalpasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini. Kajian juga meramalkan bahawa penyakit kemurungan akan menjadi penyebab utama masalah kesihatan dalam negara-negara membangun menjelang tahun 2020.


Antara faktor yang menyebabkan penyakit kemurungan ialah ketidakseimbangan bahan kimia atau hormon di dalam otak. Hormon utama yang sering dikaitkan ialah serotonin. Antara hormon lain yang turut terlibat ialah norepinephrine dan dopamine. Bahan-bahan ini diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal dalam mengawal perasaan kita.

Oleh itu, kegagalan dalam penghasilan atau peningkatan dalam pemusnahan bahan-bahan ini akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bahan kimia ini dan seterusnya menjurus seseorang itu menghidap penyakit kemurungan .


Korang tahu tak masalah kemurungan, kekurangan motivasi, atau kesukaran dalam pemfokusan dan memberi tumpuan adalah sangat berkait rapat dengan kekurangan aktiviti neurotransmitter di dalam otak..

Apa ke benda pulak neurotransmitter ni?? Neurotransmitter ialah bahan kimia di dalam otak yang berfungsi membawa maklumat otak kita dari sel-sel saraf atau neuron kepada reseptor sel yang membawa impulseelektrik melalui saraf tunjang dan keluar kepada saraf-safar di dalam tubuh.

Panjang pulak maksud neurotransmitter ni eh..Senang citer ni neurotransmitter ni bahan kimia yang terapung di dalam otak yang berfungsi menghantar signal (isyarat) dari satu neuron atau sel ke bahagian tubuh yang berbeza untuk memberitahu mereka bagaimana untuk beroperasi dan berkomunikasi.



Neurotransmitter ni mengawal banyak fungsi kesihatan tubuh kita. Bila ia tak seimbang tu yang jadi macam-macam masalah gangguan mood seperti kemurungan dan kebimbangan, obesiti dan insomnia (gangguan tidur). 

Sebab tu la apa yang kita makan bukan saja mempengaruhi kesihatan tubuh kita tapi kesihatan otak juga. Apa yang kita makan terutamanya ASID AMINO akan digunakan untuk mengeluarkan neurotransmitter.

Kalau dah badan tak cukup asid amino camne neurotransmitter nak berfungsi. Jadi neurotransmitter juga perlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk berfungsi dengan betul.


Vitamin Shaklee Untuk Tingkatkan Fungsi Neurotransmitter Di dlaam Otak




Antara vitamin yang boleh diambil untuk tingkatkan fungsi neurotransmitter kita ialah Energizing Soy Protein (ESP), Lecithin, B-complex, Omega Guard


Energizing Soy Protein (ESP)

mengandungi asid amino yang diperlukan oleh otak untuk menghasilkan neurotransmitter yang seimbang dan dapat berfungsi dengan baik.


LECITHIN

Kaya dengan kolina (choline) satu komponen asetilkolina neurotransmitter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Ia juga berfungsi dalam mempertingkatkan daya ingatan, meringankan stress, mempertingkatkan kuasa pembelajaran dan menghalang Alzheimer.

B-Complex


Di dalam B-Complex mengandungi vitamin B-1 iaitu thiamine. Ia sangat penting bagi menyokong metabolism dan membantu otak berfungsi dengan lebih baik. Ia juga memastikan sistem saraf tunjang dan saraf periferi (yang menghubungkan antara saraf tunjang kepada otot dan tisu di seluruh tubuh yang lain) berfungsi dengan tahap yang terbaik. 



Secara lebih tepat Vitamin B-1 berfungsi dalam metabolism gula ringkas (glukos), menghasilkan neurotransmiter dalam otak (yang menghubungkan sel-sel dalam otak) dan meningkatkan kebolehan kanak-kanakdalam proses pembelajaran. 

B-complex sangat diperlukan untuk memastikan nerotransmitter dapat bekerja dengan cekap. 


Omega Guard

Mengandungi asid lemak omega 3 atau minyak iakan sangat membantu dalam mensintesis neurotransmitter yang mencukupi untuk menghantar mesej yang berkesan. asid lemak omega-3 juga membantu membina sambungan saraf yang betul dan membantu mewujudkan halangan yang melindungi saraf sepanjang hayat.



Jadi bagi korang yang rasa stress sokmo, murung tak bertempat, tak ada motivasi memanjang tu itu menunjukkan neurotransmitter korang tak seimbang dan sel-sel tak berhubung dengan baik.

Jangan ingat budak2 je nak kena cukup DHA dan EPA, kita yang tua ni pun kena cukup juga tau. Bila umur dah makin tua banyaklah nutrisi yang hilang. Zaman sekarang ni kita dah tak boleh nak mengharapkan makanan yang kita makan setiap hari tu saja untuk membekalkan segala zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita.

Kita kena sedar bahawa industri pertanian di dalam negara banyak mengimport sayur-sayuran dan buah-buahan. Industri pertanian hari ini tidak lagi menggunakan peralatan lama dan baja asli tanpa racun. 

Tanah pertanian kita telah digunakan berulang-ulang kali menyebabkan tanah pertanian itu mengalami kekurangan nutrien sehingga kita terpaksa menggunakan baja kimia bagi menyuburkan semula tanah yang semakin hilang zat galiannya.

Banyak lagi faktor kenapa kita perlu ambil supplemen. Tepuk dada tanya iman okey. InsyaAllah di lain entry saya akan hurai kenapa kita perlu amalkan supplemen.

Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
6013-9279846

Comments