Kulit Kusam Punca Wajah Nampak Tua Dan Tidak Bermaya

Masalah kulit kusam tidak mengenal usia. Jangan ingat aku masih muda tak akan ada masalah kulit kusam. No no no. Itu adalah sangkaan yang salah sama sekali. Mereka yang ada masalah kukit kusam ni biasanya kita tengok kulit dia tu macam tak berseri je kan. tak bermaya gitu. Walaupun berbedak dan berlipstik bagai. 

Dan yang paling tak syok kulit kusam menjadikan kita nampak letih dan tua dari usia sebenar walaupun berehat secukupnya. Orang perempuan ni cukup sensistif bila ada orang teka umur lebih tua dari usia yang betul. Kalau saya la maunya sentap setahun kot. Hihi..


Kulit Kusam Punca Wajah Nampak Tua Dan Tidak Bermaya

Oklah jom kita tengok apa punca-punca yang menyebabkan kulit wajah menjadi kusam tidak berseri.


5 Sebab Kulit Menjadi Kusam Tidak Berseri



Habuk dan pencemaran

Mereka yang berada di bandar-bandar besar sangat terdedah dengan habuk dan persekitaran yang kotor. Untunglah mereka yang duduk di kampung kan. Udara fresh, tak ada asap kilang, tak ada asap kereta. Walaupun duduk dalam rumah kita tak dapat nak elak dari pencemaran dan habuk.

Sebab tu pentingnya kita cuci wajah 2 kali sehari supaya habuk dan segala kekotoran yang melekat kat kulit muka kita tu dapat dinyahkan. 

Pendedahan kepada sinaran matahari

Gabungan haba dan sinaran UV yang berbahaya menyebabkan kulit menjadi kusam. Ini keran asinaran matahari boleh menghilangkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit kasar dan berkedut. Pendedahan kepada sinaran cahaya matahari secara berterusan dalam tempoh yang lama menjadikan kulit cepat kusam dan mempercepatkan proses penuaan.

Sebab tu pentingnya kita menggunakan tabir suria atau penghalang matahari (sunblock) untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV yang boleh mempercepatkan penuaan kulit. (Pembentukan kedutan, kulit hilang anjal, pigmentasi, jeragat dan tona kulit tidak sekata).

Diet yang tidak sihat

"You are what you eat". Kesihatan kulit mencerminkan apa yang kita makan. Nak kulit cantik berseri kenalah jaga makan. tak boleh la hari-hari makan KFC je. Makanan proses, makanan dalam tin dan makanan segera merupakan makanan yang tinggi gula dan lemak. 

Makanan ni semua sangatlah tidak baik bukan untuk kulit je tapi untuk kesihatan jugaRamai yang tahu tapi susah nak elak. Betul tak? Nak kulit cantik dan sihat kenalah control nafsu makan. 

Penjagaan kulit yang tidak betul

Nak kulit cantik berseri kena rajin bersihkan kulit wajah tu sekurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Ini sangat penting supaya make up, debu dan segala kekotoran yang melekat kat kulit dapat dibuang.

Pemilihan produk penjagaan kulit juga sangat penting tau. Jangan main rembat je. Belilah produk yang dihasilkan dari bahan botani dan semulajadi. Sanggup ke kita sapu kat muka produk yang ada bahan kimia? Memanglah masa kita guna tu tak ada kesan apa2 kan. Tapi untuk jangka panjang macam-macam penyakit boleh berlaku kan.

Jangan tak tahu ye produk yang ada bahan kimia ni bila kita sapu kat muka bahan kimia tu boleh meresap masuk ke dalam organ-organ badan kita tau.   

Minum air yang tidak cukup

Satu lagi benda yang paling senang nak buat tapi ramai yang gagal. Minum air yang banyak dan mencukupi, susah sangat ke? 

Air yang tidak mencukupi mengurangkan aliran darah ke kulit dan menjadikan kulit nampak pucat dan sakit. Sel-sel kulit kita ni terdiri daripada air. Jadi bila air dalam badan tak cukup sel-sel tidak dapat berkerja dengan baik. kekurangan air di dalam badan dalam tempoh yang lama menyebabkan kulit cepat berkedut dan kendur.

Apa nak buat kalau korang ada masalah kulit kusam ni? Nak biarkan je ke..Oh tidak..jangan ada yang berfikir sebegini ok. Ia sangat tidak patut dan merugikan anda..

Kalau korang ada masalah kulit kusam masih belum terlambat untuk mengatasinya. Selain merawat secara luaran penjagaan dalaman juga sangat penting tau.


