Timun atau mentimun sejenis tanaman memanjat atau menjalar yang mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan. Timun sedap dimakan begitu saja sebagai ulam-ulaman dan boleh juga dimasukkan di dalam pelbagai masakan.
Kandungan vitamin A, B dan C serta bahan mineral di dalam timun menjadikannya kaya denagn sumber bioaktiviti jenis mikrob.
Jom kita baca apa lagi manfaat timun untuk kesihatan kita.
Timun ni boleh bersihkan kulit wajah kita yang berminyak dan menghilangkan kedut pada wajah. Kalau kulit badan kita gatal-gatal boleh la gosok-gosok dengam timun ni.
Uollss boleh pelbagaikan cara makan timun ni. Hari-hari buat jus bosan juga kan. Selain dimakan begitu sahaja sebagai kudapan semasa menonton TV, uollss boleh juga campurkan timun ke dalam sup atau salad. Buat salad memang best. Nak slim kena la makan sayur banyak ye.
Timun mengandungi sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin A, B (B1 dan B2) dan C yang terdapat di dalamnya mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Timun juga mengandungi protein, zat besi, kalsium, magnesium, fosforus, lemak dan juga karbohidrat.
Pastikan kulit timun tidak dibuang kerana di dalam kulitnya terdapat vitamin C.
Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
Kandungan vitamin A, B dan C serta bahan mineral di dalam timun menjadikannya kaya denagn sumber bioaktiviti jenis mikrob.
Jom kita baca apa lagi manfaat timun untuk kesihatan kita.
#1 Hidratkan Tubuh
Timun mempunyai kandungan air lebih 90%. Ini menjadikannya bagus untuk diambil bagi menggantikan tubuh kita yang kehilangan air. Maknanya kalau rasa hari ini tak cukup minum air boleh la makan timun sebagai pengganti air.#2 Serat Yang Tinggi
Kandungan serat yang tinggi yang ada di dalam timun membantu melancarkan proses penghadaman, menurunkan kolesterol dan meneutralkan racun serta menyingkirkan segala toksik dan sisa kotoran yang ada di dalam tubuh kita. Bagi mereka yang ada masalah sembelit tu elok sangat la makan timun ni banyak sikit hokey..supaya lancar proses pembuangan.#3 Masker Wajah
Masker wajah menggunakan timun memang sangat femes la di kalangan wanita. Yang rajin tahap dewa dan yang nak cantik-cantik sokmo tu boleh la parut halus timun dan tepek kat muka korang buat masker.Timun ni boleh bersihkan kulit wajah kita yang berminyak dan menghilangkan kedut pada wajah. Kalau kulit badan kita gatal-gatal boleh la gosok-gosok dengam timun ni.
#4 Turunkan Panas Dalaman
Timun ni sejuk dan mampu menurunkan panas dalaman. Badan jadi panas bila kita demam kan. Lepas ni boleh cuba guna timun untuk turunkan panas badan masa demam. Kalau lalu makan boleh la kisar timun buat jus. ataupun parut timun tu dan letakkan kat atas perut. Petua yang ni saya ambil dari buku Allah Doktorku.#5 Kawal Berat Badan
Yang nak slim melim tu elok sangat makan timun ni. Sebab apa? Sebabnya timun ni kaya dengan kandungan air dan yang paling penting tahap kalorinya yang rendah.Uollss boleh pelbagaikan cara makan timun ni. Hari-hari buat jus bosan juga kan. Selain dimakan begitu sahaja sebagai kudapan semasa menonton TV, uollss boleh juga campurkan timun ke dalam sup atau salad. Buat salad memang best. Nak slim kena la makan sayur banyak ye.
Timun mengandungi sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin A, B (B1 dan B2) dan C yang terdapat di dalamnya mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Timun juga mengandungi protein, zat besi, kalsium, magnesium, fosforus, lemak dan juga karbohidrat.
Pastikan kulit timun tidak dibuang kerana di dalam kulitnya terdapat vitamin C.
Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
Wah...byk betul manfaat timun ni ye...sedap pulak tu timun ni
ReplyDeleteMy febret ulam..hehe. Tak sah kalau makan takde ulam timun ni.. Lauk telur saja pun, mesti kene ada ulam timun ni..^_^
ReplyDeletebiasa beli nasi lemak, baru makan timun kerana dapat dalam nasi lemak... lepas nie kena beli timun laaa sbb byk khasiatnya..
ReplyDeletebiasa beli nasi lemak, baru makan timun kerana dapat dalam nasi lemak... lepas nie kena beli timun laaa sbb byk khasiatnya..
ReplyDeleteUlam sambal belacan la yg sedap... Dpt pulak timun jepun tu..adehh ckp pasal makan posa2 ni hehe
ReplyDelete