Kenali Kucai dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Kucai di dalam bahasa Inggeris disebut chives atau nama botaninya ialah Allium schoenoprasum merupakan sejenis herba yang banyak digunankan di dalam masakan Cina dan Perancis. Kucai tergolong dalam keluarga Amaryllidaceae. Kucai berasal dari kawasan Asia Tenggara. Kini tumbuhan herba ini banyak ditam di Scandinavia, Jerman, Britain, China dan juga Asia Tenggara.
Kenali Kucai dan Manfaatnya Untuk Kesihatan
Kucai adalah sejenis tanaman saka yang mempunyai bau yang kuat yang mengandungi bebawang atau batang di bawah tanah. Kucai boleh dikenali melalui batangnya yang panjang bersambung dengan bebawang pada penghujungnya. Di bahagian atasnya pula adalah daun hijau panjang. Daunnya rata boleh mencecah panjang sehingga 38 sentimeter (sm) dan diameter daun dianggarkan 0.8 sm. Ia mempunyai jenis akar serabut.

Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.

Kucai boleh tumbuh dan hidup di atas pelbagai jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik, kucai tidak perlu diletakkan baja lagi.

Kucai boleh hidup di bawah sinaran matahari ataupun di tempat teduh. Jika kemarau yang sedehana kucai masih lagi mampu bertahan kerana bawangnya masih ada. kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.

Kucai adalah tanaman yang mempunyai hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya dijaga dengan baik.

Kucai mengandungi vitamin A, vitamin C, kalium dan asid folik. Ia juga kaya dengan unsur flavonoid dan karotene.

Bagi masyarakat Roman, kucai dipercayai mampu merawat sakit tekak dan kesan terbakar akibat sinaran matahari. Kucai juga mampu melegakan kesakitan perut, melindungi diri daripada penyakit jantung dan stroke. Ia juga boleh menjadi benteng daripada serangan bakteria. Tumbuhan herba yang unik ini juga mampu meningkatkan kebolehan tubuh mencerna lemak. Jika diambil secara kerap boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Selain itu kucai juga mampu merangsang selera makan seseorang. Ia juga boleh membersihkan hidung yang tersumbat, mengurangkan kembung perut dan nafas yang berbau. Ia dipercayai boleh mengurangkan tekanan darah tinggi jika diambil bersama diet rendah garam.

Vitamin C yang terdapat di dalam tumbuhan kucai dipercayai boleh mencegah selesema dan mempercepatkan penyembuhan selesema. Sebatian sulfur yang terdapat di dalam kucai adalah ekspektoran iaitu prembes kahak semulajadi membantu tubuh yang menghadapi selesema mengeluarkan mukus.

Tumbuhan kucai (chives) yang berbunga ungu
Kajian menunjukkan pengambilan sayuran jenia allium mampu mencegah kanser. Unsur organosulfur yang terdapat di dalam tumbuhan kucai mampu menyekat tumor dan perkembangan sel, membantutkan kitaran sel dan sel-sel tumor. sayuran allium termasuklah kucai mengandungi antioksidan menentang anser esofagus, perut dan prostat. 
Beta karotene yang terdapat di dalam kucai dipercayai membantu memperbaiki penglihatan mata dan membersihkan kesan jerawat

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. 

Comments