Kenangan Bercuti Di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah

Assalamualaikum..
Semalam dok belek-belek gambar lama dalam laptop ni. Maka tertengoklah gambar kenangan semasa bercuti bersama keluarga tercinta di Felda Residence Hot Springs Sg Klah pada tahun 2010. Masa ni cuti sekolah pertengahan tahun bulan 5.

Dah lama sangat dah pun. Masa tu tak ada blog lagi. jadi kenangan itu hanya tersimpan kemas di dalam memori saja. Sekarang dah ada blog apa salahnya saya coretkan sedikit memori indah ini untuk kenang-kengangan agar tidak lupa nanti.

Ni kiranya review free je la ni. Nak cerita secara detail pasal tempat ni pun tak berapa nak ingat sangat la.  Sebabnya yang uruskan percutian ni semuanya Abang Mie (abang sulung saya). Aku hulur duit je. hahahah. Apa yang pasti tempat ni memang best. Lagipun dah 5 tahun yang lalu kot. Kalau ada tulis dalam diari boleh buat rujukan.


Kenangan Bercuti Di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah
gambar ni diambil masa nak balik dah. Skema la kitaorang adik beradik pakai baju kurung. Hihi..Sebabnya lepas tu nak singgah rumah bakal suamiku plak.. padahal boleh je pakai seluar..Tu yang jadi cun semua tu.

Alkisahnya bermula begini..Masih ku ingat pada hari itu di sekolah tengah breakfast.. Tiba-tiba ada panggilan masuk dari Abang Mie. Abang Mie tanya nak pergi jalan-jalan tak..Bawa Maa (my lovely mother). Saya kata boleh je.. 

Tahun 2010 ni saya baru kerja. so ada la duit sendiri untuk makan angin dan support adik-adik yang tak kerja lagi kan. Masa ni still single but not available..kihkihkih.

Sebelum ke Hot Springs ni kitaorang pergi Cameron Highland dulu. Stay kat sana satu malam sahaja. so tak banyak tempat menarik yang sempat explore kat Cameron. Nak cerita pun tak tahu nak cerita apa yang menarik. Nampaknya kena pergi lagi la tu..hihihi. 

Stay kat Felda Residence Hot Springs Sg Klah ni lama cikit la 3 hari 2 malam. Apa yang best pasal hot spring ni?? Tempatnya memang cantik la. Walaupun di kelilingi dengan kelapa sawit tapi bersih dan menenangkan jiwa. Penuh kehijauan. Sesuai juga pasangan yang baru mendirikan rumah tangga nak honeymoon..

Kat Felda Residence ni kami dok 3 bilik la. Abang Mie satu bilik, adik hafiz dan abang peng satu bilik, saya, Maa, kak Chik dan Cik Nah (adik) satu bilik. Bilik yang kami duduk ni bilik deluxe ke apa ntah. Tak berapa ingat dah. tapi bilik di memang besar la..10 orang boleh dok dalam bilik tu.


Kenangan Bercuti Di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah
Nombor bilik yang kita orang stay. yang mana satu pun tak ingat dah.

Dah nama hot springs pergi sana berendam kaki mandi air kolam panas la..saya tak la mandi. Hanya rendam kaki je. Tu pun rendam lama-lama boleh berpeluh satu badan. Memang best la. 

Lepas berpeluh tu memang akan rasa ringan badan. Ala-ala sauna gitu..Kalau dapat rendam satu badan lagi syok..Tapi kat sana kolam open sangat. Tak ada kolam air panas yang khas untuk perempuan. pandai-pandai  la korang pergi sana macam mana nak cari pot yang orang lelaki tak ada. 

Seingat saya bila kita dah dok kat kolam tu tak adalah orang lelaki datang nak mandi kat tempat yang sama. Kolam air panas banyak. Yang membezakan suhu air je. Boleh pilih nak suhu berapa darjah. Kalau kaki tahan tu ambik la yang agak panas sikit.

Kolam mandi yang airnya tak panas pon ada. Jangan risau. Kolam mandi untuk kanak-kanak pun ada. Pendek kata tempat ni memang sesuai untuk percutian keluarga. Kalau ada budget lebih boleh la ambik pakej yang ada spa sekali. 

Jom kita cuci mata dengan gambar-gambar yang tak seberapa ni.


Kenangan Bercuti Di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah
hari pertama sampai kat sini. Lepas asar pusing-pusing dulu tempat ni. Cantikkan tempat ni. Hijau. Tenang dan damai. Siapa yang nak ambik gambar kahwin memang sesuai la sesangat.

Kenangan Bercuti Di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah
Rasa nak makan telur rebus boleh la rebus kat sini. Nak separuh masak pon boleh. 

Kenangan Bercuti Di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah
Ni kat Spa Village. Ada duit boleh la dok sini. Kami ambik gambar je la.

Kenangan Bercuti Di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah
Ni kat dalam Spa Village kalau tak silap. Memang cantik..Kalau la rumah saya macam ni..

Kenangan Bercuti Di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah
ni kat tempat mata air panas. Memang berasap. Terasa kehangatannya. kebetulan baru lepas hujan. 

Kenangan Bercuti Di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah
Ni tengah shooting untuk cover album sulung nasyid geng Kubang Siam yang berjudul Suka Hati Kami..LoL...hahaha

Kolam mandi untuk kanak-kanak dan dewasa.



Kenangan Bercuti Di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah

Oklah korang. Ini saja yang dapat saya coretkan.Mungkin maklumat tentang hot spring ni tak berapa banyak. Harap korang enjoy baca catatan ini. Nak tahu best ke tak best boleh rancang pergi bercuti kat sini. 

Alami sendiri kehangatan air panasnya yang dikatakan baik untuk kesihatan. Tak nak stay kat sini pon boleh. Saya dari jauh kenalah stay..Teringinnya nak pergi lagi kat sini..

Ok..bai..

Comments

  1. Best ni kalau buat rombongan cik kiah dengan family nih :)

    Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  2. Kalau dapat pergi beramai-ramai dengan family pastinya sangat happy

    ReplyDelete

Post a Comment