Cadangan produk dan jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah kulit kusam dengan berkesan dan cepat.


Di sini saya ingin cadangkan produk terbaik untuk mengatasi masalah kulit kusam dengan berkesan dan cepat tanpa ada kesan sampingan yang tidak diingini.

Produk yang saya maksudkan tidak lain tidak bukan tentulah rangkaian suplemen Shaklee dan penjagaan kulit NutriWhite Shaklee.




Jom kita berkenalan dengan setiap suplemen ini. Bagaimana suplemen Shaklee boleh membantu mengatasi kulit kusam dengan cepat dan berkesan?

Energizing Soy Protein (ESP)

  • ESP merupakan asid amino iaitu sejenis protein yang sangat penting dan diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru. Badan kita menggunakan protein untuk membina dan membaiki tisu. Ia juga penting dalam menghasilkan otot, kulit, tisu, tulang, sendi, rambut, darah dan pelbagai organ penting yang lain. 
  • ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. ESP juga boleh mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu.

Sustained Release Vita-C (Vitamin C)

  • Vitamin C merupakan antioksidan yang berkesan yang boleh membantu melawan tanda-tanda penuaan kulit. 
  • Vitamin C membantu merangsang penghasilan kolagen dalam kulit kita. Kolagen sangat penting untuk memastikan kulit tegang dan lembut. Jadi nak kulit cantik dan awet muda wajiblah ambil Vitamin C setiap hari.
  • Vitamin C juga berfungsi memutihkan dan memulihkan keadaan kulit kusam serta mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini

Vita-E Complex (Vitamin E)

  • Vitamin E ialah antioksidan yang sangat berkesan melawan radikal bebas untuk kulit yang cantik dan sihat. Radikal bebas adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti merokok, pencemaran udara dan sinaran matahari. Radikal bebas adalah salah satu punca utama penuaan kulit pra-matang.
  • Vitamin E membantu mengurangkan kedutan, kesan regangan, dan garis penuaan.
  • Vitamin E memberikan kelembapan kepada kulit
Dalam kajian yang dibentangkan pada Mesyuarat Tahunan 2001 Akademi Dermatologi Amerika, penyelidik University Duke Sheldon Pinnell dan rakan-rakannya menunjukkan bahawa perlindungan dari sinaran matahari (photoprotection) boleh diperolehi dari Vitamin C dan Vitamin E.

Kajian ini telah disokong oleh kajian terkini The Journal of Investigative Dermatology yang dilaporkan pada February 2005 bahawa mereka yang mengambil Vitamin E dan Vitamin C dalam tempoh yang lama membantu mengurangkan kesan sunburn akibat pendeddahan kepada sinaran UVB.

Vitamin E dan C juga membnatu melindungi kulit dari kesorakan DNA akiabt serangan radikal bebas.

Set Asas Penjagaan Kulit NutriWhite Shaklee


Untuk penjagaan kulit dari luar saya cadangkan korang cuba Nutriwhite Shaklee yang ohsem ni. Set asas Nutriwhite ni terdiri daripada Gentle Deep Foaming Cleanser (pencuci), Soothing Radiance Whitening Softner (toner), Ultimate Protection Whitening Lotion (pelembap dan sunblock) dan Overnight Renewal Whitening Cream (krim malam).

Kulit Kusam Punca Wajah Nampak Tua Dan Tidak Bermaya

Saya dah guna penjagaan kulit Nutriwhite ni dah lebih setahun. Memang sangat berpuas hati. Terutama pelembap dan sunblock. Kulit saya ni jenis yang mudah kena sunburn. Pakai krim pelembap tu sangat membantu saya mengurangkan kesan sunburn.

Testimoni pengguna yang berpuas hati dengan keberkesan produk kulit Shaklee mengatasi masalah kulit yang dihadapinya.


Testimoni pengguna yang berpuas hati dengan keberkesan produk kulit Shaklee mengatasi masalah kulit yang dihadapinya
Pengguna menggunkan set asas Nutriwhitwe untuk penjagaan kulit dari luar. Beliau juga mengambil suplemen Vivix dan Vitamin C untuk merawat dari dalam.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah kulit ialah merawat dari dalam. apabila sel-sel dan organ dalaman kita sihat secara tak langsung ia akan menghasilkan kulit yang sihat juga.

"Your skin is the fingerprint of what is going on inside your bodyare the manifestations of your body's internal needs, including its nutritional needs" - Georgiana Donadio, PhD, DC, MSc, founder and director of the National Institute of Whole Health in Boston.

Inginkan vitamin untuk mengatasi masalah kulit kusam dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultasi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Comments