Jatuh Cinta Dengan Telekung Siti Khadijah Memang Tak Cari Lain Dah

Ni review tidak  berbayar tau. Butik Siti Khadijah tak bayar apa-apa pun kat saya. Hihi..saja suka-suka nak kongsi benda baik dengan korang. asyik cerita pasal shaklee bosan juga kan..Jom layan..

Pertama kali saya terbeli telekung siti khadijah pada tahun 2013. Beli secara online melalui web site rasmi butik www.sitikhadijah.com. Masa ni tak ada lagi go shop, instagram semua tu. 


Masa tu beli telekung yang basic je sama yang dok jual kat go shop tu la. Harganya RM129 tambah kos pos RM9. Masa beli ni ada promosi 10% sempena bulan Ramadhan. Niat beli masa ni nak pakai untuk solat tarawih. tetapi ada sedikit masalah pengeposan, parcel agak lambat sampai lagi seminggu nak raya. So simpan je la pakai semasa solat raya.


Saya pun dah lupa macam mana saya boleh terbeli telekung siti khadijah. Mungkin terpengaruh melalui iklan di majalah dan surat khabar kot.



Jatuh Cinta Dengan Telekung Siti Khadijah Memang Tak Cari Lain Dah
Ini yang saya beli bulan lepas. Tak pakai pun lagi. Nak pakai masa solat tarawih nanti. Yang ni saya beli dengan personal shopper @ps.kiwi

Siapa yang tak pernah beli dan ada keinginan nak cuba tu baiklah korang cepat-cepat beli..tak rugi pun korang beli. Memang berbaloi-baloi. bak kata pepatah alah membeli menang memakai. 


Memang best sangat pakai telekung siti khadijah. Memang tak kan beli yang lain dah. Betul-betul fall in love dengan telekung yang tak ada di kedai lain. Bila pakai tu tak ada la rasa nak buka telekung tu cepat-cepat sebab rimas ke, kat kepala rasa ketat ke sampai nak nganga mulut rasa sangkut ke..


Apa yang Syakirin (hos rancangan go shop) cakap tentang telekung siti khadijah tu betul sangat. Mungkin ada yang tak berapa yakin dan kurang percaya.


Saya terjatuh cinta dengan telekung Siti Khadijah ni sebab bahagian muka tu best sangat. tak menyakitkan. Bila pakai je memang ngam2 dengan saiz muka kita. Sebab di bahagian muka tu ada getah yang boleh memeri dan sesuai untuk semua saiz kepala.



Jatuh Cinta Dengan Telekung Siti Khadijah Memang Tak Cari Lain Dah
Abaikan muka yang tak berapa cun ni. hihi..Tak pandai nak selfie..malu ai tau..Nak buat entry telekung siti khadijah punya pasal terpaksa selfie dengan telekung. 

Alhamdulillah setakat hari ini saya dah ada 4 telekung solat dari butik telekung siti khadijah. Bukan nak bangga diri, bukan nak show off. Saya nak korang tahu tak rugi pun beli. Benda yang kita suka mesti kita rasa nak lagi nak lagi kan. Betul tak?


Lagipun telekung ni kita pakai untuk solat. 7 hari seminggu dan 5 kali sehari. Bagi saya kalau baju untuk raya atau baju nak pakai pergi kerja harga RM100 atau lebih saya sanggup beli.. takkanlah nak beli pakaian nak berjumpa Allah pun nak murah-murah je.


Kalau korang nak beli melalui go shop, telekungnya hanya sesuai untuk mereka yang kecil-kecil comel macam saya juga. Yang ketinggian tak lebih 155 cm boleh la. Sebabnya kainnya agak pendek.


Untuk yang tinggi lampai macam Siti Elizad tu kena walk in beli kat butik la. Sebab ada banyak pilihan dan boleh pilih saiz dari S hingga XL.



Korang yang suka telekung ada warna boleh beli yang jenis ni Harmoni TPO. Ada tiga warna semuanya, almond, grey, dan pink. Saya pun dah terbeli juga yang ni. Boleh pakai untuk raya nanti.

Kalau korang nak harga yang murah boleh beli kat mood republik. Biasa akan ada diskaun. Mungkin ada yang tak berapa rajin nak gi mood republik boleh la kirim kat trusted personal shopper butik siti khadijah.


Korang yang ada akaun instagram boleh search @ps.kiwi. Dia ni antara personal shopper yang boleh dipercayai. Saya dah dua kali beli barang dengan @ps.kiwi ni.


Sekarang pun butik telekung siti khadijah ada buat promosi sempena bulan Ramadhan. Promosi bermula pada hari ini 1 Jun hingga 5 Jun. Nak beli untuk dihadiahkan kepada bonda tercinta boleh la. Yang nak buat hantaran kahwin pun elok sangat.


Untuk maklumat terperinci korang boleh rujuk gambar di bawah. Gambar ni saya screenshot dari akaun instagram telekung siti khadijah.






Untuk view yang lagi menarik boleh ke laman web rasmi atau ke akaun instagram rasmi telekung siti khadijah.


Rasanya sampai di sini sahaja untuk kali ini. Oh satu lagi part yang paling best telekung siti khadijah ni korang tak payah pakai anak tudung pun tak apa. InsyaAllah rambut tak akan keluar. Percayalah. Semoga entry ini bermanfaat. Jangan ragu-ragu lagi nak grab telekung siti khadijah.


Sekian, salam sayang

Akmal Rusdi

Comments

  1. Sis nk tya. Skrg ni sk ada lg x yg plg basic. Nk try dlu yg paling bajet. Hehe. Plg murah skali. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli kat butik memang tak ada. Kalau nak boleh beli kat go shop. Tapi kena tunggu iklan kluar dulu la

      Delete
    2. Kalau beli kat butik memang tak ada. Kalau nak boleh beli kat go shop. Tapi kena tunggu iklan kluar dulu la

      Delete
  2. salam. sis nk tanya material kain dia sama ke kat goshop n butik

    ReplyDelete

Post a Comment