Cara Atasi Panau Dengan Cepat Dan Berkesan Elak Kembali Berulang

Panau kalau muncul kat muka memang memalukan. Lagi-lagi kita orang perempuan. Rasa nak sembunyi je muka dalam tudung. Betul tak?

Ingat dulu-dulu masa kecik-kecik kalau ada panau kat muka mak mesti suruh tenyeh bawang putih. Tak tahu la setakat mana keberkesanannya. Mungkin juga berkesan kan. 

Definisi Panau


Panau ni disebabkan sejenis kulat Malassezia. Biasanya panau muncul pada bahagian tubuh yang berminyak seperti bahagian muka, dada dan belakang badan serta kulit kepala. Kulat Malassezia ni sebenarnya memang dah ada tinggal kat kulit kita. Panau terjadi apabila kulat atau yis ni tumbuh di luar kawalan. Jadi muncullah ruam atau panau.

Panau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai pityriasis versicolor atau tinea versicolor. Panau mengganggu pigmentasi kulit dan menyebabkan warna kulit menjadi tidak sama dengan warna asal kulit. 

Cara Atasi Panau Dengan Cepat Dan Berkesan Elak Kembali Berulang


Panau akan menyebabkan kulit menjadi tompokan yang berwarna putih, merah jambu, merah atau coklat. Warna tompokan ini mungkin lebih cerah dan lebih gelap berbanding warna asal kulit di sekelilingnya. Tompokan ini berbentuk bulat, atau bujur. Kadang-kadang ia bercantum. Jadi tompokan tu nampak besar dan lebih luas.

Panau kerap berlaku pada remaja dan golongan dewasa muda. Pendedahan kepada sinaran matahari boleh memburukkan lagi panau. Panau ni tak menyebabkan rasa sakit dan tidak berjangkit tapi boleh menyebabkan tekanan perasaan. Perlu ingat walaupun panau tidak berjangkit tetapi ia boleh merebak dan berulang lagi jika tidak dirawat dengan betul.


Sebab-sebab berlakunya panau 

  • keadaan cuaca yang panas dan lembap
  • kulit berminyak
  • perubahan hormon
  • kelemahan sistem imun
  • mereka yang kerap mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik
  • kekurangan zat makanan
  • pesakit hyperhidrosis (peluh berlebihan)

Pernah dengar tak orang selalu cakap kalau kita baru lepas main muka berpeluh dan berminyak tak boleh basuh muka nanti naik panau. Satu lagi kalau kita baru lepas terdedah kepada cahaya matahari pun orang cakap tak boleh basuh muka..Mungkin betul la kot kan..


Rawatan Panau


Krim antikulat, losyen atau syampu boleh membantu merawat tinea versicolor (panau). Tetapi, walaupun selepas rawatan berjaya, warna kulit boleh kekal tidak sekata untuk beberapa minggu atau bulan. Panau boleh berulang semula walaupun telah sembuh terutamanya jika dalam cuaca panas dan lembap.

Cuaca yang panas dan lembap kat Malaysia ni kita tak boleh nak elak dah kan. Bagi saya untuk mencegah panau ni adalah dengan meningkatkan sistem pertahanan badan. Bila sistem imun kita kuat, badan dapat melawan serangan penyakit. 


Rawatan di rumah masalah panau


Minyak Tea Tree

Minyak tea tree adalah ubat rumah yang berkesan untuk panau kerana bersifa anti-fungal. Ia akan menghalang penyebaran jangkitan dan mencegah panau berulang. Ia juga akan menghilang rasa gatal.


Minyak kelapa

Nak cari minyak kelapa kat Malaysia ni tak susah. Minyak kelapa sangat berkesan untuk mengatasi jangkitan yang disebabkan jangkitan kulat termasuk panau. Rantaian asid lemak sederhana di dalam minyak kelapa berkerja sebagai racun kulat semulajadi. Maknanya minyak kelapa boleh menghentikan pertumbuhan kulat yang menyebabkan jangkitan.


Aloe Vera

Aloe vera mempunyai protein yang dipanggil 14 kDa yang mempunyai anti-kulat dan anti-radang yang berkesan dalam merawat panau. Ia boleh mengurangkan keupayaan kulat untuk merebak. Ia juga mempunyai ciri-ciri penyembuhan yang menggalakkan penyembuhan kulit yang rosak.



Cara Atasi Panau Dengan Cepat Dan Berkesan Elak Kembali Berulang



Yogurt

Yogurt plain tanpa gula adalah penawar semula jadi untuk jangkitan kulat seperti panau. Probiotik di dalam yogurt plain mengekalkan pertumbuhan kulat. dan menggalakkan pemulihan cepat dan menghalang berulang.

Oregano Oil 

Mungkin susah nak cari minyak oregano ni kan. Ia adalah salah satu daripada minyak anti-kulat yang paling kuat, yang boleh melawan kulat serta mengurangkan gejala panau.


Bawang Putih

Bawang putih antara yang berkesan untuk mengatasi panau. Ia bersifat antikulat dan membantu menghentikan pertumbuhan kulat dan melegakan rasa gatal.

Nak tahu lebih lanjut tentang rawatan di rumah untuk panau boleh klik lin ini
Home Remedies for Tinea Versicolor


Bagaimana nak rawat panau dari dalam dengan berkesan supaya tidak berulang lagi?


Saya cadangkan korang yang ada masalah panau boleh mencuba rangkaian vitamin Shaklee untuk merawat panau dengan cepat dan berkesan. antara vitain yang boleh diambil ialah: 

  • Garlic Complex - bertindak sebagai antibiotik yang selamat dan semulajadi untuk diambil jangka masa yang lama. Ia mampu mepertingkatkan sistem imun tubuh
  • Vitamin C - berfungsi meningkatkan sistem imun dan melawan jangkitan penyakit
  • Vitamin E - gabungan vitamin c dan vitamin e bertindak sebagai sunblock yang menghalang panau dari menjadi lebih teruk.
  • Krim Herbal Blend - krim serbaguna yang boleh membantu melegakan rasa gatal kulit akibat panau
  • Nutriferon - mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh secara semulajadi dalam masa tiga hari.

Cara Atasi Panau Dengan Cepat Dan Berkesan Elak Kembali Berulang


Jika korang ingin mencuba rawatan alternatif untuk mengatasi panau atau sebagai langkah pencegahan bagi penyakit-penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, strok, sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung dan sebagainya boleh cuba berikhtiar dengan suplemen Shaklee yang lain.

InsyaAllah vitamin Shaklee boleh membantu kalian hidup lebih sihat. Di samping amalan hidup sihat juga perlu dititikberatkan.

Nak beli vitamin (suplemen) untuk mengatasi panau dan vitamin Shklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultasi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Comments