Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing

Sebut je artis Korea atau K-pop semua terbuntang mata. Maklumlah terpegun dengan kehalusan dan kemulusan kulit mereka. Tak kira artis lelaki atau perempuan. Semua sama je kehalusan dan kemulusn kulit diaorang kan. 
Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing

Saya antara peminat drama Korea tau. Pelakon Korea tak adalah nak minat sangat. Tak tahu pun nama artis Korea ni. Cerita Korea banyak je yang bagus-bagus yang ada nilai murni. Jadi kita kena lah pandai pilih nak tengok yang mana kan. Jangan semua nak rembat.

Tidak dinafikan Korea mempunyai teknologi yang canggih dan pakar kecantikan yang hebat yang menjadikan Korea Selatan negara tertinggi kadar pembedahan plastik di Asia.

Wow, memang sangat dahsyat la kan!! Bila kita tengok artis Korea ni kita pun tak tahu adakah ini wajah asli mereka atau wajah hasil plastic surgery yang hebat. 

Sudah menjadi perkara biasa bagi artis dan juga rakyat Korea untuk melakukan pembedahan plastik. Keinginan memiliki wajah uzzlang atau bentuk wajah terbaik menjadi sebab kenapa mereka melakukan pembedahan palstik. 

Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing
Korang kenal siapa dia ni? Kalau kenal korang memang peminat tegar Korea..
Kalau korang tengok artis lelaki pun sama kan kulit mereka. Glowing dan flawless je. Orang lelaki Korea pun sama la obses bab cantik ni bukan perempuan je tau..

Jadi berbalik kepada kulit diaorang yang halus, mulus, glowing dan flawless ni, bukan sebab pembedahan plastik semata-mata yang menjadikan kulit mereka sehalus kulit bayi. 

Tetapi ada beberapa rahsia yang mereka amalkan. Ketepikan isu pembedahan palstik itu, jom kita tengok apa rahsia  yang menjadikan kulit artis dan wanita Korea ni cantik.


Produk Penjagaan Kulit


Kat Korea produk penjagaan kulit ni memang la sangat femes. Kalau rasa nak kulit secantik retis Korea ni pilihlah produk yang berasaskan bahan semulajadi hokey. Tiada kesan sampingan. Yakin dan suci..ahakss..

Memang banyak produk penjagaan kulit yang ada di pasaran ni. Tapi kita la yang kena pilih mana yang terbaik. Jangan la dok caya sangat produk yang orang dok jual kat pasar malam tu ke, tepi-tepi jalan tu ke..banyak tak bagus dari yang bagus..

Bahaya tau..bukannya saya tak nak menyokong orang kita buat bisness. Kita tak tahu bahan apa yang ada dalam tu kan. Yang jadi lagi bahaya bahan kimia yang ada dalam tu boleh meresap ke dalam darah kita tau. Boleh jadi kanser. 

Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing

Jangan ambik mudah ye kakak-kakak, adik-adik yang cantik menawan. Nak cantik tak salah tapi jangan sampai membawa penyakit..

Satu lagi orang Korea ni suka buat skrub wajah. so kita yang nak cantik kena la rajin buat skrub. Tak payah fikir nak beli skrub kat kedai guna je bahan-bahan semulajadi yang ada kat rumah tu. Jimat duit. tak ada kesan sampingan, selamat lagi. Yang paling penting kena rajin je. 

Minum Air Yang Banyak


Semua kita tahu air sangat penting untuk kesihatan kita. Air yang tak cukup menyebabkan kulit kita menjadi kering. Kulit yang kering dalam masa yang panjang menyebabkan kulit kita cepat  berkedut. Bila kulit berkedut cepat la nampak tua. Umur sebenar baru 30 tapi nampak macam 50. OMG!!! Uit, takutnya..

Jadi jangan malas-malas minum air putih ok. Air putih tau bukan air milo ke power rut ke..hmm..Minumlah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tambah lagi sekarang musim kemarau ni. memang kena minum air banyak.

Nak kulit lembap dan glowing minum la air banyak-banyak ye.

Penggunaan Eyeliner


Kenapa orang Korea suka pakai eyeliner ni?? Sebabnya mata diaorang kan sepet. Jadi nak tutup kelemahan tu diaorang guna la eyeliner. Nak pakai eyeliner kena la dengan cara yang betul. Baru la mata tu nampak lebih menawan dan bersinar..

Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing
Wajah artis Korea Yoon Eun Hye tanpa eyeliner dan dengan eyeliner. Lihat perbezaannya. Cantik kan..

Perasan tak artis Korea ni dia tak pakai pun eyeshadow yang colourful bagai macam artis Malaysia kita. Biasanya diaorang ni akan guna satu warna je pada satu-satu masa. Warna yang menjadi kegemaran diaorang ialah warna pastel. Sebab tu make up diaorang nampak cam natural je kan..

Saya suka make up yang natural ni. Nampak la wajah asli seseorang tu kan.  

Pemilihan Makanan


Wanita Korea ni bukan saja menggunakan produk penjagaan kulit untuk dapatkan kulit wajah yang putih bersih. Apa yang bagusnya diaorang ni suka makan makanan kesihatan yang berasaskan herba, ulam-ulaman, sayur-sayuran dan juga buah-buahan. 

Sape yang kaki citer Korea tahu la kan menu masakan orang Korea ni macam mana. Kebanyakkannya yang jenis stim, kukus atau rebus..Betul tak?? Jarang masakan mereka digoreng. Bila stim, atau kukus ni zat-zat dalam makanan pun tak hilang banyak.

Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing
Antara makanan tradisional orang Korea iaitu bimbimbap (Bibimbap is a signature Korean dish).

Bukan saja kulit cantik kalau kurang makan makanan bergoreng ni. Tubuh pun sihat. Kolesterol pun kurang..

Tujuannya saya karang entry berkaitan kecantikan artis Korea ni bukannya nak suruh korang semua obses macam diaorang sampai nak buat sugery plastic. Idok la sampai macam tu sekali.

Nak cantik tak salah. Biarlah berpada-pada. Bagi saya sihat itu lebih penting. Bila badan sihat secara tak langsung wajah kita pun akan terserlah juga kecantikannya. Apa gunanya wajah je cantik tapi hakikatnya badan kita sakit.

Suka tengok stail orang korea bila time makan. Mesti satu famili makan bersama kat atas meja panjang. Tak ada kerusi pun duduk bersila atas lantai je.


Comments

  1. Yup the most important is pemilihan makanan n setuju ! Air masak .. Ade lagi satu rasenye . Dulu ade satu article mengatakan minum air susu pon kulit boleh jadi elok n putih gebu . Tu kene kaji selidik balik . Ahaks xD . Thanks for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang impress betul dgn kulit org korea ni..bila la nak dpt kulit flawless mcm diaorg.

      Delete
  2. Siapa tak mau kulit putih gebu.hehe. ofkosla pemakanan paling penting, selebihnya untuk luaran elakkan kosmetik tiruan dan guna pencuci muka organik

    ReplyDelete
  3. Orang Korea kulit memang cantik dan flawless sebab mereka menjaga pemakanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemakanan yg betul bukan badan je sihat tapi kulitbpun cantik

      Delete
  4. PERHATIAN ❗️
    Nak kulit jadi CERAH, GLOWING, PUTIH, HALUS, KENYAL DAN LEMBUT?
    Ini blh dicapai dgn hanya GONCANG dan MINUM
    MENGAPA KITA??
    (Y) Produk famous dari Taiwan
    (Y) HALAL
    (Y) ISO 22000 / HACCP
    (Y) US patent
    (Y) FDA
    (Y) SGS
    KELEBIHAN KITA:
    :* Collagen dari GELITA, Germany (since 1875)
    <3 German brand award ‘16
    <3 Top 100 innovator 2017
    <3 Syarikat kolagen terbesar di dunia
    >>Hydrolyzed fish collagen
    >>Size molecule kita adalah 1/100 of kolagen biasa
    :* Acerola ekstrak : vitamin C utk membantu penyerapan kolagen

    nak order?
    pm page: https://www.facebook.com/Zaqueno-Skin-1698193270483766/?ref=bookmarks
    >> direct link ke pm: https://www.facebook.com/messages/1698193270483766/
    atau whatsapp 010-840 9080
    >>direct link ke whatsapp: https://api.whatsapp.com/send?phone=60108409080
    atau wechat: zaqueno

    ReplyDelete
  5. Kulit org korea idaman semua org kot 😊

    ReplyDelete
  6. Muka macam Korean memang cantik, tapi tau ke korean juga guna Prudential Medical Card, tengok kat sini

    ReplyDelete

Post a Comment