Friday, October 31, 2014

Cegah Kanser Payudara Sebelum Terlambat

Kanser merupakan pembunuh wanita utama di Malaysia. Kebiasaannya sering menyerang wanita berusia 40 tahun ke atas. Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (NCR) 2007, statistik menunjukan kanaser payudara merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan wanita selain menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia. 

Dilaporkan sejumlah 3242 orang wanita yang menghidap kanser payudara pada tahun 2007 adalah mereka yang berumur sekitar 50 hingga 59 tahun paling tinggi menghidapnya.


Walaupun peratusan berlakunya kanser payudara pada wanita muda yang adalah rendah tetapi menurut Pakar Onkologi Klinikal dan Ahli Radioterapi Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr. Ahmad Kamal Mohamed, ia lebih agresif dan berisiko tinggi jika dihidapi oleh wanita berusia 20-an dan 30-an.

"Jangan pandang ringan dengan ketumbuhan pada payudara kerana jika benar ia kanser dan lambat mendapatkan rawatan, ia mungkin sudah berada pada tahap yang teruk dan boleh membawa maut kerana telah merebak ke organ penting yang lain seperti jantung dan hati.

Kanser payudara dalam kalangan wanta muda lebih agresif kerana selalunya mereka mempunyai gen mutasi BRCA1 dan BRCA2. Tambahan pula diagnosis kanser payudara dalam kalangan wanita muda lebih sukar kerana tisu payudara mereka lebih padat berbanding wanita yang berusia. Ketika mana ketulan pada payudara wanita muda boleh dirasai, selalunya kanser sudah merebak.

Ramai wanita muda yang menghidapi kanser payudara tidak mengendahkan simptom yang dialami seperti ketulan pada payudara dan pengaliran luar biasa menerusi puting kerana merasakan mereka terlalu muda untuk menghidapi kanser payudara.

Pemeriksaan sendiri payudara secara berkala amat penting kerana rawatan di peringkat awal mampu menyelamatkan nyawa pesakit namun ramai pesakit yang hanya bertemu doktor apabila kanser tersebut sudah teruk kerana sikap sambil lewa dan kurang prihatin pada bahagian payudara.

"Bagi penghidap kanser payudara tahap awal, peluang untuk pulih adalah tinggi. Jika lambat dan telah merebak hingga tahap empat ia mungkin masih boleh dikawal untuk tempoh beberapa tahun tetapi tidak boleh dipulihkan," terang Dr. Ahmad Kamal Mohamed.


PUNCA KANSER PAYUDARA

Menurut kata Dr. Ahmad Kamal Mohamed, kanser payudara berlaku berikutan perubahan sel kepada sel kanser pada bahagian kalenjar payudara yang menghasilkan susu atau bahagian tiub iaitu yang mengalirkan susu ke puting.

"Sebanyak 95% kanser berlaku pada bahagian tiub yang dipanggil invasive ductal carcinoma dan 5% pada bahgian kelenjar yang digelar invasive lobukar carcinoma.

"Punca utama penyakit ini tidak diketahui secara tepat. Hanya beberapa faktor risiko kanser payudara dilihat ada kaitan dengan hormon wanita," katanya.


Berikut merupakan beberapa faktor yang meningkatkan risiko berlakunya kanser payudara:

#1 Haid yang datang pada usia muda (sebelum 12 tahun).
#2 Lewat putus haid (58 tahun ke atas)
#3 Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pada usia 30 tahun ke atas 
#4 Sejarah keluarga mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara seperti ibu atau adik beradik perempuan.
#5 Mengamalkan pemakanan tinggi lemak
#6 Menghidapi 'atypical hyperplasia'.


SIMPTOM-SIMPTOM

  • Ketulan atau ketebalan pada bahagian payudara yang dirasai berbeza dengan bahagian lain.
  • Cecair seperti darah keluar daripada puting payudara.
  • Perubahan saiz atau bentuk payudara
  • Perubahan pada kult sekeliling payudara seperti lekuk
  • Puting payudara masuk ke dalam
  • Kulit atau bahagian puting mengelupas atau bersisik
  • Kulit payudara kemerah-merahan atau berlekuk seperti kulit buah oren.
simptom-simptom kanser payudara

PENCEGAHAN

Bilakah kali terakhir anda melakukan sendiri pemeriksaan payudara? Tahukah anda, kebanyakan kes kanser payudara ditemui sewaktu melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika di rumah?? 

Anda digalakkan melakukannya setiap bulan di tengah-tengah kitaran haid iaitu kira-kira seminggu hingga dua minggu selepas hari terakhir haid. Waktu terbaik untuk melakukannya ketika sedang mandi kerana sabun akan memudahkan untuk memeriksa payudara. 

Selain itu cara pencegahan yang terbaik mengamalkan cara hidup yang sihat dengan tidak merokok, tidak mengambil alkoho, mengurangkan makanan yang berlemak, memperbanyakkan sayur-sayuran, cukup tidur dan bersenam.
Bagi wanita yang berusia 40 tahun dan ke atas lakukan mamogram sekali sebulan dan bagi wanita lebih muda imbasan ultra bunyi boleh dilakukan.

==============@@@@@@@@@=====================

CADANGAN SUPLEMEN 

Suplemen terbaik yang dicadangkan untuk mencegah kanser payudara ialah VIVIX

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee sahaja ok.
Vivix mampu mencegah kanser payudara

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang VIVIX boleh klik di link di bawah:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anda nak sihat sepanjang hayat?? Jom beli sekarang. Saya yakin anda takkan menyesal. Alami kehebatan produk Shaklee yang telah terbukti keberkesanannya. Ramai yang telah merasai kehebatan produk Shaklee. Anda bila lagi?? Jangan tunggu lama-lama nanti menyesal. Tak rug pon kitala burkan sedikit duit untuk kesihatan kita. Hidup sihat tanpa penyakit itu lebih baik dari duit banyak berkepok tapi sakit sana sini..

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
Whatsapp: 0139279846

6 comments:

  1. Setiap orang memang ada risiko untuk dapat kanser, tapi bagaimana cara nak cegah tu penting

    ReplyDelete
  2. Cancer payudara sangat ditakuti oleh wanita. Kerana kanser ini adalah kanser pembunuh no 1 di bagi wanita. Jagalah pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat agar terhindar dari penyakit ini. Lebih baik mencehah daripada mengobati.

    ReplyDelete
  3. takutnya bila sebut bab kanser ni..jom jaga pemakanan sihat

    ReplyDelete
  4. Info yang sangat bagus terutamanya untuk kaum wanita.
    Baca Kelebihan Solat Dhuha

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bagus.. Setiap kaum wanita perlu menyedari risiko ini. Jangan ambil mudah dengan kanser payudara dan kanser serviks biasanya yang sering menyerang wanita. Kesedaran awal dan penjagaan kesihatan itu sangat penting!

    Jana pendapatan dengan Shaklee hanya dari rumah

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang sangat baik. Bahayanya cancer ni sebab stage awal dia, kita tak akan rasa sakit. Bila dah teruk, baru rasa sakit dan ketika itu dah tahap 3 atau 4.
    Kebarangkalian untuk sembuh seperti asal adalah tipis selepas itu. Langkah pencegahan memang sangat PENTING terutama yang ada keturunannya mempunyai cancer yang sama

    ReplyDelete