Ayam Masak Lemak Cili Padi Resepi Ibu Mertuaku

Assalamualaikum semua..
Selama saya berblog inilah entry saya yang pertama tentang resepi masakan. Sebenarnya saya ni bukannya jenis yang pandai masak pun..kalau masak tu ikut dan je. campak je apa yang ada..Kenapa saya letak tajuk Ayam Masak Lemak Cili Padi Ibu Mertuaku ?? Ada sebab musababnya tau..Bukan suka-seuka dan bukan saja-saja. Meaningfull ok..Saya masih confuse konotasi yang betul samaada api atau cili?? Ntah la..belasah saja..

Belanja gambar sekeping. 


Ayam Masak Lemak Cili Padi Resepi Ibu Mertuaku
Ni gambar lepas masukkan santan.Tak masak lagi lauknya ni.

Begini kisahnya..Percaya atau tidak sebelum kahwin saya tak pernah pun makan ayam masak lemak cili padi ni. dan seingat saya Maa (my mother) tak pernah pun masak menu ni. Saya hanya kenal masak lemak cili padi ni selepas saya berkahwin dengan suami saya. Tu pun sebab  Mak (mak mertua) saya selalu masak..Biasanya Mak masak guna ayam kampung. Saya ni dok tempat orang nak cari ayamg kampung susah cikit la kan. Guna je ayam bandar. 

Saya ni anak jati Terengganu (oghe Besut)..Suami pulak orang Kedah. Sebenarnya saya ni lauk pauk yang berasaskan santan  ni saya tak berapa suka sangat. Tak tahu la kenapa ayam masak lemak cili padi ni kena dengan tekak dan selera saya. Bila dah ngam dengan diri sendiri nak masak pon tak ada masalah. Boleh masak dengan gembiranya..Gitu..

Cara nak masak ayam masak lemak cili padi ni tak susah mana pun..Bahan-bahan yang digunakan juga senang dan sememangnya sentiasa ada di dapur kita. Sebab tu saya suka masak menu ni senang dan cepat. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahannya:
Resepi ni agak-agak untuk 3-4 orang makan je kot..
Ayam Masak Lemak Cili Padi Resepi Ibu Mertuaku
Ni santan. Tak pekat sangat. Sedang-sedang je. Saya tak suka santan pekat-pekat ni.

Ayam Masak Lemak Cili Padi Resepi Ibu Mertuaku
Ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.
1# Ayam 5 Ketul. Untuk ayam boleh kot guna ketul..Suka hatiku je. Marah cikgu Bahasa Malaysia kang.
2# Sebatang Serai diketuk-ketuk
3# Santan pekat. Agak-agak je..
4# Asam keping. Satu keping pun dah cukup.
5# Garam dan bahan perasa.
6# 2 biji ubi kentang. Dikupas kulitnya dan dipotong. Suami saya suka sangat kalau letak kentang..
7# Air jika nak cairkan kuahnya.

Bahan-bahan untuk dikisar:
1# Cili Padi. Saya letak dalam 10 biji je. Kalau nak pedas boleh letak banyak lagi. 
2# 1 inci kunyit hidup
4# Halia 2 inci
7# Bawang merah. Agak-agak je. sesuka hati sesedap rasa..
8# Bawang putih. 4 ulas
Ayam Masak Lemak Cili Padi Resepi Ibu Mertuaku

Bagi yang rajin boleh la tumbuk ye guna lesung batu. Saya ni tak berapa nak rajin. Nak cepat guna je blender..Krengggg 1 minit dah siap..hihi

Saya ada terbaca di dalam satu blog, lupa plak pemiliknya siapa..Katanya resepi asal ayam masak lemak cili padi ni tak letak pun bawang merah dan putih. Mengikut kata orang dulu-dulu la kan tujuannya untuk elakkan cepat basi. Mungkin juga la kan..

Jom kita tengok pulak cara nak masak ayam masak lemak cili padi ni.

1. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan juga ayam ke dalam periuk. Kacau rata sehingga ayam sedikit kecut. Jangan lupa masukkan sekali serai yang telah diketuk (dititik)

2. Masukkan santan bersama kentang. Masukkan asam gelugor atau asam keping. Masak sehingga kentang empuk. 

3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Boleh juga masukkan bahan perasa. Sesedap rasa. Kacau sehingga mendidih. Guna api kecil je tau dan kacau selalu sehingga betul-betul masak. Kalau tak kacau nanti kuahnya berketul-ketul. Tak cantik. Nak lagi best masukkan daun kunyit yang dimayang halus. Saya tak letak pin sebab tak ada daun kunyit.

4. Sebelum api dimatikan rasa buat kali terakhir. Manalah tahu ada yang terkurang rasa, terlebih rasa kan. Kalau rasa dah ok boleh matikan api. dan siap untuk dihidang.

Saya suka makan dengan sambal kicap cili orang Johor tu..memang bertambah la nasi suami saya..Sedap hingga menjilat jari..yummy yum..Tak de pulak gambar yang dah siap dihidang. Tak sempat nak snap gambar. Perut tengah lapar kan. Ingat nak ngap je..
Senang je kan nak masak menu ni..Selamat mencuba..

credit to tiffinbiru

Comments