8 Tip Mudah Atasi Rambut Berbau Busuk Bagi Wanita Berhijab

Rambut berbau sememangnya menjadi satu masalah kepada kaum wanita terutamnya yang memakai hijab. Kita bukan sahaja nak kulit wajah yang nak dijaga rapi dan ditatang bagai minyak yang penuh, rambut juga memerlukan perhatian yang sewajarnya. 

Jika dibiarkan tanpa penjagaan yang betul pelbagai masalah akan timbul antaranya rambut berbau. Bertambah masalah lagi la tak best kan..hati pun tak tenang..

Wanita yang berhijab lebih berisiko mendapat masalah rambut berbau ni. faham-faham je la kan macam mana kalau dah pakai tudung tu bukannya seminit dua. Yang bekerjaya lebih dari 8 jam pakai tudung. 

Kalau tak jaga sah-sah berbau Tambah-tambah lagi kalau rambut basah dan tak betul-betul kering terus je sarung tudung. Memang busuk la jawabnya. 

Rambut juga boleh jadi berbau jika tidak membersihkan rambut secepat mungkin selepas kulit kepala mengeluarkan peluh yang banyak.  

8 Tip Mudah Atasi Rambut Berbau Busuk Bagi Wanita Berhijab


Sebagai perkongsian dan manfaat untuk semua di sini saya ingin berkongsi 8 tip mudah untuk mengatasi masalah rambut berbau busuk terutamya bagi wanita berhijab atau bertudung. Senang saja tip ni. Tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal pun. Jom baca lagi dan lagi sampai habis ye.

Setiap folikel rambut mengandungi kalenjar sebaceous yang melekat padanya. Hasilnya kalenjar ini akan megeluarkan minyak. 

Minyak yang banyak akan menyebabkan rambut dapat menangkap asap dan bau-bauan lain sekaligus membuatkan rambut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. 

Ada yang menyatakan keadaan psikologi seseorang juga mempengaruhi pengeluaran bau rambut. Jadi kaum wanita terutamanya disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan minda supaya tidak nerfikiran negatif.

Jom kita tengok apa 8 tip untuk mengatasi rambut berbau busuk ni.

1# Penggunaan Tuala
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. 

Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan  kasar.

2# Sikat dan sisir rambut
Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik.

3# Guna air sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas.  Penggunaa air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.

4# Minum banyak air
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan  boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh.

5# Kurangkan makanan pedas
Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh kan menyebabkan rambut berbau.

6# Cuci rambut setiap hari
Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah shampu yang mengandungi antibakteria.

7# Hindari Stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. jadi elakkan stres yang keterlaluan.

8# Yoga atau meditasi
bagi sedikit ruang kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan rasa stress dan tekanan terutama mereka yang berkerjaya. Anda boleh melakukan yoga atau meditasi.

Di sini saya nak kongsikan shampu yang saya gunakan untuk mengatasi rambut berbau. Maklumlah saya wanita berkejaya. kadang-kadang rambut tak sempat kering betul-bteul dah sarungkan tudung. Nak buat macam mana dah. Nak tunggu rambut kering pukul berapa nak sampai sekolah kan. Nak guna hair dryer memang tak sempat pun. 

Inilah set shampu yang menjadi kegemaran saya . Tak adalah semua ni saya ambil. Saya hanya ambil Revitalizing Shampoo dan kembarnya perapi iaitu Replenishing Conditioner. Best sangat pakai shampu ni. Dah la rambut bau wangi.Yang paling best bila rambut gugur saya semakin berkurangan. 


8 Tip Mudah Atasi Rambut Berbau Busuk Bagi Wanita Berhijab
Rambut yang sihat bermula dari akar yang subur. Itulah sebabnya kenapa setiap produk Prosante mengandungi scalp health complex iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan. Shaklee menggunakan  bahan-bahan seperti ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala sihat; dan minyak daun pokok teh serta ekstrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain. Dan istimewaanya tidak ada sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala.

Nak tahu lebih lanjut tentang set penjagaan rambut yang awesome ni boleh klik link di bawah ini.


ProSante Shaklee Untuk Rambut Sihat dan Menawan


Anda tak nak cuba guna shampu ni..???


So apa tunggu lagi..Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda..!! Shaklee adalah pilihan saya. Shaklee di hatiku for ever..


Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!


Anda akan mendapat potongan sehingga 15-25% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:
H/P no: 0139279846

Comments

Post a Comment