MAMOGRAFI, Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa (Part 1)

Apa Itu Mamografi??

Mamografi ialah ujian x-ray khas untuk menghasilkan imej-imej terperinci payudara. Ia adalahkedah yang amat berkesan untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal. Diagnosisi (mengenal pasti sesuatu penyakit) dan Saringan (ujian yang dibuat pada individu yang sihat) adalah dua sebab utama untuk melakukan mamografi

Mamografi merupakan pemeriksaan payudara mengggunakan sinar-X yang memaparkan kalenjar susu, lemak dan sluran darah serta kalenjar di dalam ketiak. Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruaudiografi.

Ia akan menghasilkan imej payudara yang kemudian akan diproses secara digital dan dicetak pada filem. Doktor Pakar Radiologi akan meneliti filem-filem itu untuk mengesan payudara sama ada ia sel kanser atau sebaliknya.

Adakah Mamogram Menyakitkan?

Prosedur Mamogram mengambil masa kurang dari 20 minit. Ketika ia dilakukan, payudara anda akan ditekan untuk beberapa saat. ia mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan. Bagaimanapun ramai menganggapnya tidak sakit.


Kenapa Anda Perlu Melakukan Mamogram?

Saringan di kalangan wanita tanpa gejala telah menurunkan kadar kematian disebabkan kanser payudara.

  1. Mamogram dapat mengesan kanser dan ketumbuhan yang bukan kanser yang masih terlalu kecil untuk dirasa oleh anda dan atau pun doktor.
  2. Mamogram boleh mengesan ketumbuhan dua tahun lebih awal sebelum ia dapat di rasa melalui pemeriksaan.
  3. Mamogram juga boleh mengesan perubahan pada tisu-tisu payudara yang boleh menunjukkan tanda-tanda kanser pada peringkat awal.


Adakah Mamogram Selamat?

Denagn menggunakan peralatan Mamografi yang terkini, kesan sinaran radiasi pada payudara adalah sangat rendah. risiko kesihatan menjalani pemeriksaan Mamogram adalah lebih rendah daripada risiko menghisap sebatang rokok . Mamogram boleh menyelamatkan nyawa anda.


Sejauh manakah Keberkesanan Mamogram?

Mamogram ialah cara terbaik untuk mengesan kanser patudara di kalangan wanita yang ;ebih berusia. Perlu diingatkan bahawa lebih kurang 10% kanser payudara tidak dapat dikesan melalui Mamogram. Oleh itu, pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan disrankan pada semua wanita.

Apakah Persediaan yang Diperlukan?


  • Rancang pemeriksaan anda selepas haid atau apabila payudara anda berasa tidak sakit dan tegang.
  • Berhenti mengambil produk yang berasaskan kafein seperti kopi, teh dan juga makanan yang ada coklat serta air bergas seminggu atau 2 minggu sebelim temujanji
  • Pakai pakaian seperti kemeja dan seluar kerana anda perlu membuka baju dari paras pinggang ke atas.
  • Jangan guan deodoran, minyak wangi, bedak atau krim pada bahagian payudara atau ketiak.


Kelabihan Mamografi

Tidak semua kanser membentuk ketulan. Tidak semua kanser boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal atau sentuhan tangan kecuali ia menjadi cukup besar. Ada jenis kanser yang hanya boleh dirasai selepas satu atau dua tahun mengikut kadar pembesaran kanser tersebut.

Walaupun mamogram tidak seratus peratus tepat. Namun ia boleh:
  • mengesan lesi (lesion) pada peringkat awal.
  • mengesan lesi yang tidak dapat dirasai dengan tangan.
  • mengesan lesi sebelum ia boleh dirasai dengan tangan.
  • memberi maklumat penting mengenai ketulan atau perubahab payudara yang dikesan oleh anda atau doktor.
Lesi (lesion) mengikut kamus Dwibahasa Oxford Fajar ialah perubahan yang bahaya pada tubuh yang disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.


Dipetik dari www.medicinenet.com,  Pronounced "lee-sion" with the emphasis on the "lee," a lesion can be almost any abnormal change involving any tissue or organ due to disease or injury. There are numerous types of lesions with different naming classifications.

Lesions can be categorized according to whether or not they are caused by cancer. A benign lesion is non-cancerous whereas a malignant lesion is cancerous. For example, a biopsy of a skin lesion may prove it to be benign or malignant, or evolving into a malignant lesion (called a premalignant lesion).


Mamogram yang dilakukan harus dibandingkan dengan mamogram yang dibuat sebelumnya untuk mendapat maklumat baru yang membantu pakar radiologi mengesan perubahan kecil yang disebabkan oleh kanser. 

Mamogram yang dilakukan secara teratur dapat memberi peluang yang lebih baik untk mengenal pasti kanser pada peringkat awal jika dibandingkan dengan mamogram yang dilakukan secara sekali sekala sahaja.

Ikuti topik mamografi pada entry yang akan datang. 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mamogram boleh klik link di bawah ini:
MAMOGRAFI, Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa (Part 2)

Bagaimana nak cegah kanser payudara??
Anda boleh klik link di bawah ini.
Cegah Kanser Payudara Sebelum Terlambat 



Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:
#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur#2 konsultasi percuma secara berterusan#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
Whatsapp: 0139279846

Comments

  1. Mamografi bantu ramai wanita. Wajib juga buat seperti ujian papsmear.

    ReplyDelete
  2. tahun lepas mak jemah nk buat mamogram ni tapi hospital tu tak bagi sebab belum 40 tahun..

    ReplyDelete

Post a Comment