Umum mengetahui bahawa punca utama kebanyakan penyakit dan masalah kesihatan adalah datangnya disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat dan juga faktor-faktor lain. Tabiat memakan makanan yang tidak seimbang dan tidak mengikut keperluan dalam jangka masa yang panjang boleh menjadi punca kepada penyakit.
Pengambilan Makanan mengikut piramid makanan adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan kita. |
Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diamalkan untuk memastikan kita sentiasa sihat.
- makan secara sihat dan seimbang mengikut piramid makanan
- makan secara sederhana dan tidak berlebihan. Makanlah mengikut keperluan. Jangan makan mengikut nafsu
- Bersenam secara kerap sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu
- kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak. Contohnya buang kulit ayam dan lemak, memilih daging tanpa lemak, kurangkan penggunaan minyak ketika memasak, menggunakan kaedah masakan yang menyihatkan seperti stim, panggang, rebus atau bakar.
- Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi dan lemak tepu seperti organ dalaman dan daging merah yang berlemak, makanan bergoreng, santan dan lain-lain
- Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam seperti makanan yang diproses, makanan dalam tin, belacan, ikan masin, telur masin dan sebagainya.
- Kurangkan pengambilan tinggi gula. Contohnya kurangkan pengambilan gula dalam minuman, kuih muih, kek dan lain-lain.
- mengekalkan berat badan yang sihat dengan mengimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal yang kerap. Ini juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, tinggi kolesterol, penyakit jantung dan sebagainya.
- Minum air masak/air putih secukupnya lebih kurang 8 gelas sehari.
- Jangan merokok.
- Disarankan meningkatkan pengambilan asid
lemak omega 3 seperti ikan (salmon, kod, tuna, herring dan
jelawat), walnut, minyak flaxseed dan sayur
berdaun hijau.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.
Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan sihat juga..Then, jangan lupa ambil supplement untuk lengkapkan keperluan tubuh yang tak mencukupi..^_^
ReplyDeleteJemput baca sini>> Jana Pendapatan dengan Shaklee Bantu Tampung Beban Suami